CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71569|Reply: 772

Vivy mohon maaf secara terbuka

  [Copy link]
Post time 2-4-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Usahawan, Datin Vivy Yusof menafikan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 seperti tular dalam media sosial, sejak dua hari lalu.

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story, kira-kira sejam lalu, Vivy mendakwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

“Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya menerusi video berdurasi 7 minit 41 saat.

Vivy turut memohon maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya.

Beliau berkata, tohmahan dilemparkan terhadapnya melampau, sejak tiga hari lalu.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional.

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya.

Katanya, dia tak pernah memandang rendah kepada golongan B40 dan M40 seperti didakwa. Malah, dia tidak akan mengambil tahu nasib golongan berkenaan jika tidak menyayangi mereka.

“Saya tak akan ambil peduli atau menghulurkan bantuan sekiranya memandang rendah kepada golongan ini. Saya juga tidak akan mewujudkan tabung untuk mereka.

“Saya risau dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesilapan datang daripada saya.

“Saya banyak bermuhasabah sepanjang tiga hari ini. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,” katanya.

Vivy berkata, insiden berkenaan menjadi pengajaran terbesar buatnya.

“Cuma agak kecewa kerana netizen mempercayai tanpa memeriksa kesahihan fakta sebelum berkongsi dengan meluas dan mengulang ciap di laman Twitter. Tak pasal mereka mengutip dosa.

“Saya pernah melakukan perkara sama apabila tidak memeriksa fakta sebelum berkongsi di laman sosial. Sejak itu, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Biarpun dihentam teruk, Vivy berkata, dia akan bangkit dengan semangat baharu, apatah lagi banyak pihak masih mempercayai dan memberikan semangat buatnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia boleh tengok FB live kalau tak ada fb? Bukan mcm ig kan fb ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
lainnyer without dressing up dan make up
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:04 AM | Show all posts
aku baru lps tgk video permohonan maaf dia ni.
ntah lah
kita bukan level itik. so good luck ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:09 AM | Show all posts
ok..dah lepas minta maaf macam hari raya
itik semua bole balik reban
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tgk, tapi org2 yg tgk tu ckp lain...
Uturn ke ni?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2020 07:57 AM
Mcm mana dia boleh tengok FB live kalau tak ada fb? Bukan mcm ig kan fb ni

Iols rasa sbb org khazanah dah berubah... ada kemungkinan tak dpt dana lagi ni dan takde beking utk dok kat bod uitm.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
So dgn ucapan maaf dari si elit adakah keadaan akan akan berjalan

Seperti biasa

Ingat lah KATA KATA  itu lebih tajam dari sebilah Pedang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-4-2020 12:14 PM
Iols rasa sbb org khazanah dah berubah... ada kemungkinan tak dpt dana lagi ni dan takde beking ut ...

Hahahahaha..yap. Aku tengah hadam ni.. Mcm mana dia boleh tgk live fb kalau dia x ada fb.. Ka aku buta it
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-4-2020 12:12 PM
Aku tak tgk, tapi org2 yg tgk tu ckp lain...
Uturn ke ni?


Aku reupload sbb tak nampak..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2020 08:15 AM
Hahahahaha..yap. Aku tengah hadam ni.. Mcm mana dia boleh tgk live fb kalau dia x ada fb.. Ka aku  ...

Iols pun tak tgk live fb dia. Tapi ada je statement2 org lain yg mengatakan dia ckp b40 and m40 tak patut dpt bantuan sbb tak sumbang kpd ekonomi negara. Ayat tu mmg la buat org membara.
Kalau dia buat tindakan undang2, atas sbb fitnah, dia kena ada bukti kukuh yg dia tak post fb live message tu. Walopon dah delete, org IT boleh cek history. Kalau ada org rakam fb live message dia tu, camne?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 2-4-2020 08:25 AM
sarah82 replied at 2-4-2020 08:15 AM
Hahahahaha..yap. Aku tengah hadam ni.. Mcm mana dia boleh tgk live fb kalau dia x ada fb.. Ka aku  ...


Boleh tgk rakaman fb kalau ada link. Tapi masalahnya, apa yg dia tgk?

https://forum.lowyat.net/topic/4933483

Ramai kot yg kecam... dia nak saman sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-4-2020 12:19 PM
Iols pun tak tgk live fb dia. Tapi ada je statement2 org lain yg mengatakan dia ckp b40 and m40 ta ...

Kannn.. Habis laaaa.. Berperang lagi nampaknya.. Tapi dia nak saman org yg buat petisyen suruh dia buang dari BOD uitm tu lawak pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-4-2020 12:20 PM
Boleh tgk rakaman fb kalau ada link. Tapi masalahnya, apa yg dia tgk?

Ya ka... Tak pernah tgk FB live
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-4-2020 08:12 AM
Aku tak tgk, tapi org2 yg tgk tu ckp lain...
Uturn ke ni?

Edit blk then insert uols x npk kecik sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape2 jela vivy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 2-4-2020 08:22 AM
Edit blk then insert uols x npk kecik sgt ni

Tak reti la kaka.. tepon iols ni mmg buat camni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2020 08:21 AM
Kannn.. Habis laaaa.. Berperang lagi nampaknya.. Tapi dia nak saman org yg buat petisyen suruh dia ...

hurm apsal nak saman pula eh? kalo dia amek tindakan undang2 iols rasa lagi kecundang la image die...

sebab entah, public dah fade up kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2020 08:22 AM
Ya ka... Tak pernah tgk FB live

Iols tgk fb live pun dr fb sendiri.. iols tgk org ajar mekap.. buat pertunjukan... etc
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-4-2020 08:21 AM
Kannn.. Habis laaaa.. Berperang lagi nampaknya.. Tapi dia nak saman org yg buat petisyen suruh dia ...

Dia nak saman sbb apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.177334 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list