CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15570|Reply: 100

Pelakon kanak-kanak dan ibu turut dijangkiti COVID-19 lepas shooting di Scotland

  [Copy link]
Post time 9-4-2020 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 9-4-2020 12:42 PM

Pelakon kanak-kanak dan ibu positif Covid-19


PELAKON kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa, 6, yang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland turut disahkan positif Covid-19.

Turut positif wabak itu ialah ibunya yang dikenali sebagai Syira yang menemaninya sepanjang terbabit dalam penggambaran itu di sana.

Syira ketika dihubungi berkata, dia reda dan yakin apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT.

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

Sekarang, kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak mengalami sebarang gejala, cuma Rayqa yang demam sejak di sana lagi.

Sejujurnya, tak tahu nak cakap apa apabila dapat berita ini. Apa boleh dikatakan, Allah sayang kami, sebab itu Dia uji kami,” katanya kepada Harian Metro.

Syira berkata, sepanjang di sana dia bersama pasukan produksi saling mengingatkan antara satu sama lain dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan.

“Di sana kami tinggal sekali dan sentiasa bersama-sama. Kami jaga kebersihan, setiap hari makan vitamin C dan saling mengingatkan soal keselamatan masing-masing.

“Apabila dapat berita ada kru yang positif, pada mulanya takut juga. Tapi, saya berserah pada Allah. Kalau betul Allah nak bagi penyakit ini, kami reda.

Apa yang penting sekarang, saya dan anak mahu sihat saja. Dalam keadaan sekarang ini kita kena berfikiran positif.

Saya berharap masyarakat tidak memandang negatif dengan kami. Tidak minta pun perkara ini nak berlaku. Doakan kami semoga diberi kesembuhan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pelakon utama drama itu, Puteri Aishah juga disahkan positif, kelmarin termasuk lima kru lain membabitkan pengarah, penolong pengarah, jurukamera, kakitangan bahagian pakaian dan solekan.

Rombongan seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pelakon lain yang terbabit dalam drama terbitan Elisa Vision Sdn Bhd itu adalah Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2020 12:29 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 9-4-2020 12:33 PM

Kalau dh ada sorry yah..


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka duduk dalam satu kediaman yang sama ke? Berkongsi banyak ruang dan menggunakan kembali peralatan dapur yang sama. Semoga sembuh segera.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon ..

Tapi kenapa bukan duerra mitilda yang kena..mungkin covid boleh mengurangkan kebirahannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 9-4-2020 12:50 PM
Get well soon ..

Tapi kenapa bukan duerra mitilda yang kena..mungkin covid boleh mengurangkan keb ...

Hahahaha.. kecik2 dh membirah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 9-4-2020 12:50 PM
Get well soon ..

Tapi kenapa bukan duerra mitilda yang kena..mungkin covid boleh mengurangkan keb ...

haha jahat chuols!
anyway ibu pelakon kanak2 ckp kami tak minta sakit ni tp dgn korg p luar ngr ms tgh ada wabak mcm memintak la juga huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Flight diorg balik sini, semua dlm tu kena buat test tu. Taknak kesian kat org gini sebab wabak tu kecoh sejak February. Sepatutnya dah pandai fikir.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:16 PM | Show all posts
semoga mereka semua masuk ICU

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Another drama sampah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
imanda replied at 9-4-2020 01:49 PM
haha jahat chuols!
anyway ibu pelakon kanak2 ckp kami tak minta sakit ni tp dgn korg p luar ngr m ...

Memang semua org x meminta ...tp kalau pergi jgk dlm masa wabak...memang serah dirilah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:29 PM | Show all posts
ingat duerra metilda tadi... br nk tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 9-4-2020 12:50 PM
Get well soon ..

Tapi kenapa bukan duerra mitilda yang kena..mungkin covid boleh mengurangkan keb ...

Duerra who mix ker? Apak orang Sepanyol ke philipinos??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa para pelakon serba salah jugak ni.
Dah produksi berdegil nk shooting jugak, tak pergi kang, contract dah sign.
So dalam hal ni, pihak produksi & penerbit lah yg patut dipersalahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dari feb dah start alert pasal covid..
masih juga degil nak fly sana sini..
hadap je la kedegilan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 9-4-2020 02:16 PM
semoga mereka semua masuk ICU

siot je bammat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:15 PM | Show all posts
Siann budak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Produksi bodoh satu hal sebab tak nak rugi sanggup ambik risiko. Mak bapak lebih bodoh tak nak kehilangan duit dan glamorous sanggup ambik risiko. Anak kau umur 6 tahun kot. Kimbet betul.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
“Sejujurnya, tak tahu nak cakap apa apabila dapat berita ini. Apa boleh dikatakan, Allah sayang kami, sebab itu Dia uji kami,”

Defak?????? kesian kat anak. Fight for your rights la kalau sayang nyawa. Nak duit punya pasal? Kalau langgar kontrak pun fight la balik sure menang memang produksi tu kena kecam kalau kau langgar kontrak pun. Alasan bodoh je puak-puak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 9-4-2020 03:20 PM
Produksi bodoh satu hal sebab tak nak rugi sanggup ambik risiko. Mak bapak lebih bodoh tak nak kehil ...

Budak tu pon da start demam masa kat sana lg.. mak die x terasa apa2 ke? Aku ni.. dgr anak batuk2 sikit pon da bwk die gi klinik dah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:36 PM | Show all posts
moga baik2 aje dik... kesian kecik2 lagi... tapi selalunya cepat pulih kalau budak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.642369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list