CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6127|Reply: 95

[Tempatan] COVID-19. Nasihat WHO, jangan tergesa-gesa di Aidilfitri tamatkan PKP. Fokus pad

  [Copy link]
Post time 9-4-2020 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Lanjut PKP putus rantaian COVID-19
5-7 minutes

KUALA LUMPUR: Esok kerajaan akan mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu sehingga 14 April ini akan dilanjutkan.

Berikutan itu, pelbagai pandangan dan cadangan dikemukakan sama ada oleh pakar kesihatan, keselamatan atau orang ramai mengenainya.

Malah, ada juga cadangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di empat lokaliti ketika ini diperluaskan di semua kawasan zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika diajukan soalan itu berkata: “Kita belum memenangi peperangan ini, kita juga belum kalah peperangan ini.”

Katanya, Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangannya kepada Kabinet dan Perdana Menteri dengan beberapa pilihan bersandarkan fakta dan sains.

BH mendapatkan pandangan beberapa pakar kesihatan, khususnya dalam bidang virologi dan epidemiologi serta tinjauan pembaca akhbar ini sama ada PKP perlu disambung untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berpendapat jumlah kes jangkitan COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan ketara dan tahap pematuhan rakyat yang masih rendah menjadi faktor mengapa PKP perlu dilanjutkan.

Katanya, pertambahan kawasan dikenakan PKPD dan zon merah juga menjadi petunjuk penting mengapa PKP perlu diteruskan.

“Saya percaya kerajaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk menamatkan PKP yang berakhir 14 April ini kerana trend jangkitan COVID-19 masih pada tahap membimbangkan.

“Saya berpendirian PKP harus dilaksanakan dua hingga enam minggu.

“Jika ikut perkembangan semasa, sekurang-kurangnya perlu enam hingga lapan minggu, bergantung kepada kes direkodkan dan tahap pematuhan rakyat,” katanya.

Pensyarah di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya (UM) itu berpendapat, PKP hanya boleh diakhiri jika kes baharu menurun mendadak dan pematuhan rakyat mencapai 99 peratus.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar juga percaya kerajaan akan melanjutkan PKP sehingga hujung bulan ini atau pertengahan Mei, kerana rantaian jangkitan COVID-19 masih gagal diputuskan.

Katanya, walaupun tiada peningkatan ketara kes harian, namun jumlah kumulatif mingguan kes baharu COVID-19 sejak PKP dilaksanakan masih menunjukkan peningkatan.

“Untuk melihat sama ada kita berjaya mengekang penularan COVID-19, data mingguan kes baharu mesti menunjukkan penurunan.

“Namun sejak minggu pertama PKP hingga minggu ketiga, jumlahnya bertambah, sekali gus menunjukkan keberkesanan PKP tidak seperti diharapkan.

“Kita boleh lanjutkan sampai selepas Aidilfitri, tetapi jika masih gagal kekang penularan COVID-19, maka kerajaan perlu memikirkan pendekatan lain, di samping lanjutan PKP,” katanya.

Berdasarkan kes harian diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kumulatif pada minggu pertama PKP dilaksanakan adalah 951 kes (18 Mac-24 Mac), meningkat kepada 1,142 pada minggu kedua (25 Mac-31 Mac) dan 1,197 pada minggu ketiga (1 April-7 April).

Dr Sazaly juga berkata, jumlah kes baharu diumumkan setiap hari tidak boleh dijadikan sandaran bagi menentukan kejayaan PKP kerana ia bukan data terkini, sebaliknya diumum selepas mendapat hasil ujian saringan yang mengambil masa kira-kira seminggu untuk diperoleh.

“Kalau hari ini diumum ada 150 kes baharu, maknanya mereka ini menjalani ujian kira-kira seminggu lalu dan mungkin sudah menjangkiti orang lain dalam tempoh itu,” katanya.

Seorang lagi pakar virologi, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, berpandangan PKP hanya boleh ditamatkan sekiranya berlaku penurunan kes baharu satu hingga dua minggu berturut-turut.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan PKP boleh diubahsuai antara zon hijau dengan zon kuning, jingga dan merah.

“Bagaimanapun, perlu ditegaskan individu di sesuatu zon itu tidak boleh dibenarkan bergerak ke zon lain. Mereka (dalam zon hijau dan kuning) mungkin boleh dibenarkan kembali bekerja di zon mereka,” katanya.

Dr Sai Kit optimis PKP memberi impak positif meskipun tidak mencapai sasaran diharapkan, berdasarkan jumlah kes baharu yang puratanya di bawah 200 sehari, kadar kematian yang kecil serta jumlah kes pulih yang tinggi iaitu lebih 33 peratus.

“Kemasukan pesakit tahap empat dan lima ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pula hanya lima peratus. Ini menunjukkan Malaysia berjaya meratakan lengkung penularan wabak,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus turut memberi amaran kepada semua negara supaya tidak tergesa-gesa menarik balik sekatan pergerakan dikenakan terhadap rakyat.

“Jika negara tergesa-gesa menarik balik sekatan pergerakan dengan segera, virus (jumlah kes) boleh kembali meningkat mendadak dan impaknya terhadap ekonomi akan lebih teruk dan berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, majoriti netizen yang menyertai tinjauan dalam talian oleh BH menerusi Facebook (FB) dan Twitter, semalam, turut bersetuju tempoh PKP dilanjutkan.

Menerusi tinjauan bermula jam 2.45 petang hingga 8 malam, 85 peratus atau 150,450 daripada 177,000 netizen yang melayari FB BH mahu PKP disambung, manakala 26,550 (15 peratus) tidak bersetuju.

Maklum balas menerusi Twitter, setakat jam 8 malam tadi pula menyaksikan 1,908 pengguna atau 77 peratus menyokong, 570 pengguna (23 peratus) menolak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sibuk raya pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:26 PM | Show all posts
Moga2 perintah kawalan pergerakan (MCO) lepas 14hb ini hanya dibuat di zon merah dan jingga sahaja. Kalau tak, TIADA HARI RAYA la jawapannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haduii x matinya kalau raya sambut kat rumah sendiri je. Kalau sorang2 pun.. Okey je.. Seumur hidup baru kali ni tak dpt beraya kat kg dah mcm nak kiamat rasanya.. Ntahapaapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL. 60+ deaths and nak prolong lockdown the entire country. Denggi has claim more lives in such little time. What an incompetent govt run by clowns. Semua public servant happy takyah masuk keje tapi gaji bulan jalan. Kalau boleh dorang nak MCO sampai tahun depan.

Anyone in the govt now wants to show they are deeply concern and add their opinion. Semua ada statement for the press. Opinion ko does not mean shit when you are clearly benefiting all this by menuang keje.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 9-4-2020 04:35 PM
LOL. 60+ deaths and nak prolong lockdown the entire country. Denggi has claim more lives in such lit ...

Member aku gov gak... Elok jer dia work from home mcm aku.. Cikgu ank aku... Hr2  bg homework... Sector mana diam berputik ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 04:44 PM | Show all posts
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika diajukan soalan itu berkata: “Kita belum memenangi peperangan ini, kita juga belum kalah peperangan ini.


Maknanya ape?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh panjangkan. Dengan syarat, iols nak be with either 1 of my loved ones. Samada iols balik umah parents or laki iols datang tempat iols. I cant imagine myself all alone for another month, let alone full 6 mths.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 06:23 PM | Show all posts
Abaikan je dia tu.

Dia post hanya sekadar taknak miss soru je. Bukan dia tau pape. Ahli PH tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2020 06:30 PM | Show all posts


PKP mungkin dilanjutkan - Polis Selangor |

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini  berkemungkinan besar  akan dilanjutkan.

Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.

Katanya, larangan menghadkan tiga orang untuk solat berjemaah masih lagi berkuatkuasa sementara kariah lain masih boleh berjemaah di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.

"Selain itu, program Rakyat Selangor bermunajat juga diteruskan namun pelaksanaannya hanya boleh dilakukan di kediaman masing-masing," katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Ismail menambah, sehingga tengah malam Rabu, IPK Selangor menerima 980 laporan dengan penahanan 1,430 individu termasuk 85 wanita yang ingkar perintah itu.

Daripada jumlah itu katanya, 75 kes telah dituduh di mahkamah termasuk bagi kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan pengawalan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam operasi yang bermula pukul 4 petang hingga tengah malam Rabu, polis mengeluarkan 24 saman.

"Bermula malam ini beberapa jalan di daerah Petaling Jaya yang dikategorikan di zon merah akan ditutup bagi membataskan pergerakan penduduk setempat," jelasnya.

"Selain itu kita juga akan meningkatkan pemeriksaan snap check di semua daerah di Selangor," jelasnya.

Setakat ini beliau memberitahu, hanya satu lokasi di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, iaitu Batu 21 hingga 24 Sungai Lui Hulu Langat yang dikategorikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau menambah, sebanyak sembilan hotel termasuk hotel bertaraf lima bintang dijadikan sebagai pusat kuarantin dengan kapasiti 2,914 orang.

"Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya berada di rumah sepanjang tempoh PKP yang diwartakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak pandemik ini," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 06:50 PM | Show all posts
byk hikmah dari PKP covid nie.. yg nampak nampakla.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tiesza169 at 9-4-2020 06:59 PM
Forfoxache replied at 9-4-2020 04:35 PM
LOL. 60+ deaths and nak prolong lockdown the entire country. Denggi has claim more lives in such lit ...


Mmg malaysia sekarang kematian hanya 60+... Sbb kita dah buat pkp...kalau pkp tak dijalankan... Tak mustahil 60+ tu menjadi 600+.. denggi tak berjangkit kat org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:37 PM | Show all posts
sambung lagi pkp biar raya kat rumah sendiri jah. jimat. takyah iols nak kena beriya hidang itu ini dengan kuih raya nak bermacam jenis bagai nak sediakan duit raya pulak kat budak2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:43 PM | Show all posts
aku tiada bangkangan kalau sambung PKP
setakat tak balik raya bukan masalah besar
hari2 lain bulan2 lain korang tak balik kampung jenguk  keluarga ke?
tapi mungkin boleh bagi kebenaran untuk beberapa sektor beroperasi
walau hanya 2 3 hari seminggu
kesian juga kepada yang terjejas pendapatan disebabkan oleh penutupan operasi syarikat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:46 PM | Show all posts
lipans replied at 9-4-2020 06:23 PM
Abaikan je dia tu.

Dia post hanya sekadar taknak miss soru je. Bukan dia tau pape. Ahli PH tu.

teruknya kalau ahli PH terpaksa ke tahap macam ni dan sapa soarang lagi tu ya ALLAH sampai tahap macam tu nak  gain attention apa la yg bagusnya ye, buat ape lagi nakkritik2 sedangkan depa failed  big  time. ni rafizi pulak berkokok. i mean isk depa ni teruklah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:49 PM | Show all posts
tiesza169 replied at 9-4-2020 06:56 PM
Mmg malaysia sekarang kematian hanya 60+... Sbb kita dah buat pkp...kalau pkp tak dijalankan...  ...

Macamanalah ada org yg masih nak bandingkan covid-19 ni dengan denggi.......... Tepuk dahi aku.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 9-4-2020 07:49 PM
Macamanalah ada org yg masih nak bandingkan covid-19 ni dengan denggi.......... Tepuk dahi aku.... ...

Itula pasal... Kalau bandingkan cara sebaran... Lamgsung tak sama... Wpun denggi ni lebih ramai yg mati... Tp faktor utama tak ramai mati sebab pkp ni dijalankan tepat pada masa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 9-4-2020 06:50 PM
byk hikmah dari PKP covid nie.. yg nampak nampakla.

Boleh jugak bantu kami untul senaraikan hikmahnya... Supaya boleh bantu tutup mulut yg asyik mencerca
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 9-4-2020 04:44 PM
Maknanya ape?

Klu nk lnjut pkp leeeeeeeteeeeeewwww
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi zero covid dulu baru fikir nak teruskan kehidupan camner nnt. Skrang fikir nak survive dulu. Sejak lahir ko da merasa raya kan....sibok lak bab raya...posa pun idak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.390315 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list