View: 2762|Reply: 20
|
[Tempatan]
Risau miliki simptom Covid-19, wanita serah diri di klinik kesihatan
[Copy link]
|
|
MELAKA – Tindakan seorang wanita hadir secara sukarela memaklumkan kesihatan dirinya yang memiliki simptom-simptom wabak Covid-19 wajar diberi pujian.
Wanita berusia 33 tahun itu datang seorang diri ke Klinik Kesihatan (KK) Tengkera sambil mengadu dia mula mengalami sakit kepala, sakit tekak dan sukar bernafas.
Malah dia jujur memberitahu pernah bertemu rakannya yang sebelum ini disahkan negatif Covid-19.
“Kali terakhir saya bertemu rakan saya itu pada 15 Mac pada satu majlis tahlil dan kami bersalaman.
“Namun dia mempunyai kontak rapat dengan seorang kawannya yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini,” katanya ketika ditemui di KK Tengkera di sini hari ini.
Kehadiran wanita yang bekerja di gerai makanan itu mendapat layan baik kakitangan klinik yang terus membuat pemeriksaan kesihatan.
Seterusnya, wanita diminta mengisi borang mengenai simptom-simptom yang dimiliki selain kontak rapat ditemui dan lokasi dilawati sebelum ini.
Selesai semua urusan itu, dia dibawa ke sebuah bilik khas untuk dibuat ujian saringan Covid-19 yang dikendalikan oleh pasukan wabak KK itu.
Sementara itu, seorang doktor yang ditemui berkata, selepas dimaklumkan oleh wanita mengenai kesihatan dirinya, dia diminta memberi nama dan kad pengenalan rakannya.
Jelasnya, pihak KK akan mengesan rakannya yang pernah disahkan negatif Covid-19 sebelum ini sementera menunggu ujian saringan wanita berkenaan.
“Kebiasaannya keputusan ujian saringan akan diketahui dalam masa 48 jam,” katanya.
Sementara itu, KK Tengkera antara lima KK yang membolehkan orang ramai menjalani pemeriksaan atau tapisan kesihatan virus Covid-19 dan keputusan ujian saringan akan diketahui dalam tempoh 48 jam.
Kriteria tapisan kesihatan membabitkan mereka yang demam atau mengalami jangkitan salur pernafasan akut dengan mana-mana satu simptom berikut, iaitu sesak nafas, batuk dan sakit tekak.
Turut perlu menjalani tapisan kesihatan ialah sesiapa yang ada sejarah melawat atau tinggal di negara terjejas, iaitu China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan), Korea Selatan, Itali, Iran dan Jepun dalam tempoh 14 hari sebelum gejala.
Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sebelum gejala turut dikehendaki menjalani tapisan kesihatan. – MalaysiaGazette
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bgs mak cik ni..awal2 dh mengaku.. cepat dirawat, blh cepat baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus seorang manusia yang bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Aku duk kat sek 7 SH berdekatan dgn hospital SH so esk aku nk serah diri lah |
|
|
|
|
|
|
|
La bukan semua org mcm ni ke.? |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 9-4-2020 09:02 PM
Bgs mak cik ni..awal2 dh mengaku.. cepat dirawat, blh cepat baik..
Dia baru 33 tahun you, takkam dah jadi makcik. |
|
|
|
|
|
|
|
wallflower replied at 9-4-2020 09:57 PM
Dia baru 33 tahun you, takkam dah jadi makcik.
Alamak..iols tgk gambar..terus lupa umur dia..sorry la kakak tudung merah |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni 33 jugak,, terkesima japp dipanggil makcik
|
|
|
|
|
|
|
|
bgus la ad ksedaran. cntoh org yg hargai nyawa sndri & sygkn fmily tkut tkena jngkitan. hrap kputusan -ve. semoga kuat smngat kak ! |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 10-4-2020 12:00 AM
aku ni 33 jugak,, terkesima japp dipanggil makcik
Ala..jgn la gitu..
Pkp ni mata pn x terang dok hadap hp hari2..
Jgn marah na |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus makcik... patut dicontohi sikap bertanggung jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
dia muda lagi kot... x pe le.. iols ngaku iols dah makcik2 dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut dicontohi. Betul ke penggunaan perkataan saring. Saring dan uji kan berbeza? |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 9-4-2020 11:39 PM
Alamak..iols tgk gambar..terus lupa umur dia..sorry la kakak tudung merah
Uols tak salah....
Ciri2 makcik : body language . Gaya dia duduk dari depan & belakang mmg very the makciksss
Esp kaki dia kangkang cenggitu.. kalau org muda2 tkde duk camtu... kaki yg pakai kasut tu elok jaaa rapat |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 10-4-2020 02:51 PM
Uols tak salah....
Ciri2 makcik : body language . Gaya dia duduk dari depan & belakang mmg very ...
Haha..terus aku scroll balik nak telek gambar balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
wallflower replied at 9-4-2020 09:57 PM
Dia baru 33 tahun you, takkam dah jadi makcik.
Mesti budak ni baru sekolah rendah |
|
|
|
|
|
|
|
wallflower replied at 9-4-2020 09:57 PM
Dia baru 33 tahun you, takkam dah jadi makcik.
Dia muda dari iols dah jadi makcik..iols ni nenek agaknya..haha |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 10-4-2020 02:51 PM
Uols tak salah....
Ciri2 makcik : body language . Gaya dia duduk dari depan & belakang mmg very ...
Nmpk sgt yg iols ni org visual..wlpn dh habis baca..tp gambar tetap jd fokus utama jugak.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|