CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1879|Reply: 32

[Tempatan] Polis sebat remaja akan dikenakan tindakan sewajarnya

  [Copy link]
Post time 4-4-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.

“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.

Mengulas lanjut, Zaini berkata tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap-harap anggota polis tu hanya diberi amaran lisan oleh bos dia. Kalau tak, angkut remaja tu semua ke balai sebab ingkar perintah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Remaja2 yg kena sebat tu layak disebat. Masuk lokap kena covid pun takpe.
Abam pulis yg buat tu harap2 dpt teguran je. Kenakan tindakan selain tu melampau sbb nnt masak la korang nak handle penularan covid bila ramai org ingkar perintah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
lps ni polis x yah buat keje la. Biar mampos rakyat msia ni mati semua kena wabak.

buat keje pun kena amik tindakan. So?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pulak yg membela remaja bodoh kurang ajar
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali biar je yg ingkar ni. Dah kena covid kang biar je dia mereput je kat rumah, jangan bazirkan resources yg ada utk selamatkan puak2 yang seeloknya gi mati ni. Ada mak bapak pun tak reti2 nak kawal anak2 keluar masuk rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la budak2 tu kena sebat sampai cedera..
Dah degil ikut kepala dia je, lagipun budak2 tu pun tak kisah kalau dapat virus.
Bukan budak2 tu je, dengan mak bapaknya sekali kena denda sebab tak jaga anak.
Pelik betul i orang2 kebanyakan keluarga B40 ni... anak ramai, terbiar, takde disiplin jauh sekali kesedaran nak mengubah hidup keluarga miskin tu...
Asyik2 bagi alasan siang malam kerja cari duit sampai tak sempat nak jaga anak. Alasan aje..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Pakai ranting kayu je, kan? Polis India beduk pakai kayu Dan rotan sebesar 2 jari kut. Lagi la azab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rahah at 4-4-2020 11:28 AM

Kesian abam polis... apa salahnya polis tu nak didik supaya patuh arahan... rotan sebab ambil berat... bukan saja nak dera...

Patutlah polis tu rotan... diorang gelakkan... memang kurang ajar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni tak payah sebat & amaran. Tangkap & gari terus.
Dia org rela kena denda & penjara drpd kena sebat, padahal bukan sebat ala-ala pesalah yg dihukum.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:51 AM | Show all posts
Dah mak bapak tak nak sebat, bagi je la polis tolong ajarkan.. #TeamPolisYangMenjalankanTugas
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:45 PM | Show all posts
Haku dah kate dah
Yg kat bawah dah penat2 wat keja
Nak bg org awam ikot peraturan
Pegawai2 kat atas kecut telo nak back up
Benda kecik dan mmg bebudak tuh salah pom

Patot pegawai atasan back up la
Bgtau ini lah akibat tak ikot PKP
kalo tanak kena sebat sila duduk rumah
Ini tidakkkkkk......
Nak amek tindakan kat anggota sendiri pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap baik2 deme tak dengar, elok la disebat
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:04 PM | Show all posts
lembik nya la haii mesia

manja betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takperlu ler kenakan tindakan pada polis tu
Lagi lemak nnt mat2 rempit yg degil nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gitulaaa dilema guru bila nk rotan bdak kt sekolah...

ada jer mulut puaka question .... bosannnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis india bantai sami tua pakai buluh k
Sami ajak penduduk semayang dalam kuil sengap2. Ko ghase polis tamil tu kesah pakcik ada diabetes ngan darah tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu kena sebat..kalau lembik lain pun naik kepala
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2020 10:25 AM
Remaja2 yg kena sebat tu layak disebat. Masuk lokap kena covid pun takpe.
Abam pulis yg buat tu har ...

Kenapa terok beno attitude ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 01:33 PM | Show all posts
tak adil la mcm ni...dah warning kan...bkn terus-terus sebat...adab kat mana?kalau bkn hormat kpd polis pon,hormat muda kpd yg tua dah tak wujud ke?bbnu much!kalau polis yg kena hukum...mmg dunia ni nk kiamat!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.578812 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list