CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4207|Reply: 43

[Dunia] COVID-19. New York. Kematian covid-19 - 5,489 orang mengatasi kematian tragedi 9

  [Copy link]
Post time 7-4-2020 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 8-4-2020 03:51 PM

COVID-19: Bilik mayat penuh, mangsa mungkin dikebumi di taman awam New York
2-3 minutes

NEW YORK CITY: Mayat mangsa jangkitan koronavirus mungkin dikebumikan di taman-taman awam New York.

Ia susulan peningkatan kematian di negeri itu yang menghampiri angka 5,000 sehingga tiada tempat untuk menyimpan mayat, lapor The Guardian.

Ahli Majlis Manhattan, Mark Levine dilapor berkata sehingga Isnin petang, sejumlah 130,000 warga New York telah diuji positif virus itu, dengan 16,000 daripada mereka kini ditempatkan di hospital.

Setakat ini, sejumlah 4,758 kematian direkod di New York.

Levine mengumumkan wilayah itu sedang bersedia untuk memulakan langkah sementara dalam menghadapi krisis COVID-19.

"Jumlah mayat terus meningkat," kata Levine di akuan Twitter pada Isnin.

"Tempat simpanan mayat di Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan (OCME) di Manhattan dan Brooklyn tidak lama lagi akan penuh.

"Apa nak buat selepas itu?

"Tidak lama lagi, kita akan mulakan langkah pengebumian sementara ini. Ini mungkin dilakukan di sebuah taman NYC (ya, betul). Kubur panjang yang muat 10 keranda dalam satu baris akan digali."

Levine berkata OCME, rumah mayat hospital, rumah pengebumian dan tanah perkuburan kini berdepan situasi sepertimana ketika tragedi 9/11, dan pihak berkuasa kini bergelut mencari lokasi pengebumian.

"Ia akan dilakukan dengan cara yang tertib, teratur dan sementara. Namun pasti sukar untuk warga NY untuk menerimanya" katanya.

"Matlamatnya untuk mengelak keadaan seperti di Itali di mana tentera terpaksa mengutip mayat dari gereja dan juga di tepi jalan."

Namun, OCME dalam perkembangan terbaharu berkata kubur di taman itu hanya satu pilihan dalam perancangan menangani bencana, tetapi bukan yang menjadi pertimbangan atau perancangan, lapor NBC New York.

Datuk Bandar NY, Bill de Blasio berkata tapak pengebumian sementara mungkin terpaksa dilakukan namun enggan mengulas lebih lanjut.

Amerika Syarikat mencatatkan lebih 321,000 jangkitan dengan lebih 10,000 meninggal dunia akibat COVID-19.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
New York will never be the same again
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kita kat malaysia ni masih beruntung... kes tak seteruk tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...hollywood slalu sgt highlight New York ni kan.
Kalo alien dtg depa dtg new york dulu.tsunami,godzilla,asteroid ,terroristdan macam2 lagi.
X sangka pulak virus yg buat New York melumpuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke dieorg crematured mayat jd abu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 7-4-2020 08:04 AM
bukan ke dieorg crematured mayat jd abu ke..


Terlalu ramai.. Katakan depa boleh bakar mayat sehari dgn kapasiti penuh 200 mayat sehari.. Dgn 4k mayat perlukan 20 hari.. Dlm masa 20 hari tu mayat makin bertambah dan mayat lama akan membusuk. Nak tak nak selain mayat dibakar depa pertimbangkan utk tanam mayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

tk apalah.  manusia mmg patut dipulangkan ke tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:41 AM | Show all posts
tanam je lah kat central park..ala2 kubur dlm taman gituu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2020 08:56 AM | Show all posts
kalau cite polis pun pasti ambik nama NY
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 10:56 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 11:05 AM | Show all posts
'Datuk Bandar NY, Bill de Blasio berkata tapak pengebumian sementara mungkin terpaksa dilakukan namun enggan mengulas lebih lanjut.'

Sementara.. maksudnya akan digali semula untuk proper burial selepas wabak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
TV taiwan taknak ulas ke pasal tanam mayat merata-rata ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 7-4-2020 11:18 AM
TV taiwan taknak ulas ke pasal tanam mayat merata-rata ni

Tanam tepi jalan katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:04 PM | Show all posts
sarah82 replied at 7-4-2020 08:12 AM
Terlalu ramai.. Katakan depa boleh bakar mayat sehari dgn kapasiti penuh 200 mayat sehari.. Dgn  ...

Betul tu.. Ramai sangat.. Pastu nanti jadi macam Italy masa kes diorang tengah peak hari tu.. Sampai oven bakar mayat diorang rosak terus..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:09 PM | Show all posts
ngerinya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2020 12:21 PM | Show all posts
kalau nk tanam pun
minimum kedalaman 7 kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 7-4-2020 12:04 PM
Betul tu.. Ramai sangat.. Pastu nanti jadi macam Italy masa kes diorang tengah peak hari tu.. Samp ...

Yap.. Makin teruk kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru last year tengok travel show kat New York... tup tup tak sangka jadi macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 02:34 PM | Show all posts
mana sudah X-men, Cap. A, Cap.M, Ironman, Dr. Strange, Joker, Batman, Superman, Aquaman etc...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 03:16 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-4-2020 08:41 AM
tanam je lah kat central park..ala2 kubur dlm taman gituu

central park dah jadi tapak hospital sementara kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093496 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list