View: 8480|Reply: 79
|
[Tempatan]
Pelancong asing terkandas enggan balik
[Copy link]
|
|
Pelancong asing terkandas enggan balik
Oleh: Baharom Bakar
PELANCONG asing kebanyakannya dari Eropah yang berada di beberapa pulau peranginan di Terengganu enggan balik ke negara asal kerana bimbang dijangkiti Covid-19.
Sehingga kini, terdapat 40 pelancong asing masih berada di Pulau Perhentian di Besut, lima di Pulau Redang, Kuala Nerus dan tiga di Pulau Tenggol, Dungun.
Pengarah Jabatan Pelancongan negeri Ab Rasid Jusoh berkata, pelancong berkenaan didapati bercuti di pulau berkenaan sejak pertengahan bulan lalu.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah mengarahkan pelancong itu keluar daripada pulau dan balik ke negara asal masing-masing.
“Bagaimanapun, mereka enggan balik dan mendakwa bimbang dijangkiti Covid-19 kerana keadaan di negara mereka lebih serius.
“Kita sudah menggunakan pelbagai kaedah termasuk memujuk supaya meninggalkan pulau peranginan itu tetapi mereka enggan dan merayu agar dibenarkan untuk terus menetap di situ sehingga pandemik Covid-19 pulih sepenuhnya, ” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.
Ab Rasid menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa menghubungi pemilik chalet penginapan pelancong terbabit untuk bertanya khabar.
Menurutnya, setakat ini keadaan semua pelancong yang tinggal di pulau peranginan itu baik.
“Kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan kesemua pelancong berkenaan dan setakat ini mereka dijaga dengan baik pengusaha chalet,” katanya.
Lagi berita berkaitan Covid-19
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 5:04 PM
Kredit: https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kandas-enggan-balik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Baiknya Malaysia.
Deyols takut nak balik Europe sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dorg xde virus, byk duit. biarkan je kat chalet tu. at least chalet tu beroperasi so, xla chalet tu rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by sharlenetexas at 9-4-2020 12:37 AM
Andyscenes replied at 9-4-2020 12:32 AM
kalau dorg xde virus, byk duit. biarkan je kat chalet tu. at least chalet tu beroperasi so, xla chal ...
Asalkan bayar, sekaligus jana pendapatan penduduk setempat. Paling penting patuhi arahan PKP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biorlah deme asalkan deme ni bukan pembawa covid sudeh. Kalau balik euro pun kebarangkalian deme dijangkiti lebih tinggi... boleh jadi di airport, transit, bas dsb. #stayatchalet |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo boleh apply PR pun mesti derang nak punya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mat Dan jalani PKP kat mana? Ado anok bini doh. Semoga baik2nya semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Laki kawan iols datang Malaysia bulan Januari hari tu. Stuck kat sini. Plan nak balik US Mei ni. Entah jadi ke tak. Bagi iols baiklah korang spend time together lama2 skit. Laman rumah pun luas. Boleh je nak menanam ubi kayu, jagung, kacang dll. Kurang2 tanam tauge pun jadilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya tersangkut kat pulau perhentian..
Tapi senang ke dapat makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 9-4-2020 12:50 AM
Bestnya tersangkut kat pulau perhentian..
Tapi senang ke dapat makanan.
Menu berasaskang ikang je la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
faraway1 replied at 9-4-2020 12:50 AM
Bestnya tersangkut kat pulau perhentian..
Tapi senang ke dapat makanan.
Bekalan dari tanah besar. Dulu masa zulin terdampar kt Tioman dengan pelancong2 lain, JKM datang bawa bekalan.
Kat sana tentu ada hutan. Ni baru betul2 Survivor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Teringat pulak Tom Hanks' Cast Away. Kena ada survival skill. Heols dan isteri dah discaj ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 12:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninja boy replied at 9-4-2020 12:57 AM
Bertuah mereka semua
Bertuah mereka ada di Malaysia. Kita tolong tak kira warganegara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 01:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by sharlenetexas at 9-4-2020 01:28 AM
Ni bila sebut pasal pulau, rancangan realiti tv, Survivor pernah mengadakan penggambaran di sebuah pulau di Johor. Sekitar tahun 2008.
Ni kalau mereka yang terkandas terputus bekalan, survival skill at test. Bukan lagi realiti tv. Tak leh nak demand makan ayam masak merah, wagyu beef ke apa ke. Harap mereka tak mabuk2 kat pulau tu. Selalunya bila dah mabuk mulalah bergaduh. Tambah pulak dengan stres pasal covid. Lainlah kalau minum sorang2 tapi kepala tetap tingtong gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 01:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
PDRM dan ATM berkawal ke tak kat pulau2 ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Me duduk seminggu kat pulau perhentian bulan 2 lepas, makanan tak mewah sangat sebab season belum betul bermula...
Tu yang pikir dengan situasi hari ini, senang atau tidak part makan tu...
Double mahal lah semua makanan rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2020 02:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Manjahati replied at 9-4-2020 01:49 AM
Ni kira untung ke rugi
Kalau tourist jenis hippies yang nak duduk free tu memang rugilah. |
|
|
|
|
|
|
|
bayar je la penginapan. tapi bape lama depa boleh bertahan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|