CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40114|Reply: 479

[Tempatan] COVID-19. Kluster PUI Itali (pesakit ke-1,580) 34 positif #update

  [Copy link]
Post time 5-4-2020 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-4-2020 06:13 PM

COVID-19: Virus dari Itali cetus kluster baharu, punca lima kematian
4-5 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.

Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 180 negara di seluruh dunia yang terjejas akibat jangkitan COVID-19.

“Justeru, sememangnya wujud risiko bagi kes-kes COVID-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan di dalam negara.

“Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala COVID-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta mereka dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Rentetan kluster kes import sedemikian, Dr Noor Hisham menegaskan supaya masyarakat memberikan maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19.

Selain itu, katanya, maklumat berkaitan perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan kementerian sebagai berkait rapat dengan jangkitan COVID-19, tidak wajar disembunyikan daripada petugas kesihatan.

"Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

"Mereka yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital dikenalpasti untuk tujuan pengasingan, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.

"Ini adalah untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat dan seterusnya membendung wabak COVID-19 di Malaysia," katanya.

Mengemukakan status terkini COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat pertambahan kes kematian berkaitan wabak berkenaan sehingga kini, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban meningkat kepada 61 orang atau 1.67 peratus.

Beliau berkata, kes kematian ke-58 (kes ke-2,210) ialah lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi, selain sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1,031.

"Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 1.37 tengah hari.

"Kes kematian ke-59 (kes ke-3,484) membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 3.40 petang.

"Kes kematian ke-60 (kes ke-3,073) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 12.39 tengah hari tadi.

"Kes kematian ke-61 (kes ke-2,200) pula ialah lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 9.36 malam," katanya.

Hasil rawatan, Dr Noor Hisham memaklumkan 90 kes disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih berikutan wabak terbabit ialah 1,005 orang atau 27.44 peratus.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aah, this new cluster takde beza dgn the current one. Semua causing complication to old age people with underlying condition.

Other illnesses semua on holiday sebab kena give way to Coronavirus season.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang, sekejap je dah berjangkit sampai 37 orang

bayangkan kalo 4k yang baru balik luar negara tu KKM tak kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kaitan dengan kes 3 beranak meninggal tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aha ni yg ada kaitan satu family meninggal kat sarawak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kluster tabligh mau dah 20 thread dibukak untuk caci maki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2020 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
silapnya masa mula2 wabak tu menular..hanya focus pelancong atau penumpang dari China sahaja yg kita focuskan. ada ke kematian yg disebabkan virus import atau kontak directly dari China?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 5-4-2020 08:59 PM
Ada kaitan dengan kes 3 beranak meninggal tu ke?

Haah sis.

Org tu bjangkit dgn kolig dia yg baru blk dr itali (tak kuarantin kn diri, tetap gi krja sprti biasa)

So org tu dah menjangkiti fmly dia tanpa disedari smpai generasi ke-3 dah.

Itu yg i tgk screenshot status fb ahli keluarga tdekat mgsa. Nk tepek pun tkut uols takpaham lak bhsa melayu srwk. Hahaha nanti lh iols cari blk status tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 09:45 PM | Show all posts
ayorsuam replied at 5-4-2020 08:59 PM
Ada kaitan dengan kes 3 beranak meninggal tu ke?

Yang menjangkit tu adalah daripada kematian pertama - mereka tak tahu yg makcik tu meninggal disebabkan covid19. Itu yang mereka uruskan jenazah seperti biasa. Satu keluarga disahkan positif. Yang makcik yang mandikan jenazah pun positif dan suami dia juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2020 09:48 PM | Show all posts
dizekni replied at 5-4-2020 09:18 PM
Kalo kluster tabligh mau dah 20 thread dibukak untuk caci maki

yg bukak pun tak lain tak bukan i.raba.PH
entah2 belum dpt elaun bulan lepas

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:09 PM | Show all posts
katanya pencetus kluster itali ni sembunyikan maklumat dia pernah ke itali
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:10 PM | Show all posts
dizekni replied at 5-4-2020 09:18 PM
Kalo kluster tabligh mau dah 20 thread dibukak untuk caci maki

belum lagi sis.benda ni baru tau petang td dr ksu kkm.siap la lepas ni kena cerca.iols pun dah babikan pencetus kluster itali ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pencetus cluster itali ni masih di hospital ke dah discharge? ke dah mati? mcm xde news pasal dia yg meninggal fmly kolig plak.
dah mcm pencetus cluster tabligh, dia elok je kat hospital (xde dgr kritikal setakat ni) tp yg mati sbb cluster tabligh ramai sgt dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:44 PM | Show all posts
Edited by andromeda84623 at 5-4-2020 10:48 PM

Ni I share link-link from Twitter, ada family member yang terlibat dengan Kluster Italy dekat Kuching bukak cerita

https://twitter.com/_miloooais/status/1246736023024857088

https://twitter.com/Nabeeelove/status/1246744159383240705

https://twitter.com/Twt_Cyberjaya/status/1246769879203495937

Nak sc and tepek kan, I malas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ayorsuam at 5-4-2020 10:47 PM

Apa la perasaan si pembawa tu....pasni dia plak trending cam patient #136...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 5-4-2020 09:40 PM
Haah sis.

Org tu bjangkit dgn kolig dia yg baru blk dr itali (tak kuarantin kn diri, tetap gi  ...

Laaaa iols ingatkan, anak makcik tu yg pergi Itali pastu balik bagi covid kat mak & adik-beradik dia.. So si pembawa tu kat mana sekarang?

Tempek la sini uols...siap translation sekali la tengs...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 10:48 PM | Show all posts
yuki812 replied at 5-4-2020 09:19 PM
silapnya masa mula2 wabak tu menular..hanya focus pelancong atau penumpang dari China sahaja yg kita ...

ade.. kes yang ke 26..

kes2 import dari negara lain antaranya jepun, iran, indonesia, turki, india dll..

kebanyakan patient masih dalam siasatan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 11:04 PM | Show all posts
ayorsuam replied at 5-4-2020 10:48 PM
Laaaa iols ingatkan, anak makcik tu yg pergi Itali pastu balik bagi covid kat mak & adik-beradik d ...

dengarnya kedua2 tu makin sembuh.
not sure samada dh discharge atau tak.
maybe antibodi kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut skrg ni krjn jgn bwk blk langsung dah yg kat luar tu..Yg p holiday ke ape ke.. Biar kan dia org kat luar je.. Tgk ni kesian org x bersalah jd mangsa.. Dia yg membawa relax2 p sana sini.. X kurantin diri sendiri ke pe..sakit ati pulak bc  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tadi baca dekat twidder ada org cakap virus covid kat itali lagi brutal sbb tu ramai yg mati.. entah betul entah tidak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.098647 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list