CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Tempatan] Saksikan video penjelasan Datuk Suraj Singh (and Elvis Presley impersonator), pe

  [Copy link]
 Author| Post time 4-4-2020 09:27 PM | Show all posts
groundfloor replied at 4-4-2020 10:17 AM
Diiharapkan pesalah dapat disabitkan dgn kesalahan n going to jail...

Sebenarnya tidak perlu berlebih-lebihan dalam menjatuhkan hukumkan ketika PKP ini, kerana dalam keadaan tertekan ini orang mudah hilang pertimbangan. Di bawah ini adalah cadangan yang bagus.
'Pesalah ingkar PKP boleh buat khidmat masyarakat selepas PKP'
Hariz Mohd
Diterbitkan Hari ini 7:58 pm



Peguam Haniff Khaitri Abdulla memuji Ketua Pengarah Jabatan Penjara Zulkifli Omar kerana membangkitkan kebimbangan berkenaan keadaaan penjara yang sesak, dengan ratusan telah dihukum penjara setakat ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Terdahulu hari ini, Zulkifli mencadangkan agar mereka yang melanggar perintah itu dikenakan hukuman menjalankan khidmat masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata pihak berkuasa mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana tiada khidmat masyarakat boleh dijalankan sepanjang tempoh PKP.

Bagaimanapun Haniff berkata cadangan Zulkifli masih boleh dibuat dengan membenarkan mereka yang dihukum bersalah menjalankan khidmat masyarakat selepas PKP tamat.

"PKP dikuatkuasakan untuk melindungi kepentingan awam. Satu tindakan betul untuk menghukum mereka yang melanggarnya dengan kerja khidmat masyarakat seperti membersihkan rumah anak yatim, pustaka awam dan rumah orang tua," katanya kepada Malaysiakini.

Haniff berkata, pelanggaran PKP adalah satu kes yang mudah dan penguatkuasa yang menangkap individu yang melanggarnya boleh terus mengambil keterangan dan memberikan ikat jamin polis kepada mereka, sementara menunggu pendakwaan atau siasatan seterusnya.

"Ia bukan kes bunuh atau rogol di mana polis perlu menahan suspek dan menjalankan siasatan, serta mencari senjata pembunuhan atau bukti DNA.

"Langkah menahan mereka yang melanggar PKP juga akan menjadikan lokap polis sesak dan membawa risiko (jangkitan) kepada tahanan lain dan anggota polis," katanya.

Dalam surat kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Zulkifli berkata langkah memenjarakan pesalah PKP membawa risiko jangkitan wabak Covid-19 kepada banduan lain dan pegawai penjara.


Zulkifli Omar

Beliau berkata seramai 378 orang telah dipenjara kerana melanggar PKP, setakat 1 April lalu.

"Selain menambah kesesakan sedia ada, Jabatan Penjara juga bimbang jika mereka boleh menjadi punca penularan wabak Covid 19 di dalam penjara kerana status kesihatan mereka yang tidak diketahui.

"Jabatan Penjara juga berpendapat bahawa adalah satu masalah besar jika berlaku penularan Wabak Covid 19 di penjara kerana selain penjarakkan sosial (social distancing) yang mustahil dapat dilakukan penjara juga bakal menjadi tempat penularan wabak Covid 19 yang tidak terkawal dan boleh mengancam nyawa banduan mahu pun kakitangan," kata Zulkifli lagi.

Haniff setuju dengan kenyataan Zulkifli tetapi berkata cadangan itu sepatutnya dibawa ke Pejabat Peguam Negara.

Katanya, ini kerana ketua hakim tiada kuasa untuk memberitahu hakim tentang hukuman yang harus diberikan.

Katanya lagi, timbalan pendakwa raya juga berperanan dalam mencadangkan hukuman kepada majistret.

Selain itu, Haniff berkata hukuman yang diberikan juga perlu mengambil kira tahap kesalahan serta keadaan pesalah, seperti misalnya dia merupakan golongan berpendapatan rendah.



PKP berkuatkuasa sejak 18 Mac hingga 14 April ini. Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menyediakan data pada 10 April ini bagi membantu kerajaan membuat keputusan sama ada PKP perlu dilanjutkan.

Sepanjang tempoh PKP, semua perkhidmatan dan perniagaan dalam kategori "tidak penting" tidak boleh beroperasi dan orang awam hanya dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting, misalnya membeli bekalan makanan.

Bagaimanapun tetap ada yang melanggar perintah itu dengan keluar atas tujuan lain.

Pada tahap awal PKP, kerajaan menggunakan pendekatan nasihat tetapi kini dilihat lebih tegas dengan menangkap dan mendakwa mereka yang melanggarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cantik (cantik kewww) tp kurang ajor buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 4-4-2020 09:27 PM
Sebenarnya tidak perlu berlebih-lebihan dalam menjatuhkan hukumkan ketika PKP ini, kerana dalam ke ...

Maleh bacer laaa puteri...pjg sgt...Lukis voley?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 4-4-2020 02:12 PM
Marilah kita sama-sama mendoakan agar dipermudahkan urusan Puan Christine


Xnak doakan voley?? Nak doa utk abam poliss jeee.... agittewww
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 4-4-2020 09:27 PM
Sebenarnya tidak perlu berlebih-lebihan dalam menjatuhkan hukumkan ketika PKP ini, kerana dalam ke ...

X setuju dgn khidmat masyarakat. Kena tegas baru rakyat hormat dan akur. Better penjarakan biar dapat hard lesson dan next time org lain hormat kerajaan dan pihak bekuasa. Jgn ingat diri superior dari org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan hot temper. Lbh kepada sikap rasis mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2020 01:39 PM | Show all posts
Hukuman ingkar PKP: CJ minta hakim ambil kira kesesakan penjara
Diterbitkan Hari ini 12:59 pm



Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa para hakim untuk mengambil kira isu kesesakan penjara ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia selepas Jabatan Penjara meminta mahkamah tidak memenjara pelaku kesalahan itu memandangkan kesesakan di penjara menyukarkan usaha melakukan penjarakan sosial.

Justeru, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada semua pegawai kehakiman untuk menimbang kesan akibat kesesakan penjara seperti yang dinyatakan Tengku Maimun.

"Di samping mengambil kira peruntukan hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada, masalah berkenaan risiko penularan wabak Covid-19 yang bakal dihadapi penjara di Malaysia boleh juga diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan pelanggaran PKP," kata pejabat itu dalam kenyataan.

Seorang jurucakap Mahkamah Persekutuan juga berkata, mahkamah tetap mempunyai budi bicara dan pihaknya hanya membangkitkan masalah kesesakan penjara.

Semalam seorang jurucakap Jabatan Penjara juga mendedahkan kini terdapat 73,000 banduan di ruang yang sewajarnya hanya untuk 52,000 orang.

Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pesalah juga boleh dikenakan pendakwaan lain seperti menghalang pegawai awam menjalankan tugas, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam peguam Haniff Khatri mencadangkan agar pelaku kesalahan itu dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat yang boleh dilakukan selepas tamat PKP.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih dadah tu bukan pesalah berat tapi kena penjara jugak...alasan jah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.306764 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list