CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3139|Reply: 33

[Tempatan] Permohonan keluar wang Akaun 2 KWSP bermula hari ini. #32, Penipu dah pasang per

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-4-2020 11:31 PM

Permohonan keluar wang Akaun 2 KWSP bermula hari ini

https://www.malaysiakini.com/news/518183

Diterbitkan Hari ini 6:32 pm

Dikemaskini Hari ini 6:42 pm



Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon Skim Pengeluaran Wang Akaun 2 i-Lestari bermula hari ini, menerusi i-Akaun (Ahli), selaras dengan langkah kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KWSP berkata susulan lanjutan PKP, semua cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubungan akan terus ditutup sehingga 14 April.

"Susulan itu, ahli boleh log masuk atau berurusan menerusi aplikasi KWSP i-Akaun atau emel menerusi saluran berikut bagi isu masing-masing.



1. Pertanyaan mengenai i-Lestari, pengeluaran wang: ilestari@epf.gov.my

2. Penghantaran i-Lestari, borang permohonan pengeluaran wang: ilestarimohon@epf.gov.my

3. Penghantaran i-Akaun, borang pendaftaran: iakaundaftar@epf.gov.my

4. Penghantaran borang bagi meneruskan kadar sumbangan pekerja pada 11 peratus: ve2020@epf.gov.my

5. Pertanyaan berhubung lain-lain perkhidmatan KWSP: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry



Sementara itu KWSP turut mengingatkan bahawa ahli mempunyai tempoh masa seluruh bulan April untuk menghantar permohonan, bagi membolehkan mereka menerima bayaran pengeluaran wang secara bulanan, bermula bulan Mei.

"Bagi permohonan yang diterima selepas tarikh itu, bayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat tambahan mengenai i-Lestari, ahli boleh merujuk kepada bahagian "soalan yang sering ditanya” (FAQ) di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari.

- Bernama


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 07:23 PM | Show all posts
wow best lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:23 PM | Show all posts
memang down app dgn web. slow respond.

sape la IT consultant  ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apps kwsp down..Aku cuba masuk tadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru masuk kejap tadi. Okay ja
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:07 PM | Show all posts
Hari pertama expected ia akan down ramai tak sabar2 nak check
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols paham bulan April permohonan melalui email n surat. Bulan May permohonan melalui i-akaun. Sume dah langgaq dah . Janji buleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 08:33 PM | Show all posts
KWSP terima 85,000 permohonan i-Lestari

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ermohonan-i-lestari

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 8:22 PM

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my


PEKERJA swasta, Safuan Sani 28 melakukan arahan ketika mengisi borang I-Lestari KWSP, selepas kerjaan membenarkan pengeluaran wang bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat penularan wabak COVID-19.

  SEJUMLAH 85,000 permohonan pengeluaran i-Lestari diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat jam 4 petang tadi.

Sumber berkata, jumlah itu agak tinggi dan pihaknya menasihatkan pemohon agar tidak menyerbu kaunter sebaliknya menggunakan perkhidmatan yang disediakan termasuk menerusi emel dan pos.

Minggu lalu, KWSP memaklumkan bahawa ahli boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula hari ini.

Mereka dijangka menerima wang pengeluaran itu melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei depan.

Pemerhatian wartawan mendapati ada rungutan di media sosial mengenai kegagalan untuk daftar masuk ke laman sesawang KWSP biarpun menunggu dalam tempoh masa yang lama dipercayai akibat kesesakan trafik yang tinggi.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan rasmi berhubung perkara terbabit.

Katanya, ia mungkin disebabkan pelbagai kaedah disediakan pihak berwajib untuk kemudahan orang ramai membuat permohonan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 08:43 PM | Show all posts
underground replied at 1-4-2020 07:23 PM
memang down app dgn web. slow respond.

sape la IT consultant  ni..

tgk bandwidth hosting kat server...kalau ramai yg aksesnya ia semakin slow..kalau dah beribu orang aksesnya dlm satu masa mmg jadi slow..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak ada I-akaun macam mana nak mohon.. Dah download permohonan I-akaun kena isi lepas tu hantar melalui emel atau pos ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:51 PM | Show all posts
missinpiece replied at 1-4-2020 08:28 PM
Yg iols paham bulan April permohonan melalui email n surat. Bulan May permohonan melalui i-akaun. Su ...

tak la chuols.. dorng update kata boleh apply dah bulan april utk org ada iakaun

cume duit masuk mei juga.. gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wauuu hari pertama dah 85k yg mohon.... mmg malaysian kritikal now days... simpati
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:53 PM | Show all posts
BomBoLoniS replied at 1-4-2020 08:47 PM
Kalau tak ada I-akaun macam mana nak mohon.. Dah download permohonan I-akaun kena isi lepas tu hanta ...

kena tunggu habis pkp buat iakaun atau by manual..


amik masa kan..


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat.. Tunggu dpt sms berjaya ke x.. Hehehe.. Aku antara 85k tu la.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 1-4-2020 08:53 PM
kena tunggu habis pkp buat iakaun atau by manual..



Borang permohonan manual I-akaun dah download.. Kat situ tulis kena hantar melalui emel.. Yang tak paham untuk permohonan I-lestari ni ada borang khusus ke yang kena isi bagi yang tiada I-akaun.. I cari2 juga borang permohonan tu.. Tapi tak jumpa pula..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:00 PM | Show all posts
BomBoLoniS replied at 1-4-2020 07:47 PM
Kalau tak ada I-akaun macam mana nak mohon.. Dah download permohonan I-akaun kena isi lepas tu hanta ...

hantar melalui email je sis to iakaundaftar@epf.gov.my .. hantar semua2 docs yg dia mintak tu.. senang jugak, tak perlukan printer or scanner pun. dia accept .jpg and pdf. kalau sis ada laptop lagi senang nk buat semua tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 1-4-2020 09:00 PM
hantar melalui email je sis to  .. hantar semua2 docs yg dia mintak tu.. senang jugak, tak perluka ...

Tq sis.. Lepas daftar I-akaun manual tu automatik kita dah buat permohonan i-lestari ke?? Lepas tu tak perlu isi apa2 borang lagi ye.. Maaf ye banyak Tanya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:11 PM | Show all posts
BomBoLoniS replied at 1-4-2020 08:03 PM
Tq sis.. Lepas daftar I-akaun manual tu automatik kita dah buat permohonan i-lestari ke?? Lepas tu ...

tujuan daftar iAkaun tu supaya boleh buat pengeluaran tuk i-lestari tu.. buat online, tak perlu isi form i-lestari dah..
buat online tu, tgk step tuk epf withdrawal kat sini :- https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari#Pengeluaran_i-Lestari




Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:20 PM | Show all posts
Jangan kata apps dengan website, mesin kiosk tu pun down. dah la no TAC aku tu link dengan no fon lama. Nak buat penukaran pun tak boleh.. pi ofis depa, ada notis katup sampai 14 April..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:22 PM | Show all posts
ronin replied at 1-4-2020 08:43 PM
tgk bandwidth hosting kat server...kalau ramai yg aksesnya ia semakin slow..kalau dah beribu orang ...

ye tu aku tau sbb aku juga IT consultant.
KWSP kena expect the traffic surges akan spike sebab ia bukan personal blog. load balancing, up capacity utk MCO ni, infra kena up.

aihhhh..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.079534 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list