CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6189|Reply: 97

[Tempatan] Ekonomi makin lemah jika PKP dilanjutkan - pakar

  [Copy link]
Post time 9-4-2020 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Ekonomi makin lemah jika PKP dilanjutkan - pakar


Tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap perniagaan atau syarikat-syarikat kecil jika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan, malah ia akan melemahkan ekonomi negara.

Menurut penganalisis ekonomi Prof Barjoyai Bardai, selain hampir semua sektor terjejas, sektor perusahaan kecil juga kini hampir lumpuh akibat krisis Covid-19.

“Sektor (perusahaan) sederhana kecil (PKS), perniagaan sederhana saja yang tinggal, perniagaan kecil juga sudah hampir lumpuh.

“Maknanya ekonomi jadi semakin lemah kalau kita melanjutkan tempoh PKP.


“Kalau tambah dua minggu atau satu bulan lagi, keadaannya tidaklah banyak berubah, semakin teruk maknanya. Cuma usaha untuk memulihkannya nanti akan menjadi semakin susah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Status sama ada PKP dilanjutkan atau ditamatkan akan diketahui pada 10 April ini. PKP fasa kedua sepatutnya berakhir pada 14 April ini.

Hikmah pada yang berani mencuba

Dalam tempoh ini, orang ramai juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak 1 meter apabila keluar rumah.

Oleh itu Barjoyai yang juga pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata, dengan amalan baru ini, negara bakal menyaksikan usahawan kecil sudah mula belajar untuk hidup dalam lingkungan penjarakan sosial dengan memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup melalui atas talian.

“Contohnya petani-petani yang memetik hasil tanaman sudah memikirkan macam mana nak jual terus kepada pengguna melalui online (atas talian), nelayan-nelayan di Kedah misalnya pun sudah belajar bagaimana nak jual secara online.

“Jadi saya rasa kalau ditambah lagi dalam satu bulan, mungkin di akhir tempoh itu kita tengok kebanyakan daripada peniaga-peniaga ini sudah stabil dalam perniagaan online pula.

“Jadi maknanya ini akan menjadi satu hikmah. Tapi ia hanya untuk golongan yang berani dan inovatif sedikit kerana ada juga kumpulan-kumpulan yang masih menunggu mengharapkans sesuatu yang lain akan berlaku,” katanya.

Pada awal fasa kedua PKP, turut dilaporkan kedai dalam talian seperti Lazada juga menawarkan sayur-sayuran yang dipetik dari ladang di Cameron Highlands dengan harga RM29 satu set, dan semua pesanan yang dibuat sebelum 12 tengah hari akan dihantar antara pukul 3.00 petang ke 8.00 malam keesokan harinya.

Tambahnya, selepas tempoh PKP, negara juga akan melihat orang ramai akan mula menjadi selesa membeli barangan keperluan secara atas talian.

Yang hilang kerja akan mula kerja sendiri

Pada masa sama, beliau berkata meskipun kesan PKP ini akan menyaksikan pengangguran sehingga dua juta, tetapi kumpulan tersebut akan mampu berdikari dalam tempoh yang cepat untuk menjana pendapatan mereka.

“Itu akan beri kejutan baru tapi dalam masa yang cepat, kumpulan yang menganggur ni akan adopt (mengambil) satu gaya baru, (di mana) mereka akan mula menjadi usahawan, bekerja sendiri.

“Jadi mereka akan menjadi self-employed (bekerja sendiri) dalam ekonomi dan mereka tidak akan mengharapkan lagi kerja baru,” katanya.

Sebelum ini, kajian dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19.

Kira-kira 67 peratus daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Sementara itu, Barjoyai berkata bagi syarikat-syarikat dan institusi pengajian juga sudah mula memikirkan cara penjimatan kos dalam menghadapi PKP ini.

Antaranya pekerja tidak perlu hadir ke pejabat setiap hari tetapi hanya ke pejabat untuk urusan yang berkait dengan tugasan mereka (job specification).

“Gajinya mungkin kecil tapi kualiti hidupnya mungkin lebih baik kerana dia hanya bekerja untuk waktu kerja yang tertentu dengan pendapatan yang lebih tinggi secara rate basis, per hour (kadar jam bekerja), misalnya,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana satu nak kejar..ekonomi ke kesihatan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya hal ekonomi dan duit bukan lagi keutamaan dalam keadaan genting dan kritikal macam skrg ni. Kesihatan dan keselamatan yang paling penting. Aku pelik dengan sikap samba lewa rakyat Malaysia. Macam tak terkesan dengan masalah covid ni. Masih lagi boleh membazir makanan, buat makanan2/minuman2 hipster yang tak beri manfaat selain ada yang masih degil nak berjalan2 merata tempat tanpa tujuan penting. Sepatutnya dalam keadaan macam ni  kita kena muhasabah, banyakkan berjimat dan bersedia untuk kemungkinan yang lebih buruk.
Takkan nak tunggu musibah yang lebih berat baru sel-sel otak tu nk berhubung?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:30 PM | Show all posts
bagi negara yg awareness rakyatnya di tahap tapak kaki atau dgn kata lain TOLOL, lebih baik MCO ini dipanjangkan. ekonomi penting. tapi kalau kesihatan terjejas teruk... ekonomi nak pulih macam mana?

melainkan semua rakyat mempunyai disiplin yg sangat tinggi:

hanya keluar rumah bila perlu.
reduce kan frequency ke pasar dari 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu.
pandai berjimat cermat stok makanan -> dpt mengurangkan kekerapan ke pasar.
sentiasa disiplin dlm social distancing, jaga hygiene & etc.
menanamkan mind set aku ni ada covid & org sekeliling aku ni ada covid.

kesimpulannya, utk negara rakyatnya majoriti TOLOL, lebih baik MCO ini dipanjangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 9-4-2020 12:30 PM
bagi negara yg awareness rakyatnya di tahap tapak kaki atau dgn kata lain TOLOL, lebih baik MCO ini  ...

tolol mcm tt. ekonomi slow down mmg expected. mco kena lanjutkan sbb puak2 bebal tak reti bahasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:48 PM | Show all posts
apa guna ekonomi stabil tp rakyat banyak mati??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
We are in the right direction..teruskan...jimat2 duit kerajaan bagi ,duit2 yg dpt simpan sbb tak perlu byr hutang bank..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:50 PM | Show all posts
Ekonomi or Nyawa
Pilihla tt & so-called pakar tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 9-4-2020 12:50 PM
Ekonomi or Nyawa
Pilihla tt & so-called pakar tu

gomen bg duit bkn saja2.. bkn ewallet 30 ringgek
mmg kena standby sampai hbis raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lemah ekonomi sementara ke nak mampus lepas tu ekonomi pun dah tak ada makna

pilihan koneght
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 9-4-2020 01:04 PM

Kat negara lain mcm korea,singapo x buat pkp pun utk preserve economy..rakyat bleh kluar bebas asalkan amal langkah pcehgahan.social distancing,pkai sanitizer,topeng muka sokmo..

Nasibla rakyat Msia, dapat gomen bodoh cam PN
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 9-4-2020 01:01 PM
Kat negara maju mcm korea x buat pkp pun utk preserve economy..rakyat bleh kluar bebas asalkan amal  ...

bodoh kalo bukak mulut memang nampak tripple idiot

ang nak keluar rumah buat hal sendiri pergi la, awat takut dengan PN pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:06 PM | Show all posts
Tanpa covid pun , mall mall pun org tak datang sngt. Tgk je la macam alamanda. Parkson banyak yg tutup operations.  Kedai2 tepi jalan pun suram. Surat khabar pun da banyak yang buang org.

Ramai da buat ecommerce. So these sme yang masih berniaga kat stand alone shops ni sepatutnya da lama step up their game.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 9-4-2020 04:50 AM
We are in the right direction..teruskan...jimat2 duit kerajaan bagi ,duit2 yg dpt simpan sbb tak per ...

Gov pun dah bagitau peruntukan 250b tu cukup utk 3 bulan..Tapi kalau berlanjutan 3-6 bulan, kerajaan akan kaji semula psl bayaran BPN tu
So rakyat berjimat lah. Kerjaan dah cuba sehabis baik ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau MCO ni tak extend, org pun paranoid nak gi mall bagai tu..Unless spesis kaum panic buying tak habis2 ti..peduli apa depa..yg penting biz jalan, nyawa org lain tak penting..sejenis selfish
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 9-4-2020 01:11 PM
Kalau MCO ni tak extend, org pun paranoid nak gi mall bagai tu..Unless spesis kaum panic buying tak  ...

Kau yakin ke?
Skrg ni ada hukuman penjara/denda pun ramai je yg keluar tanpa tujuan. Rakyat malaysia ni ramai yang tak da disiplin dan dah biasa hidup bebas/senang. Patut kerajaan kena tegas untuk disiplinkan rakyat dah tak boleh nk berlembut dah. Rata2 tak makan saman dan biadap
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 01:23 PM | Show all posts
nampak kan....
tu baru penyokong kuar statement....
bygkan kalau PH masih memerintah.....
ekonomi no 1...
rakyat ....



bole pegi mampos....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 9-4-2020 05:19 AM
Kau yakin ke?
Skrg ni ada hukuman penjara/denda pun ramai je yg keluar tanpa tujuan. Rakyat malay ...

Mmg tak lah yakin..huhu.. ni mungkin utk mereka yg betul2 ikut arahan kerajaan..yg degil tu, McO extend or tak extend tetap lah degil selamanya..takde beza pun bagi sesetengah org..masih keluar sana sini..tak dpt berdua, sorang dlm kereta pun jadi lah..asalkan keluar
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:33 PM | Show all posts
memang expected ekonomi down. berapa lama down, bergantung berapa cepat kita recover.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 9-4-2020 01:04 PM
bodoh kalo bukak mulut memang nampak tripple idiot

ang nak keluar rumah buat hal sendiri pergi  ...

Kalo aku sorg je yg bleh kluar xde la smpai jahanam hekonomi negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076359 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list