CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21754|Reply: 232

[Tempatan] Hospital Serdang siasat Zahlelawati Niene (IKON USAHAWAN) 'CURI' penutup mulut d

  [Copy link]
Post time 6-4-2020 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 7-4-2020 02:47 AM

[youtube]xJilqzFweb8[/youtube]
‘Curi’ penutup mulut: Hospital Serdang lakukan siasat
By Muhammad Azizul Osman - 6 April 2020



KUALA LUMPUR –  Hospital Serdang akan memulakan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang pengguna Facebook yang  mendapat penutup mulut dan hidung, sarung tangan getah dan cecair tangan daripada hospital berkenaan.

Menurut kenyataan Hospital Serdang, tindakan tegas akan diambil pihaknya sekiranya dakwaan itu adalah benar.

“Pihak Hospital Serdang mengambil maklum dan memandang serius isu tular di laman media sosial Facebook milik Zahlelawati Niene, bertarikh 5 April 2020 berkenaan peralatan penutup muka (face mask), sarung tangan (glove) dan hand sanitiser  (cecair pembasmi kuman) yang didakwa diperolehi daripada Hospital Serdang.

“Pihak hospital berterima kasih akan keprihatinan orang awam terutama pengguna media sosial yang telah memanjangkan isu ini agar tiada berlaku sebarang penyalahgunaan terutama ketika negara sedang menangani wabak Covid-19,” demikan menurut Ketua Pengarahnya.



di Facebook milik Zahlelawati Niene yang mendakwa mendapat semua produk itu daripada abangnya yang bekerja di hospital berkenaan.

“Alhmdlh sempat amik barang2 nie kt serdang. Mask, glove & sanitizer.. Jimat byk da dkt sni.. Tak pyh susah nk bli, tak sangka…tak percaya jalan bole clear sampai mcm nie.

“Selalu klw lalu mesti byk kete Sekatan hanya dkt skve telok je. Tq abam2 askar, TLDM & polis bg aye laluan,” tulis beliau.



Ekoran penularan status itu, akaun Zahlelawati Niene didapati sudah dipadamkan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020 ... ang-lakukan-siasat/
Jangan ‘curi’ topeng, cecair pembasmi kuman
By Shawaliah Hadir - 6 April 2020



PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman yang berada di hospital.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah untuk kegunaan di hospital khususnya kepada kalangan petugas barisan hadapan yang kini sedang bertungkus lumus mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kalau kita bagi topeng (hidung dan mulut) atau cecair pembasmi kuman ia adalah kegunaan orang ramai dan bukan untuk satu individu sahaja. Sekiranya barang itu diambil untuk kegunaan sendiri, dia kena fikir bukan dia seorang yang perlu pakai (barang terbabit).

“Nasihat saya, jangan ambil topeng penutup muka dan hidung, cecair pembasmi kuman mahupun sarung tangan kerana ia adalah kegunaan penting untuk barisan hadapan. Keutamaan adalah untuk mereka di barisan hadapan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas isu yang tular di media sosial di mana seorang wanita yang berkongsi gambar beberapa kotak topeng penutup hidung dan mulut yang dikatakan diambil di hospital.

Malahan wanita tersebut  bertindak menjual topeng penutup mulut dan hidung itu di Facebook miliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2020 05:27 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 7-4-2020 02:42 AM

[youtube]OsAWsTO6JIU[/youtube]
FI PRODUCTION
47 subscribers
Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua

Jom ramai-ramai saksikan temubual eksklusif bersama VJ Farah StarLive Malaysia dan tetamu jemputan beliau, Puan Zahlelawati Niene dalam segmen Edisi Khas Dunia Wanita pukul 2 hingga 3 petang pada 18 Januari 2017 (Rabu) ini. Jangan lupa ya!!! ;-)

























Semoga berkenan



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:30 PM | Show all posts
beli tudung tak apa,
beli mask untuk kesihatan tak mahu, sanggup mencuri

cibai.

cari muka dia, kita cyberbully.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 05:32 PM | Show all posts
‘Mungkin Boleh Delete Tapi..’ – Bangga Tayang ‘Aset Hospital’ Yang Dicuri, Wanita Ini Undang Kritikan
April 6th, 2020 |



Kes kecurian melibatkan hak milik kerajaan khususnya hospital bukanlah pertama kali didengar. Sebelum ini, pelawat tanpa rasa bersalah mengambil hand sanitizer yang diletakkan untuk kegunaan pesakit yang lain.

Terbaru, seorang wanita dengan bangga menayang face mask, glove dan hand sanitizer yang didakwa didapati menerusi abangnya yang bertugas di hospital. Doktor, Mohd Khairul Izwan menyeru si pelaku memulangkan kembali hak milik kerajaan dan menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab itu mengancam orang lain.

Didakwa curi hak milik hospital





Kepada Saudari Zahlelawati Niene,

Saya menggesa dan menyeru kepada anda agar memulangkan kembali face mask, glove dan hand sanitizer yang telah anda curi dari Hospital Serdang melalui abang anda yang didakwa merupakan salah seorang staff di hospital terbabit.

Buat pengetahuan Saudari, barang-barang yang Saudari ambil tersebut merupakan item yang sangat-sangat diperlukan oleh barisan frontliners yang bertugas bertungkus-lumus untuk membendung wabak Covid-19 di hospital/fasiliti kesihatan.

Dengan mengambil barangan tersebut, bermakna semakin berkuranglah kelengkapan tersebut untuk wira-wira negara kita gunakan dan semakin meningkatkan risiko diri mereka untuk dijangkiti virus tersebut.

Ada hospital yang sampai kena catu barangan tersebut kerana stok yang semakin berkurangan. Saudari pula tanpa rasa bersalah mencurinya dari pihak hospital dan dengan tanpa segan silu memuat naik pula perbuatan terkutuk Saudari itu ke laman sosial.

Barang yang Saudari curi terbabit merupakan hak milik kerajaan, dan perbuatan Saudari boleh mengundang padah buat diri Saudari serta abang Saudari yang merupakan salah seorang penjawat awam dan bekerja di hospital terbabit. Abang Saudari juga boleh berdepan dengan risiko dikenakan tindakan tatatertib akibat perbuatan kalian.

Mungkin boleh delete akaun FB tapi..



Mungkin Saudari boleh delete akaun Facebook Saudari, tapi ramai yang telah menghidu perbuatan Saudari. Pihak berwajib juga mungkin akan mengambil tindakan terhadap perbuatan Saudari nanti, tapi jangan lupa balasan Allah di hari akhirat kelak pasti lebih dahsyat.

Buat seluruh rakyat Malaysia, saya sebagai salah seorang staff KKM menyeru agar jangan diulangi lagi tindakan pentingkan diri sebegini kerana ianya amatlah tidak berhati perut. Mencuri kelengkapan sebegini dari hospital serta fasiliti KKM dapat merencatkan usaha kita untuk membasmi penularan wabak Covid-19.

Sepatutnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memberikan sokongan penuh kepada barisan frontliners kita untuk mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Mereka berkhidmat siang dan malam tanpa mengenal penat dan lelah bukan untuk orang lain, untuk kesejahteraan kita serta negara juga.

Jangan sampai mencuri



Staff KKM serta pihak yang lain sampai kena jahit sendiri PPE dan buat face shield sendiri untuk tampung kelengkapan yang semakin berkurangan, ini ada pula individu yang senang-senang pergi curi stok dari hospital. Kasihanilah mereka.

Jika kita tidak mampu membantu mereka, jangan sampai kita membebankan mereka.

Sebab itu sebelum ini pihak KKM ada keluarkan kenyataan bahawa tidak wajib untuk pakai mask jika anda tidak mempunyai gejala, tetapi kalau ada dan nak pakai, silakan. Tapi jangan sampai mencuri dari pihak hospital.

Kalau nak pakai juga tapi tiada mask yang 3 ply tu, boleh pakai mask DIY seperti mask kain dan yang lain-lain. Yang penting jangan mencuri okay? Lebih baik duduk di rumah dan kekalkan jarak sosial 1 meter. Itu lebih baik daripada anda pakai mask curi tanpa rasa bersalah!

Mohon pihak KKM, PDRM dan SKMM menyiasat dengan serius perbuatan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai pengajaran buat semua.

The following two tabs change content belo



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila ambil tindakan
Sedap mencuri lepas tu jual
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
siap..'Alhamdulillah'..lg dia......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2020 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sial. Aku yang frontliner sehelai mask hospital pun aku tak bawa balik, hatta utk aku pakai ke kedai, apatah lagi utk bagi ahli keluarga. Tahan beli mahal2 nak bagi mak ayah kat kampung.

Btw abangnya kerja apa kat spital ni? last week sempat viral ada cleaner hospital kantoi curi 30box mask untuk jual tapi tak sure hospital mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:41 PM | Show all posts
siap sebut Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia takde akses utk brng2 ni tapi yg pasti, abg dia adalah org yg tak amanah tu.. Hukum kedua-dua nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 05:50 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 6-4-2020 01:30 PM
~boolean replied at 6-4-2020 09:30 AM
beli tudung tak apa,
beli mask untuk kesihatan tak mahu, sanggup mencuri

Bolehlah saudara telefon beliau di talian di bawah ini






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw kalau nampak mask jenama Surgipro ni kat shopee/fb/etc.. hampir pasti mask tersebut adalah hasil curi dari hospital
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
reveal muka plisss
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:52 PM | Show all posts
Dgn adik abg 'masak' lahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 05:52 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 6-4-2020 09:53 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:54 PM | Show all posts
Bangga pulak dia war2 yang dia dah lakukan kesalahan tampa rasa bersalah.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni hanat tapi yg kt melaka tu lagi hanat.
Dapat dari hospital Tampin sepupu kasi.
Siap jual kat group melaka food delivery.
Sis nyaris nk beli sbb murah baru 65, tapi bila tgk, yg tali punya, mesti kkm kn, terus tak jadi beli.
Tapi ada yg beli n bila org voice out, minah tu siap maki2. Yang tu memang lagi bapak hanat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ChemicalRomance replied at 6-4-2020 05:41 PM
Memang sial. Aku yang frontliner sehelai mask hospital pun aku tak bawa balik, hatta utk aku pakai k ...

face mask bole buat duit skang...sapa sangka chuolsss...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul ada org bodoh mcm ni ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 06:10 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 6-4-2020 10:17 AM

Ini kawasan rumah yang Zahlelawati Niene tawarkan untuk disewa. Jalan Waja, Batu 9, Kampung Medan





Polis tinggal berjumpa penyewa rumah tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pemilik FB Zahlelawati Niene. No phone juga ada disediakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnyeee. Sanggup mencuri dari beli. Beli tudung nak pulak. Geramnya aku tengok manusia macam ni. Siapa abang dia ni???? Staff tak jujur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.094065 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list