CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6931|Reply: 85

[Tempatan] Mula-mula Makcik Kiah gembira dapat BPN, sekarang Makcik Kiah STRESS sebab ATM B

  [Copy link]
Post time 3-4-2020 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 7-4-2020 02:33 PM








Kekecewaan Makcik Kiah

Oleh CAMELIA KApril 3, 2020 12:45 pm



Sejak pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi oleh Perdana Menteri pada minggu lepas, nama Makcik Kiah mula menjadi sebutan ramai apabila Muhyiddin menggunakan nama Makcik Kiah sebagai lambang yang mewakili rakyat khusus yang memerlukan bantuan.

Nama Makcik Kiah menjadi ‘trending’ di mana-mana media sosial dengan kononnya Makcik Kiah yang sebelum ini merupakan peniaga pisang goreng akan menjadi senang dengan inisiatif dari Kerajaan Pakatan Nasional melalui pakej ransangan ekonomi.

Makcik Kiah mewakili golongan B40 yang paling terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus Covid-19 ini. Beliau merupakan golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang; pasangan suami isteri yang mengharapkan pendapatan harian untuk kelangsungan hidup. Golongan yang belum tentu ada wang simpanan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.

Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan Muhyiddin yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura. Persoalannya, benarkah Malaysia betul-betul mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh pada masa ini?

Sejurus selepas pengumuman ini, ramai rakyat Malaysia yang menadah tangan tanda syukur atas bantuan dan inisiatif tersebut. Ada di antara mereka yang menarik nafas lega apabila membayangkan duit syiling yang tinggal dalam tabung bakal bertambah tidak lama lagi.

Walaupun jumlahnya tidaklah banyak mana, tetapi untuk golongan yang sememangnya ‘patah kaki’ disebabkan PKP ini, tiada apa yang dapat diungkapkan selain dari kata syukur kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Masing-masing sudah mula berkira-kira untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan harian yang sudah habis, ada juga yang berharap dengan wang tersebut, dapatlah mereka merasa makanan yang sedap sikit dari hari-hari biasa yang selalunya makan nasi lauk telur goreng.

Namun selepas beberapa hari pengumuman dibuat, kekecewaaan ternyata terpancar di raut wajah Makcik Kiah dan rakan-rakannya yang datang daripada golongan B40 dan sangat mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan bagi kelangsungan hidup menjalani PKP yang masih berbaki dua minggu ini. Itupun jika PKP ini tidak dilanjutkan lagi.

Golongan ini sangat memerlukan duit secepat mungkin dan bukannnya seminggu lagi apatah lagi disuruh menunggu sebulan lagi iaitu pada hujung bulan April dan Mei.

Tujuan bantuan diberikan adalah untuk membantu mereka yang hilang sumber pendapatan harian disebabkan PKP, tetapi mengapa kerajaan PN memilih untuk menyalurkan bantuan pertama pada hujung April? Adakah golongan ini perlu berpuasa selama sebulan sehingga bantuan tiba?

Jika kerajaan yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran diberi secara berperingkat-peringkat? Bayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan umat Islam akan mula berpuasa 24 April. Bayaran kedua pula pada bulan Mei, adakah selepas Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin pihak kerajaan menggunakan alasan bahawa mereka memerlukan masa untuk menyenaraikan penerima bantuan yang layak, tetapi bukankah kerajaan sudah ada data penerima bantuan BSH yang sememangnya layak menerima Bantuan Prihatin Nasional ini?

Lagi menambah kekecewaan Makcik Kiah dan rakan-rakannya apabila mendapati mereka tertipu dengan nombor yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang mereka sanjung tinggi.

A Kadir Jasin dalam tulisannya bertajuk “Pakej Kiah Tertipu” mengemukakan secara terperinci dan mudah difahami rakyat bahawa jumlah sebenar yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 dan bukannya seperti yang dicanang Muhyiddin iaitu sebanyak RM4,464.

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga turut terlibat dalam penyediaan pakej tersebut.

Pengesahan dan pengakuan oleh Menteri Kewangan ini sememangnya mengejutkan rakyat Malaysia. Menjadi tanda tanya mengapa kerajaan PN perlu memanipulasi nombor dalam pengumuman tersebut?

Kekecewaan yang berganda ini mungkin akan menghancurkan Kerajaan PN pada PRU-15 yang akan datang. Diharapkan Makcik Kiah tidak menghasut rakan-rakannya untuk menterjemahkan kekecewaan mereka dalam pilihanraya yang akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak cik kiah, sama seperti kami semua tetap bersyukur DAP dah kojol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 02:41 PM | Show all posts
dizekni replied at 3-4-2020 06:23 AM
Mak cik kiah, sama seperti kami semua tetap bersyukur DAP dah kojol

  • Golongan yang belum tentu ada wang simpanan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.

  • menarik nafas lega apabila membayangkan duit syiling yang tinggal dalam tabung bakal bertambah tidak lama lagi

  • syukur kepada kerajaan Perikatan Nasional.

  • mula berkira-kira untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan harian yang sudah habis

  • dapatlah mereka merasa makanan yang sedap sikit dari hari-hari biasa yang selalunya makan nasi lauk telur goreng

  • beberapa hari pengumuman dibuat, kekecewaaan ternyata terpancar di raut wajah Makcik Kiah dan rakan-rakannya

  • sangat memerlukan duit secepat mungkin dan bukannnya seminggu lagi apatah lagi disuruh menunggu sebulan

  • Adakah golongan ini perlu berpuasa selama sebulan sehingga bantuan tiba?

  • pihak kerajaan menggunakan alasan bahawa mereka memerlukan masa untuk menyenaraikan penerima bantuan yang layak

  • menambah kekecewaan Makcik Kiah dan rakan-rakannya apabila mendapati mereka tertipu dengan nombor yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang mereka sanjung tinggi.

  • jumlah sebenar yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 dan bukannya seperti yang dicanang Muhyiddin iaitu sebanyak RM4,464.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lambat InsyaAllah dpt dari sembang dapat terus x dapat..menipuuuu aje kojenya gomen dulu..hahahahaha..mohon terasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tak jadi masalah bg mereka yg faham maksud 'penangguhan'.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap pisang goreng acik kiah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2020 02:52 PM | Show all posts
its logical to speedy up the process...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 3-4-2020 02:41 PM
  • Golongan yang belum tentu ada wang simpanan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.



  • Cina di Malaysia adalah sebab utama pupusnya spesis haiwan kebanggaan Tanah Melayu iaitu Harimau Malaysia

    Kami sesekali tak akan maafkan kamu

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 3-4-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
    Tetiba pulak ph concern dgn golongan melayu b40

    Masa me merintah tk cukup tanah kutuk melayu malas
    Suka harap subsidy
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
    Ph meroyan
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
    Edited by girrr at 3-4-2020 03:03 PM

    Hihi, mustahil nak proses cepat. US paycheck pun dijangka mula bayar antara bulan 5-9. Skim tanggungan upah/gaji UK kena tunggu bulan 6.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:18 PM | Show all posts
    it could be worst under PH that we know kedekut berkira
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:19 PM | Show all posts
    Namapun bantuan.

    nak tunggu PH, jangan dengki org kaya. Jangan harapkan bantuan kerajaan lagi.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
    Makcik Kiah happy sangat sangat di bawah PN
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
    kerajaan ph dlu bgk rm30  nk mkn apa?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:20 PM | Show all posts
    makcik kiah dulu kerja cleaner kena buang kerja gaji baik semasa kerja cleaner di tamatkan kontrak di zaman Pakatan haprak. makcik kiah hidup sengsara. suami makcik kiah kerja guard hidup sengsara di tamatkan kontrak

    kini makcik kiah happy berniaga pisang goreng tanpa ditipu penipu janji tol percuma, janji education percuma minyak RM 1.50/liter
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 3-4-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
    AbukRokok replied at 3-4-2020 03:18 PM
    it could be worst under PH that we know kedekut berkira

    Kedekut gila weh PH..dapat ewallet 30 ringgek je
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
    Tapi sekolah Cina dpt bantuan juta2..laju je bagi bantuan..
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:36 PM | Show all posts
    tp kot nak bg berperingkat pun boleh.. bagi ler skit utk B40 ni..
    yg lain2 tunggu  dulu.. takde lah berpusu2 org keluar beli brg makanan.
    sedih dgr keluarga yg ikat perut..  
    kalo sekolah.. anak2 asnaf dpt RM3 sehari.. boleh ler lps perut sendiri..
    ni kumpul2 semua kat rumah.. kesian tgk parents yg tak mampu nak sediakan makanan yg elok skit.
    sebab ari tu umum nak bg bulan april..
    Reply

    Use magic Report

    Post time 3-4-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
    Memang lambat lagi masuknya tu, so marilah bsedekah kalu mampu n semoga duit sumbangan Kita Tu sampai ke tangan yg memerlukn. Yg myeleweng duit sumbangan Tu semoga ditangkap sprm Aamin
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    17-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.080155 second(s), 50 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list