CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9996|Reply: 89

[Tempatan] Remaja perempuan hilang ketika beli paracetamol. (UPDATED) Ditemui di belakang s

  [Copy link]
Post time 9-4-2020 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 9-4-2020 09:08 PM


Nor Aleeya Mohd Nazre (kanan)


SEORANG gadis berusia 15 tahun dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di Sungai Petani, sejak Isnin lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre, 15, dikatakan keluar seorang diri ke kedai runcit berkenaan dengan menaiki motosikal milik kakaknya kira-kira 6.30 petang, 6 April lalu.

Kakaknya, Siti Nazira, 23, berkata, Nor Aleeya keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya ditemani anak kucing miliknya.

“Petang Isnin lalu, adik hanya beritahu emak hendak keluar membeli paracetamol dan emak suruh dia keluar cepat kerana bimbang kedai tutup.

“Kami sekeluarga mula risau selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam dan cuba mencarinya, namun hanya menemui motosikal dinaikinya di kawasan kebun sawit dalam keadaan tidak berkunci,” katanya ketika dihubungi hari ini.


MOTOSIKAL yang dinaiki Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui di kebun kelapa sawit pada Selasa. FOTO ihsan Siti Nazira Mohd Nazre


Nazira berkata, terdapat saksi yang mengatakan terdengar suara jeritan di lokasi motosikal berkenaan ditemui pada malam kejadian adiknya dilaporkan hilang.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Bedong, Selasa lalu, selepas mereka gagal mengesan anak keempat dari tujuh beradik itu.

“Kami tidak tahu hendak cari dia di mana lagi, dia sendiri tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi.

“Kami sangat risau dengan keadaannya memandangkan dia tidak pernah keluar seorang diri, biasanya Nor Aleeya akan keluar bersama kembarnya Nor Aleeya Najwa sahaja,” katanya.

Nazira merayu kepada sesiapa yang menemui Natasha diminta menghubunginya di talian 018-9429603 atau melaporkan di mana-mana balai polis terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan gadis berkenaan dan siasatan lanjut mengenainya masih dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 12:12 PM | Show all posts
Semuga adik ni dijumpai segera dan selamat...harap tak ditimpa kejadian tak diingini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:15 PM | Show all posts
kenapa mak dia benarkan dia keluar sorang2? zaman sekarang ni penyangak berada di mana2. sekrang ni duduk dalam rumah siang2 buta pun kena kunci pintu dan pasang mangga bagai. kat luar lagi lah, anak2 remaja tak boleh dibiarkan keluar sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:17 PM | Show all posts
Allahhu, "..terdengar suara jeritan di lokasi motosikal berkenaan ditemui pada malam kejadian adiknya dilaporkan hilang."

Harap jumpa lah adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm keadaan pkp kawalan ketat ni pun ada hanat yg berkeliaran?? semoga ditemui dia dgn selamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:21 PM | Show all posts
knp la nk keluar time2 pkp mcm ni? adoi x blh nk brain la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedap ati bila baca dengar jeritan tu
Dah la sebaya ank aku
Semoga dijumpai dlm keadaan selamat dan bkn pasal ikut bf ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:26 PM | Show all posts
Zaman sekarang ni bahaya keluar seorang dahlah pkp orang ramai hanya duduk dirumah tak ramai berada diluar bahaya kalau apa2 terjadi ditengah jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 12:28 PM | Show all posts
Pelajar Tingkatan Tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre, 15, dikatakan keluar seorang diri ke kedai runcit berkenaan dengan menaiki motosikal milik kakaknya kira-kira 6.30 petang, 6 April lalu.

Kakaknya, Siti Nazira, 23, berkata, Nor Aleeya keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya ditemani anak kucing miliknya.


Adui, bile baca ni, banyak rase parents die boleh kene charge nnt. Esp mase PKP bile hanya ketua keluarga dibenarkan keluar.
Semoga semua selamat la
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam dah ada heboh kat news kata ketua keluarga je boleh keluar. Or at least lelaki... walaupon tkde polis jaga area rumah kita... patut nya ikut je peraturan. Ada la sebab kenapa peraturan begini masa PKP . Kan dah menyusahkan semua org esp family & SAR
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Berderau darah akak membacanya. Semoga adik ini ditemui segera dan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Stok parang yang akan salahkan elohim bila cash berlaku...typical suchian
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik ni berjaya dijumpai dlm keadaan selamat lah hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 9-4-2020 12:21 PM
knp la nk keluar time2 pkp mcm ni? adoi x blh nk brain la.

Dia nk beli paracetamol.....

Utk period pain agaknya tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:13 PM | Show all posts
lahai....kesiannye....semoga adik ni dapat ditemui dalam keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:39 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 9-4-2020 01:09 PM
Dia nk beli paracetamol.....

Utk period pain agaknya tu

atas alasan apa sekali pun, cuba lh pertimbangkan risiko mana yg lebih baik unt dielakkan.
xpe lh. aku x berani nk ckp lebih2 sbb aku x berada di tmpt mereka.

tp skrg nasi dh jd bubur. tinggal lg doa shj lh yg baik2. ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 01:41 PM | Show all posts
mudah2an takde apa2 jadi seriau pl dgr kata saksi ada suara menjerit kat situ...risau pl kita bila baca ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
baca part dgr jeritan tu dah xsdap hati pulak. Ya Allah hrap adik ni sgera ditemui dgn selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca jumpa motor je pun dah berderau darah....

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengah malam baru nak risau?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.208984 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list