CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12524|Reply: 164

[Tempatan] klu sebelum ni ada yg kata padan muka Amerika, padan muka China bila klik link

  [Copy link]
Post time 4-4-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh:
*Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar*
Ketua Setiausaha Negara

Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini. Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini. Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu. Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia  keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan august ini.

Pertama: work from home akan bertukar kepada 'no work stay at home' (i.e. jobless/retrenchment);

Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;

Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;

Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;

Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.

Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;

Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression. Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!.

Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut). Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan. Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat. Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!

So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640111673233104&id=327017001209241

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kebergantungan pengeluaran makanan kita dengan luar adalah tinggi terutamanya beras yg merupakan sumber karbohidrat utama. Begitu juga sumber kedua gandum. Kita betul2 mengharap negara orang utk isi perut kita.  Sempat ke kita nak tanam padi? Masih ada ke sawah padi utk kita tanam padi?  Apa alternatif kita kpd beras?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan ubi kayu le jawapnyer...kembali ke zaman jepun....harap xde komunis bunuh org...ehh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
malapetaka coronavirus ni adalah pengajaran utk kita.  klu x sedar gak x tau la nak cakap apa.  kita kena belajar dgn Thailand untuk jadi self sufficient in food production. jgn malu belajar betul2 dgn mrk.  dari segi food production & pertanian Thailand is number one di rantau kita ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 4-4-2020 12:31 AM
Makan ubi kayu le jawapnyer...kembali ke zaman jepun....harap xde komunis bunuh org...ehh

masa krisis ubi kayu depan rumah pun x selamat.  malam2 kena rembat dgn pencuri
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 4-4-2020 12:39 AM
malapetaka coronavirus ni adalah pengajaran utk kita.  klu x sedar gak x tau la nak cakap apa.  kita ...

If i am not mistaken zaman pak lah dulu mmg kita cuba belajar teknologi pertanian thailand tapi x banyak thailand impart knowledge dkr kita....maybe high time upm try buat research on high technology in agriculture
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kita ada stock untuk bulan puasa dan musim raya yang diimport secara pukal dan banyak. Sebab tu PM confident bekalan makanan mencukupi dengan syarat, jangan tamak. Cuma dibulan puasa dan musim raya nanti kita kena betul2 puasa. Pengeluaran bekalan makanan akan dicatu dan tiada lagi pembaziran, insya'allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 4-4-2020 12:39 AM
malapetaka coronavirus ni adalah pengajaran utk kita.  klu x sedar gak x tau la nak cakap apa.  kita ...

Ye, mereka amat bagus. Tak pernah terfikir durian, nangka dan cempedak boleh dijadikan snek. Pengeluaran hasil tani yang banyak menjadikan mereka kreatif dalam bidang fnb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 4-4-2020 12:42 AM
If i am not mistaken zaman pak lah dulu mmg kita cuba belajar teknologi pertanian thailand tapi x  ...

Thailand cukup sorok teknology pertanian dorang....tak de nya dia nk ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 4-4-2020 12:42 AM
If i am not mistaken zaman pak lah dulu mmg kita cuba belajar teknologi pertanian thailand tapi x  ...

Iye...zaman pak lah kan dia mau negara kita focus pada pertanian.tapi PMs lain prefer teknologi eg kereta terbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak terkesan sngt sebab saya tk mkn nasi.ubi kayu pun ok jahhh dgn sambal bilis..nyumms
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-4-2020 12:27 AM
kebergantungan pengeluaran makanan kita dengan luar adalah tinggi terutamanya beras yg merupakan sum ...

Menteri pertanian ckp bekalan beras mencukupi. Stabil, terkawal & konsisten. Takkan xcaya ckp menteri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2020 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 4-4-2020 01:08 AM
Menteri pertanian ckp bekalan beras mencukupi. Stabil, terkawal & konsisten. Takkan xcaya ckp ment ...

memang la cukup sbb Thailand belum lagi stop export beras
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-4-2020 01:16 AM
memang la cukup sbb Thailand belum lagi stop export beras

Ko x yakin dgn jaminan kerajaanka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 4-4-2020 12:45 AM
Ye, mereka amat bagus. Tak pernah terfikir durian, nangka dan cempedak boleh dijadikan snek. Penge ...

kerajaan perlu perkenalkan semula GST dan hasil GST tu kita guna utk fokus kpd R&D pertanian,  subsidize petani2 kita mcm yg jepun buat wlpn krjn rugi.  masa senang mmg kita x akan nampak self sufficient ni penting kpd negara, hanya masa krisis baru kita paham.  skrg ni rakyat dah paham elok la kita buat apa yang patut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jom belajar dari sejarah...

The Spanish flu (also known as the 1918 flu pandemic) was an unusually deadly influenza pandemic. Lasting from January 1918 to December 1920, it infected 500 million people – about a quarter of the world's population at the time.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Spanish flu.  The death toll is estimated as high as 100 million, making it one of the deadliest pandemics in human history.  

The Spanish flu was the first of two pandemics caused by the H1N1 influenza virus; the second was the swine flu in 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-4-2020 04:27 AM
kebergantungan pengeluaran makanan kita dengan luar adalah tinggi terutamanya beras yg merupakan sum ...

Depa baru saja tanam padi.. Lagi 2 bulan time lps raya, time depa tuai padi.. Skrg padi 3 bulan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 4-4-2020 02:09 AM

Sebab itu ai kata start ituhari tanam apa saja Di sepanjang jalanraya di tanah kosong. Kalau Berderet keledek ubi 80000-10000km di jalan raya apa masalah lagi.  Malaysia subur bukan padang pasir salji. Kalau tanam sikit2 mmg kena curi.  Kalau xde wang boleh guna sistem barter, lembu susu kambing ayam telur tambat Kat rumah boleh tukar dgn sayur buah ikan tayar. Ini kalau duduk saja kat rumah tunggu habis mco apa cerita, pergilah setiap orang ambil batang ubi patah 5 pacak tanah depan jalan, 5 min siap. Malaysian betul2 tak lihat 3 bulan ke hadapan. Kalau bangla indon duduk kampus university habis tanah kosong buat sayur ternak semua taw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2020 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Spanish flu.  When an infected person sneezes or coughs, more than half a million virus particles can spread to those nearby.  A large factor in the worldwide occurrence of Spanish flu was increased travel. Modern transportation systems made it easier for soldiers, sailors, and civilian travelers to spread the disease. Another was lies and denial by governments, leaving the population ill-prepared to handle the outbreaks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.446981 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list