sebelum kita nak buat product kita sendiri, brand kita sendiri, kena lalui jual product org dulu, beli banyak2 dekat pemborong, kemudian start jual dulu, tengok market mcm mana. Mula kenali pelanggan, start belajar semua ilmu online dulu - FB Ads, IG Ads, Website, chatbot - kena pi belajar dekat yg arif dan proven, dlm masa yg sama kena byk buat research sendiri dekat youtube.
Bila dah ada rentak jualan online dekat fb dan ig, baru start pikir nak buatkan produk sendiri. Sebelum nak buat produk & brand sendiri kena make sure semua supply chain ready dgn harga yg betul2 boleh competitive. Kalo harga production sendiri pun dah mahal baik beli yg dah siap je. So kena survey segenap alam semua supplier dan value chain. Contoh kalo nak involve dlm bidang fesyen tudung atau baju, kena tahu dekat mana nak beli kain yg murah tapi berkualiti. Kena ada banyak supplier tak bleh harap dekat satu sources je. Byk usahawan bidang fesyen yg tersentak sekarang ni sebab terlalu depend pada satu source supplier iaitu dari gangzhou china. Sekarang ni tak boleh pi sana byk yg mula melingkop. Dah tahu supplier mana yg bagus, kena cari tukang jahit yg boleh jahit pukal dgn berkualiti dan harga yg ok. Tukang jahit pun kena make sure bukan 1 tempat. Kena ada beberapa tempat bagi membandingkan hasil jahitan antara satu sama lain, kalo ada yg tak konsisten berkualiti terus stop tukar cari tempat lain.
Sebenarnya nak hasilkan product sendiri dgn brand baru yg org tak kenal sgt sgt sgt susah nak yakin kan org membeli. Tapi dgn strategi tertentu, bila once org dah start suka product kita, dan kena targeting kita, Inn Sha Allah you dah boleh konsisten menjual.
Tips biasa semua usahawan perlu tahu tentang satu2 produk tu mesti lah kena ambik kira benda kat bawah ni
1. keunikan produk itu, apa yg special product kita tu compare brand2 lain
2. harga yg competitive,
3. produk yg berkualiti
4. pakage dan offer yg menarik