Ilmu Pengetahuan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

julia5094 Author 21#

Defender | Credits 11841   
BEBERAPA CARA NAK NAIKKAN SALES DI SHOPEE..

Tarikan utama orang mula menjual di Shopee adalah kerana ia membolehkan anda menggunakan segala tools yang ada di dalam dashboard penjual (seller) Shopee secara percuma. Ia cuma perlukan sedikit pengetahuan, ilmu dan juga tindakan.

Benda dah ada, kalau tak digunakan sebaiknya, ia tidak akan jadi apa-apa. Begitulah adanya tools promosi di dalam Shopee tu.

Ada beberapa teknik percuma di Shopee yang boleh anda gunakan untuk lariskan produk anda.

1. Letak Gambar Sempurna dan Mengundang
Apabila anda meletakkan gambar produk di dalam Shopee, anda pasti akan nampak satu pemberitahuan oleh Shopee tentang cara bagaimana nak letakkan gambar sempurna dan mengundang pelanggan.

Gambar produk yang sempurna ini mestilah berlatar-belakang kosong tanpa ada apa-apa benda lain yang membuatkan gambar produk itu tenggelam. Biasanya latar putih untuk menyerlahkan produk.

Jika anda menjual produk seperti pakaian, selain meletakkan gambar pakaian tersebut, letakkan juga model yang mengayakannya. Ia pasti akan menarik perhatian, kerana ramai pelanggan yang ingin tahu 'rupa' pakaian tersebut apabila dipakai.

Gambar kena jelas. Untuk lebih menjelaskan produk anda, letaklah banyak gambar secara lebih detail mengenai produk anda. Pelanggan tentu nak tahu gambaran produk ini selain daripada deskripsi produk yang telah anda tulis.

2. BOOST NOW
Jangan abaikan tools ini sebaik sahaja produk anda telah selesai dimuat-naik ke kedai online Shopee anda. Boost now ini akan diberikan secara percuma kepada anda setiap kali produk telah berada di dalam database produk untuk dijual di Shopee.

Apabila produk anda telah dimuat-naik ke Shopee, pihak Shopee akan menyenaraikan produk anda sebagai produk terbaru di dalam web tersebut. Itu sebab saya katakan, penampilan produk anda sangat penting di saat ini.

Okey.

Boost now ini anda boleh gunakan untuk lima produk anda setiap 4 jam. Jadi, pilihlah produk terbaik anda untuk boost ini. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan tools ini.

Kita tahukan, entah berapa ratus ribu produk di shopee..So boost now ni salah satu cara kita nak naikkan produk kita kat muka depan...boost produk kita setiap 4 jam..5 produk kita boleh boostkan secara percuma..

Memang bab ni kena rajin sikit la. Pastikan phone sentiasa berjahit kat tangan..

Lepas ni iols akan kongsi penganlaman iols buat ads kat shopee...dan buat feed produk kita.

ADVERTISEMENT


ellez Lv.10 22#

Survivor | Credits 5172   
Baru baca thread mod ni..
Konsep dropship bagus bagi kita yg tak punya modal besar,risiko rugi(modal)pun 0%..
Tapi kelemahan yg iols npk,kita tak ada real access kpd real stock..
Ini akan jadi masalah jugak blkg hari..

julia5094 Author 23#

Defender | Credits 11841   
Quote: ellez replied at 3-5-2020 01:49 AM
Baru baca thread mod ni..
Konsep dropship bagus bagi kita yg tak punya modal besar,risiko rugi(moda ...

Betul tu...tu antara risiko yang kita kena tanggung bila jadi dropship. Pernah la buat dropship untuk baju kurung moden. Baru je iols set up barang kat shopee. Dapat je pelanggan..stok pula tak ada. Terpaksa cancel oder. Banyak kali cancel oder pun nanti shopee akan kenakan penalty. So memang kena cari supplier yang sentiasa tak putus stok.

Baru2 ni shopee ada bagi ads credit free.. mencanak jugak la sales naik lps tu..tapi banyak lagi nak kena belajar pasal ads ni. Takut letak ads, tapi keyword yang digunakan tu tak betul..sia2 je duit habis macam tu je. My friend sales dia 10K plus bulan ni...i jauh lagi la nak kejar dia..tapi dapat jugak la merasa 2.6K sales this month..

tajmahal Lv.7 24#

Revolutioner | Credits 1909   
terima kasih TT buat thread ni. iols baru nak berjinak2 dengan shopee. sebelum ni jual offline  secara part time. Iols kerap pegi Indonesia dan beli tekstil kat sana. Then, jual dengan colleagues. Iols mark up sikit. Ada lah untung sikit.
Follow Us

intanazlynna Lv.9 25#

Adventurer | Credits 4520   
nak meniaga tapi tak tau product apa...

julia5094 Author 26#

Defender | Credits 11841   
Quote: tajmahal replied at 7-5-2020 11:16 PM
terima kasih TT buat thread ni. iols baru nak berjinak2 dengan shopee. sebelum ni jual offline  seca ...

Wah..nanti boleh la tolong i riki barang2 kat sana ye..

tajmahal Lv.7 27#

Revolutioner | Credits 1909   
Quote: julia5094 replied at 3-7-2020 09:51 AM
Wah..nanti boleh la tolong i riki barang2 kat sana ye..

Nak riki brg apa tu uols?kedai iols baru setup blm smp sebulan

ADVERTISEMENT


julia5094 Author 28#

Defender | Credits 11841   
Quote: tajmahal replied at 3-7-2020 02:16 PM
Nak riki brg apa tu uols?kedai iols baru setup blm smp sebulan

Shopee store ke chuols? Ke physical store?

tajmahal Lv.7 29#

Revolutioner | Credits 1909   
Quote: julia5094 replied at 3-7-2020 02:54 PM
Shopee store ke chuols? Ke physical store?

Kedai iols kat shopee.buat dropship

julia5094 Author 30#

Defender | Credits 11841   
Quote: tajmahal replied at 3-7-2020 04:29 PM
Kedai iols kat shopee.buat dropship

Wah...tahniah... Macamana sales setakat ni. Harap2 semakin maju..

tajmahal Lv.7 31#

Revolutioner | Credits 1909   
Quote: julia5094 replied at 3-7-2020 04:36 PM
Wah...tahniah... Macamana sales setakat ni. Harap2 semakin maju..

Tq uols.Kedai baru setting hampir sebulan.Sales takde lagi.Banyak yg perlu iols belajar.Doakan iols ya..

julia5094 Author 32#

Defender | Credits 11841   
Quote: tajmahal replied at 3-7-2020 04:38 PM
Tq uols.Kedai baru setting hampir sebulan.Sales takde lagi.Banyak yg perlu iols belajar.Doakan iol ...

Itu biasa...i pun ambik masa dalam sebulan lebih jugak untuk dapat 1st customer. Yang penting, jangan putus asa. Apa kata try buat advertistment. Buat untuk satu barang je dulu. Tapi kena belajar dulu macamana nak set keyword yang betul2 tepat dengan kita punya barang dan boleh boostkan kita punya sales.

I dulu berabis berpuluh2 ringgit jugak nak setkan keyword yang sesuai. Tapi mmg ads banyak membantu. Cuba bayangkan berapa ratus ribu barang yang ada kat shopee tu. So dengan ads..barang kita akan ada kat depan2 page tu...

Satu lagi tips...cuba add folower seberapa banyak..supaya orang akan nampak kedai kita..

tajmahal Lv.7 33#

Revolutioner | Credits 1909   
Quote: julia5094 replied at 4-7-2020 11:25 AM
Itu biasa...i pun ambik masa dalam sebulan lebih jugak untuk dapat 1st customer. Yang penting, jan ...

hari tu dapat first customer nak order tapi tak dapat proceed sbb stok takde. thank youuuuu bagi tips2. bila uols cakap kena buat kategori terus iols update kedai. bila iols explore settings kat shopee..banyak perkara yg iols kena belajar. thanks again tau!

julia5094 Author 34#

Defender | Credits 11841   
Quote: tajmahal replied at 4-7-2020 11:58 AM
hari tu dapat first customer nak order tapi tak dapat proceed sbb stok takde. thank youuuuu bagi t ...

Sapa lagi nak bantu sesama kita. Mudah2an dengar ilmu tak seberapa ni...rezeki kita semua akan bertambah. Jangan lupa gunakan semua setting yang ada tau. Chaiyok2..nanti kalau apa2 tak paham..boleh tanya direct kat sini ye, Boleh la orang lain belajar sama..#kitajagakita..

fossil Lv.13 35#

Challenger | Credits 15694   
Quote: julia5094 replied at 15-4-2020 01:22 PM
3. Cara Memasukkan Produk
a) Klik di bahagian Seller Centre

wahhhh

terimakasih sis bagi panduan nak jual kat shopee

ai pun tgh pikir nak jual apa

nak cari side income

terimaksih beri inspirasi kat thread ni

bersemnagat rasa nak cari side income thru shopee

zaman covid ni memang mencabar

kena rajin berusaha cari extra income kan..

moga Allah permudahkan..



ADVERTISEMENT


julia5094 Author 36#

Defender | Credits 11841   
Quote: fossil replied at 5-7-2020 08:46 PM
wahhhh

terimakasih sis bagi panduan nak jual kat shopee

Tak ada apa la sis. I pun tergerak hati nak tolong sesama kita. Kalau kita tak tolong sesama sendiri, sapa lagi kan? I pun atas sebab kawan yang perkenalkan shopee ni. Dari 1 pc bulanan..sekarang i dah boleh dapat oder lebih 50 pcs sebulan..Bulan ni sale 3K plus. Untung bersih dalam 1K mcm tu la..Tu baru beberapa bulan menjual kat shopee. Yang penting jangan putus asa ye..

Raya hari tu sale lebih 4K...insyaAllah, kalau kita share ilmu, kita akan dapat lebih..Selamat maju jaya...

nipskacang Lv.10 37#

Survivor | Credits 6722   
Hai, nk tanye tt & forummer lain, x ssh ke nk jual kat shopee klau kite dropship sebab i dropship jual baju, yg jadi kekangan kat sini sizing yg ade & takde. Cmne korg set dkt shopee eh? Sbb hari ni maybe ade size, esok maybe dh takde.

julia5094 Author 38#

Defender | Credits 11841   
Quote: nipskacang replied at 18-7-2020 10:13 AM
Hai, nk tanye tt & forummer lain, x ssh ke nk jual kat shopee klau kite dropship sebab i dropship ju ...

I dropship baju pun sama kes jugak. Nasib kalau ada, adala.. Tu yang kadang2 stress pulak. I sekarang dah tak letak banyak baju. Dah la nak update susah. Asal dpt customer je stok habis...ha...ha...Kena cari supplier besar2 yang banyak stok. Kalau setakat yang simpan beberapa helai je satu saiz, susah sikit la.

nipskacang Lv.10 39#

Survivor | Credits 6722   
Quote: julia5094 replied at 20-7-2020 11:52 AM
I dropship baju pun sama kes jugak. Nasib kalau ada, adala.. Tu yang kadang2 stress pulak. I sekar ...

Kan? Tu antara kekangan sbg dropshipper yg bru nk bertapak kat shoppee. Haih, maybe kene cri sumber lain kot nk berjualan kat shopee. Skrg jual kat ig je dlu cri pengalaman. Kalau dh ade readystock brg yg ade potential, bru nk join shoppee, confident skit klau stock ade kt tgn huhu

rookiecake Lv.7 40#

Revolutioner | Credits 1232   
As someone who bakes, banyak ingredients yang out of stock. Kalau siapa yang rajin, u boleh source out  the hot ingredients from major suppliers and resell on Shopee. Banyak resellers jual harga yang TIDAK berpatutan. Your mark-up tak payah banyak but at least your stocks akan laris. Shopee pun ada in-house shipping yang amat bagus sekali for penjual2 yang malas nak pergi pos ofis untuk hantar barang-barang. So make full use of that. Barang-barang bayi pun are one of the top money making categories. So siapa yang mahu explore that area pun boleh. Yang penting, do your homework.
1234.. 7Next