Betul la chuols..antara cabaran yang kita kena hadap, macam tu la. Sebab tu seboleh2nya, kita kena beli dulu barang dgn supplier kita tu. Kalau kita berpuashati, insyaAllah, customer berpuashati. Kalau barang tak ship out dalam masa yang ditetapkan..jangan tunggu customer komplen..kita yang kena kejar supplier. Gittewww...
Yang penting...kalau communicate dgn customer..seboleh2nya kena bersabar betul2..jangan naik angin. Even kena marah..kita sentiasa kena cool. Orang2 sekarang bukan boleh..kalau tersilap reply kat pm..silap2 dia ss dan viralkan kita.
Kena sentiasa jenguk2 kedai..supaya customer nampak kita sentiasa aktif. So kepercayaan diorang akan lebih yakin untuk membeli kat kedai kita.
Memang apa saja pekerjaan, kita akan diduga dengan macam2 dugaan. Cuma dugaan yang berlainan la.. Hari ni cuti2 pun tetap gigih upload produk. Siap ajar anak lagi macamana nak masukkan listing.
Mana nak tau..cabaran masa depan..tak sama dengan kita sekarang. At least kalau diorang tau selok belok meniaga ni, senang la nak cari makan..at least cari duit tepi.
Yang penting...jangan putus asa..sentiasa berusaha..sentiasa bersyukur...