Ilmu Pengetahuan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

evolutionary Lv.12 101#

Defender | Credits 10634   
NAK BINA BISNES?
.
Step #1 : cari produk
.
bab cari produk ni adalah bab paling kritikal. Sebab kalau salah pilih produk, memang tak dapat sales walau hebat macamana pun promosi yang kita buat.
.
contoh : google glass - yang ni produk yang sebenarnya sangat hebat, tetapi ia mendahului zaman.
.
Masa tu mana ada orang pakai wearables lagi.. dan sekarang ini wearables ni sedang bertatih. Kira masih baby lagi la. Apple, samsung dan beberapa company besar dah mula agresif memindahkan bajet rnd kepada wearables berbanding kepada mobile tech.
.
so masa tu, produk ni tak ada demand lagi. Dan market pun tak faham serta tak tahu macamana nak react kepada google glass.
.
jadi produk ni fail.
.
so macamana nak cari produk yang demand tinggi?
.
ini kemahiran yang sangat tinggi, dan untuk kita cari produk yang boleh jatuh dalam kategori blue ocean ni bukannya senang.
.
jadi ambik sahajalah produk yang berada dalam red ocean. Tapi ini juga bermakna kita akan mempunyai sangat ramai pesaing.
.
jadi macamana kita nak jual produk yang ada banyak pesaing?
.
sebenarnya nak jual produk yang dalam red ocean yang mempunyai banyak saingan adalah satu kerja yang agak mudah kerana kat situ ada begitu ramai ready buyer.
.
nak run ecom pun boleh, nak run bot pun boleh, sebab kat situ memang dah tersedia ramai pembeli.
.
Setelah kita jumpa produk yang kita nak jual, apa kita kena setup?
.
1. kita kena setup offer
2. kita kena setup funnel
.
offer ni adalah satu perkara yang sangat penting yang akan menentukan samada orang nak beli produk kita atupun tidak....
.
kalau orang rasa offer kita tak berbaloi, maka tak akan ada orang nak beli.
.
kalau orang rasa offer kita tu power, kita tak buat ads pun stok kita akan habis.
.
bab membina offer ni adalah satu bab yang panjang. Poknik study 3-4 buku pasal bina offer ni.. ..nanti poknik cerita dalam post lain.
.
kalau cerita dalam post ni.. maka kita akan terpesong dalam perbincangan kita, sebab perbincangan ni nak cerita step nak bina bisnes jual produk fizikal.
.
next, kita nak bina funnel.
.
kita kena faham konsep front end funnel dan back end funnel.
.
untuk bersaing dalam market red ocean, orang seeloknya tak tahu yang kita sedang promote barang A.
.
sebaliknya kita letak barang B kat depan dan kita promote barang B supaya kita boleh jual barang A kat back end funnel.
.
Dengan meletakkan barang B yang lebih mudah dijual, kita akan dapat cover kos marketing kita atas ads yang tak dapat tarik jualan dari produk A.
.
Kita juga akan dapat mengumpul leads dan prospek untuk kita buat offer produk A melalui kempen lain.
.
Produk B adalah merupakan lead magnet dan juga merupakan cushion utk cover kos ads kita. Ia juga boleh bertindak sebagai acquisition ads.
.
so produk B tu sepatutnya ialah brand kita sendiri dimana kita tak ada pesaing, margin kat sini kecil pun xpe sebab kita bukan nak jual produk B.
.
di bahagian back end, kita boleh jual produk A dimana ia menawarkan komisen yang lebih tinggi.. dan ini boleh merupakan produk orang lain yang kita jadi ejen.
.
anyway, bab funnel ni... lagi panjang cerita dia dari bab offer... you guys baca la buku ok.
.
baiklah... mari kita sambung..
.
apa kemahiran yang kita perlu ada?
.
1. kemahiran customer avatar - ini supaya kita boleh cari angle untuk attack market
2. kemahiran targeting ads - ini supaya kita boleh cari orang yang kita dah takrifkan sebagai avatar kita
3. kemahiran copywriting - ini untuk communicate idea kita dengan efektif. Micro angle adalah sangat penting dan setiap penulisan kita utk dibuat iklan perlu mampu menerbitkan kecelaruan emosi dalam jiwa pembaca.
.
kalau kita tak mampu celarukan emosi dia, maka kita tak dapat disrupt pattern dia. Dan jualan hanya berlaku bila graf emosi dia cukup bercelaru.
.
4. creative - ini bermaksud video dan juga gambar yang bersesuaian.
.
mcamana kalau kita tak pandai ?
.
video boleh suruh orang buat
gambar boleh suruh orang buat
.
copywriting tak boleh suruh orang buat. sebab orang yang buat copywriting utk kita tak study avatar kita. Jadi dia tak akan dapat menyelami perasaan prospek kita dengan cukup baik.
.
lagipun, kita bukan nak serang market dengan semberono. Kita nak serang market guna micro angle dan kumpulkan pelanggan kita dari golongan micro angle tersebut.
.
so sekarang ....
.
kita dah ada produk yang ada demand
kita dah ada offer yang kuat
kita dah ada funnel utk serang market
kita dah ada produk bayangan
kita dah tahu siapa kita nak target
kita dah tahu angle kita nak serang
.
apa yang kita perlu buat sekarang ialah menyerang.
.
masa ni baru masuk peranan fbads atau google ads atau youtube ads atau tiktok ads.
.
sama seperti kita sebagai orang islam...
.
setel dulu syahadah
setel dulu solat 5 waktu
setel dulu puasa ramadha
setel dulu zakat
setel dulu haji (bila ada kemampuan)
.
baru la fikir pasal nak ada amalan amalan eksotik
zikir special itu ini
follow tok guru itu ini.
.
sebab yang asas kena kuat dan kukuh
baru lah yang lain boleh bergerak dengan baik.
.
.
JOM SUCCESS!!

ADVERTISEMENT


reimisaid Lv.1 102#

Beginner | Credits 306   
ada video panduan ke

julia5094 Author 103#

Defender | Credits 11841   
Quote: evolutionary replied at 7-11-2020 07:22 PM
HARI NI NAK CITER PASAL ASAS FBADS PULAK
.
fbads ni jenis contextual ads dimana dia buat targeting ...

Nampaknya ilmu saya bab marketing ni memang zero sangat..alhamdulillah ada otai yang sudi nak curahkan ilmu kat sini. Saya nak try jugak guna fb ads. Tapi jenis yang takut ambik risiko. Ni tengah dok belajar pelan2 macamana nak set up fb ads ni.

julia5094 Author 104#

Defender | Credits 11841   
Quote: evolutionary replied at 7-11-2020 08:50 PM
NAK BINA BISNES?
.
Step #1 : cari produk

Rasa nak like 1000 kali post ni...macamana nak jadi creative dalam copy writing ye?? Saya ni memamg betul2 buntu bab ni. Tak pandai buat ayat yang menyentuh perasaan. Jenis yang tak pandai meluahkan emosi. Kadang2 saya rasa orang yang pandai create ayat yang best2 ni memang dah dilahirkan macam tu..maksudnya memang ada talent bab penulisan ni...

Follow Us

julia5094 Author 105#

Defender | Credits 11841   
Semalam nak jadikan cerita, memang agak lawak dan saya rasa diri ni sangat la tak pandai meniaga. Nak meniaga main taram je. Concept asa pun saya tak berapa ambik peduli...hi..hi..

Ada kat group shopee tu mengadu, dia kena fees yang agak tinggi untuk setiap order yang masuk. Sampai kentungan yang dia dapat tinggal sikit je. Ye la..harga yang diletakkan tak dimasukkan sekali dengan fees yang di kenakan.

So ada yang baik hati pun cakaplah kena mark up margin peratusan keuntungan sekali dengan percentage fees yang shopee kenakan. Then dia pun bagi la rumus which is..PERATUSAN MARGIN KEUNTUNGAN = untung /harga jualan.

Dan baru saya perasan...rupanya selama ni saya silap kira margin...adui la... contohnya saya nak keuntungan 30%...saya just darabkan modal dengan 130%. Yang kelakarnya...bila tanya kawan2 yang semuanya cikgu cikgi dan ada antaranya ambik acc. Diorang pun kira mcm saya jugak.

Adui...selama ni saya dah set margin keuntungan rendah..di sebabkan silap formula...hu...hu..Tu la...rang suruh study dulu..tap saya main taram je..kan dah mendapat..

adila39 Lv.22 106#

Moderator | Credits 76388   
Quote: julia5094 replied at 25-11-2020 10:24 AM
Semalam nak jadikan cerita, memang agak lawak dan saya rasa diri ni sangat la tak pandai meniaga. Na ...

cepat betulkan.

julia5094 Author 107#

Defender | Credits 11841   

Baik mod...

ADVERTISEMENT


totokreturn. Lv.12 108#

Defender | Credits 11131   
mcm ramai peniaga je kat shopee sekarang ni dibandingkan dengan pembeli

julia5094 Author 109#

Defender | Credits 11841   
Quote: totokreturn. replied at 31-1-2021 11:10 AM
mcm ramai peniaga je kat shopee sekarang ni dibandingkan dengan pembeli

Memang pun..persaingan agak sengit sekarang ni..Sekarang ni peniaga local lagi susah nak cari makan. Sebab seller indon pun dah masuk malaysia sekarang ni. Diorang jual..mak ai..harga memang org kita tak boleh nak compete. Kalau meniaga makanan, insyaAllah boleh laku.

julia5094 Author 110#

Defender | Credits 11841   
Sekarang nak belajar cara buat ads kot ig..penah kot dok asyik up status je...

adila39 Lv.22 111#

Moderator | Credits 76388   
Quote: julia5094 replied at 1-2-2021 02:09 PM
Sekarang nak belajar cara buat ads kot ig..penah kot dok asyik up status je...

ads IG lebih berbaloi. Ads FB indon or sesapa bangsa je like

julia5094 Author 112#

Defender | Credits 11841   
Quote: adila39 replied at 3-2-2021 11:26 AM
ads IG lebih berbaloi. Ads FB indon or sesapa bangsa je like

Tu la...Ig ada..tapi macam hidup segan mati tak mahu. Tu la..untung budak2 sekarang...pandai berIG semua. Ni baru merangkak-rangkak nak nak mulakan balik. Story pun stahun skali baru up...

totokreturn. Lv.12 113#

Defender | Credits 11131   
waa byk info pasal shopee dapat kat thread ni, bagus bagus

adila39 Lv.22 114#

Moderator | Credits 76388   
Quote: julia5094 replied at 5-2-2021 01:48 PM
Tu la...Ig ada..tapi macam hidup segan mati tak mahu. Tu la..untung budak2 sekarang...pandai berIG ...

jue,
variance tu kat shoppee tu i kalau nak include asyik salah je so i give up nak menaip bebanyak. tu x jejual..i thought nak jual garlic spread.

totokreturn. Lv.12 115#

Defender | Credits 11131   
mcm mana nak dapat preferred+ kat sopee

ADVERTISEMENT


julia5094 Author 116#

Defender | Credits 11841   
Quote: totokreturn. replied at 6-3-2021 11:34 AM
mcm mana nak dapat preferred+ kat sopee

Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating kena lebih 4.7 bintang. Chat respond kena lebih 80% ke..mcm tu la...

totokreturn. Lv.12 117#

Defender | Credits 11131   
Quote: julia5094 replied at 8-3-2021 03:42 PM
Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating ke ...

oo ingatkan company besar2 je bleh dpt, rupanya rakyat marhaien pun bleh

adila39 Lv.22 118#

Moderator | Credits 76388   
Quote: julia5094 replied at 8-3-2021 03:42 PM
Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating ke ...

i dapat tau kawan i dah berhenti kerja, dia jual baju baby second. and u tau hari hari dia dapat rm100-200 but buat live memalam buta. wahh good money cuma xleh tido...and kena live shoppee tu...somehow i jenis kurang sabar tgk live shoppee sbb banyak bebel. So maybe i bukan pelanggan yg bagus. eh modal dia beli rm500 je

totokreturn. Lv.12 119#

Defender | Credits 11131   
Tip shopee

Mesti korang selalu nampak ada banyak rakan seller dalam group ni yang mengeluh, "Adui! kenapa sales saya drop! Kenapa takde order baru! Kenapa seller lain yang baru jual sales dia lagi bagus berbanding dengan saya yang dah lama jual? Kenapa sales saya stagnant sahaja  tak naik naik!"
Kamu boleh duduk diam diam sehingga sales masuk sendiri atau kamu buat sesuatu seperti start membuat iklan Shopee supaya peluang kamu untuk mendapat order akan meningkat!
Business doesn't come by its own, so rather than trusting to chance, you should take the initiative now by doing something! Because now is the best time to start.
Fun Facts
✓Iklan bukan magic!
✓Iklan tak menjanjikan keuntungan.
✓Iklan menjanjikan trafik/visitors kepada produk dan kedai anda
✓Iklan bukan sahaja membantu untuk menstabilkan, malah dapat mengembangkan business anda!
✓ Your ads is shown to ready shoppers with high purchase intent
✓70% orders from Shopee are resulted from search
✓ The suggested bid price for broad match keywords is 20% higher than exact match
Kelebihan Shopee Ads
✓Sangat berpatutan (pay per click)
✓Sangat murah (serendah 4 sen per click)
✓Sangat mudah (macam kereta, auto dan manual available)
✓Sangat berkesan (kualiti trafik terjamin, sebab pengunjung Shopee are ready buyer)
Jadi, sebelum bermula,
Pastikan produk yang kamu nak iklankan tu mampu bersaing. Check gambar dan harga produk kamu itu ok ke tidak, compare dulu listing kamu dengan competitor kamu. Kalau tak ok, sila edit terlebih dahulu sebelum invest dalam iklan.
Digalakkan untuk guna computer untuk setkan dan tinjau iklan, sebab fungsi aplikasi Shopee masih lagi tidak selengkap computer.
Saya faham usahawan selalunya mesti excited semasa baru nak start iklan, tetapi...
Semasa baru start iklan,
Jangan tergesa-gesa dan buat untuk banyak banyak product sekaligus. Buat satu per satu supaya kamu senang jaga.
Semasa baru start iklan, check iklan kamu on a daily basis, tinjau perubahannya terutamanya pada keuntungan dan kerugian kamu.
If you are doing ads manually, for Keyword Ads, the lowest bidding for Exact Match is 6 sen, while the lowest bidding for Broad Match is 7 sen. And for Discovery Ads, the lowest bidding is 4 sen, don't go any lower than this for the Shopee algorithm to perform normally.
Always set a budget if you are choosing to use auto selected keywords for Keywords Ads and auto optimisation for Discovery Ads. This is because it is automated, and it could spend up your ads expenses faster than you think.
Trial and error.
Start small, scale bigger.
Kan ada peribahasa: dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.Selamat mencuba!

totokreturn. Lv.12 120#

Defender | Credits 11131   
Tip shopee


How I Did It? pt1 - First Sale
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.
Lucky me, hari ni order tak banyak so saya nak share bagaimana saya buat sales awal2 dulu via Shopee. Sebelum tu, saya nak share data about my sales.
First product listed : 23 April 2020
First product sold : 23 April 2020
First 30 days orders : 92 orders
HOW I DID IT?
1. Get knowledge – saya spend 2 hari untuk tahu & belajar cara nak listing PDP dan setup Shopee Ads dari Youtube.
2. Research – saya search & scroll Shopee untuk tengok apa produk yang akan membolehkan saya dapat sales. Selepas 3 jam, saya decide untuk jual BELACAN & IKAN BILIS KOPEK. Saya sebenarnya jual Health Supplements & Baby Formula, tapi saya jual belacan dan ikan bilis ni semata2 untuk ORDERS, TRAFFIC & ALGORITHM. 4 hari lepas tu barulah saya masukkan listing produk yang saya betul2 nak jual.
3. Be different – bila saya scroll belacan, saya tengok majoriti tempek gambar belacan yang disnap pakai phone dan nampak belacan dalam bungkusan je. Saya snap pic belacan yang menampakkan tekstur belacan tu yang fresh (close up). Gambar tu kalau orang hat ada resdung tengok, terbersin terus sebab macam dah boleh imagine bau dan rasanya. Sama gak ngan kes ikan bilis kopek tu. Nampak putih bersih menawan hati. Pastu saya boh pulak gambar ikan bilis yang dah siap goreng. Nampak rangup bangat. You don’t need DSLR, snap by phone already superb. It’s how you capture the angle. By the way, saya jual belacan & ikan bilis yang memang premium grade dan fresh. Saya tak amalkan konsep white background sebab saya amalkan konsep STAND OUT.
4. Copywriting – saya spend masa 3 jam untuk buat penulisan yang menepati requirement algo Shopee. Penulisan title dan description tu saya betul2 take serious & detail. Dalam title, di awal sekali saya tulis SEGAR & STOK BARU untuk belacan dan RANGUP & GRED PREMIUM untuk ikan bilis kopek. Cara saya berfikir lain sikit sebab saya letak di awal bukan nama item atau brand tapi saya letakkan USP (unique selling proposition) item tu.
5. Picture – saya letak gambar full terus penuh 9 slot tu. Part variasi mcm saiz & berat belacan berbeza tu pon saya boh gambar. Dalam part gambar ni, saya tak masukkan semua tu gambar tapi saya masukkan juga info deskripsi, feature dll about produk. Hat belacan ini saya masukkan resipi masakan. Hat ikan bilis saya boh “Cara nak goreng ikan bilis supaya rangup sampai bunyi kreuk kreuk”. Part variasi lak saya tak hanya masukkan gambar tapi siap dengan nama item, berat, bentuk dll.
6. Pricing – part ni mudah je. Saya buat senarai harga yang seller2 lain tawarkan dan saya ambil purata. So, harga yang saya tawarkan dok di tengah2, tak mahal & tak murah tapi just nice jer. Saya tak drop harga saya sebab saya nak kena spend banyak lagi kat discount, voucher, add on & bundle deal. Dan untung kasar selalunya saya amik minima 30% sebab Shopee amik pon dah 7%. Pastu nak kena tolak kos packing & return (in case kalah kes dispute) dll.
7. Discount – saya buat discount promotion saya semua 30% ke atas. Saya tak tau apa fungsi DP ni untuk algo tapi saya buat untuk halwa mata. Selalu buyers perempuan suka symbol % OFF ni.
8. Voucher – saya buat semua jenis voucher dan saya buat banyak. Follow Voucher saya buat no min basket, no limit (no cap), 3% off. Pastu Shop Voucher saya buat dari sekecil diskaun 50 sen sampai la diskaun RM5. Jarak minimum basket tu tak jauh so selalunya buyers akan beli banyak sebab kejar diskaun. Kaedahnya, saya nak buyers berbelanja RM60 ++, so saya buat basket RM49 off RM1 dan basket RM60 off RM2. SV RM1 off saya jadi tak laku dan RM2 off habis cepat. Jumlah SV RM1 saya buat 1000 pcs tp SV RM2 saya buat 100 ja. Pastu saya letak skali had masa sebab saya suka boost sense of urgency guna konsep FOMO (Fear of Missing Out).
9. Bundle Deals – saya pegu semua 40 item margin lebar yang saya jual. Saya buat Buy 5 items Off 3%.
10. Add-On Deals – baki 20 item margin nipis saya buat add on. Saya buat beli item mahal boleh beli item murah dapat 3% off.
11. Shopee Ads – yang ni PALING PENTING. Saya tau ramai sellers yang boleh buat banyak sales organically but still saya rasa rugi kalau tak utilize Search & Discovery Ads ni. Cuma, kena ubah mindset sebab Ads ni bukan untuk GMV tapi untuk Impression. Saya buat ads untuk semua produk yang saya listkan dan saya bid CPC hanya RM0.06 – RM0.10 sahaja. Syarikat luar sana tak stopkan iklan (digital, audio, print, outdoor dll) diorang jika jualan diorang tak capai target atau rasa expense tak berbaloi tapi diorang akan improve content iklan diorang. So, don’t stop, just improve your listing and keyword.
So gais, ini antara apa yang saya buat. Maybe ramai lagi sellers yang hebat2 dalam ni boleh add-on ideas untuk seller2 lain.
1 ..4567Next