View: 2497|Reply: 19
|
[Tempatan]
Anggota polis cedera parah di kepala, khemah sekatan jalan raya PKP runtuh
[Copy link]
|
|
Afiezy Azaman, Astro Awani | Published April 07, 2020 22:21 MYT
KUALA LUMPUR: : Seorang anggota polis cedera parah di kepala selepas khemah sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) runtuh di Jalan Besar Putra Permai, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan, insiden itu berlaku disebabkan oleh angin lintang dan hujan lebat pada 12.30 tengah malam.
"Anggota yang cedera merupakan seorang konstabel polis berumur 20-an dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang sedang bertugas di lokasi berkenaan.
"Mangsa cedera di bahagian kepala yang menerima lima jahitan, patah bahagian atas tulang hidung serta telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, ACP Ismadi berkata, kejadian tersebut juga telah menyebabkan beberapa peralatan telah rosak.
"Saya telah turun sendiri untuk melihat pembaikan peralatan yang rosak dan struktur sekeliling lokasi di sekatan jalan raya tersebut bagi memberi keselesaan kepada petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kerja-kerja membaik pulih tersebut turut dibantu oleh pihak ATM diketuai Mejar Borhanuddin Mustaparudin," jelas beliau.
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/anggota-polis-cedera-parah-di-kepala-khemah-sekatan-jalan-raya-pkp-runtuh-237258%3famp=1
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siannya mereka berkorban utk kita semua rakyat Malaysia... yg duk kluar2 takde benda yg penting tu cuba tgk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah bajet buat khemah elok2 dengan guni pasir semua tu macam thailand tu. Kesian betul dengan mereka ni. Ini terdedah dengan cuaca, imune system jadi lemah. Deme ni pulak kena covid, nauzubillah. Tempat kuarantin untuk ummah selfish pergi melancong boleh mewah2... Tapi untuk barisan depan ni ala kadar je. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh.
Kita yang rilek2 kat rumah. Patut bersyukur.
Mereka bekerja tak kira panas hujan badai angin lintang yang melanda. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya pada anggota keselamatan. Khemah sekarang ni memang tak berapa nak berkualiti compare dengan dulu. Nak yang bagus, memang mahal.
Kain khemah pun tak tegang, hujan sikit air bertakung. Jap lagi terus patah tiang khemah. |
|
|
|
|
|
|
|
kuat angin ni...struktur khemah pun faktor runtuh juga |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ni sedap je tidur kat rumah hujan lebat semalam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaiknya kalau perasan cuaca mcm kurang baik.... beredar la dr situ... mungkin tibe2 je kot angin dan hujan...kesian... semoga cepat sembuh mana yg cedera. |
|
|
|
|
|
|
|
xde hak asasi periuk bocor nak pekik terlolong ke suruh buat pondak khas kukuh utk pihay polis dan tentera kawal semasa PKP ni??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh. Kita sedap2 tidur, mereka berhujan ribut hingga ada yang cedera parah.
Semoga insaflah mereka yang asyik tak puas hati tu. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh ya abam polis yang bertugas... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu
banyak risiko masa bertugas
semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah lindungilah mereka. Permudahkan lah urusan mereka. Sembuhkanlah yg telah tercedera amin amin aminnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan, semoga cepat sembuh.
Terima kasih atas perkhidmatan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedih nye..semoga cpt sembuh abam2 polis terimaksh kerana menjaga kami siang n mlm begitu jgk abam2 askar..lena tido kami tiap2 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..kesiannye..xpsl2 pth tulang hidung..semoga cpt sembuh diknon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya dekat mereka.tak boleh ke sediakan khemah yg ok?buat mcm cabin ke?apa slhnya spend money utk mereka frontliners ni.seperti yg forumer kat atas bagitau kalau boleh spend duit utk kuarantin malaysian yg balik bercuti tak salah pun bagi keselesaan pada frontliners kita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh. Dan aku harap kerajaan invest khemah yg tahan lasak. Dan juga ada katil medan utk depa ni gilir2 berehat. Kesian kat polis dan tentera. |
|
|
|
|
|
|
|
May be ada pihak berkenaan atau NGO atau kontraktor blh bergabung idea pulak utk buat sesuatu |
|
|
|
|
|
|
| |
|