Tengah panas dengan perbalahan antara artis dan netizen, muncul pula Sharifah Zarina yang menggelar netizen sebagai 'kampung.com'.
Disebabkan tulisannya itu, pelantun lagu Langit Ke 7 ini menerima kecaman hebat di laman sosial.
Foto: Makcik Bawang Channel
Netizen yang membaca komen tersebut tak puas hati, sampai hati Zarina kata begitu?
Yang digelar kampung.com inilah yang menyokong artis Malaysia selama ini.
Foto: IG
"Bagi kau semua orang di kampung mentaliti rendah ya? Kau ni lahir terus kaya tinggal di bandar ke?" komen salah seorang netizen.
Tak mahu memanjangkan isu, Zarina memohon maaf kerana terlanjut menyinggung hati mana-mana pihak.
Di Instagram dia kata didatangi mimpi mengenai hari kiamat.
"Semalam mimpi kiamat jadi saya mohon maaf. Ajal tak tahu sampi bila," tulisnya.
Apa pun Zarina dah minta maaf. Mungkin dia tersilap agaknya.
Harap lepas ni fikir seribu kali dululah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan okay? -CARI
|