CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24552|Reply: 94

KISAH ORANG ORANG SOLEH SUFIYULLAH...

[Copy link]
Post time 18-4-2020 05:29 PM | Show all posts |Read mode


Sebagai permulaan nak memasuki ramadhan, antara cara2 nak membuka jernih matahati
dan membasuh canai nafsu2 liar keji...
kita buka kisah2 org alim terdahulu, insyallah...

KISAH 1

WALI WAFAT DI HADAPAN PARA WALI

Ada seorang wali Allah bernama Abu Jahir telah keluar dari negerinya dan tinggal di sebuah tempat yang jauh dari kampung asal bersama isteri dan keluarganya yang lain. Di tempat baru ini, dia telah mendirikan sebuah masji dan beribadah di situ dengan tekun dan tenang. Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang yang ingin belajar dan mendalami jalan menuju Allah SWT.

Pada suatu hari seorang wali Allah yang lain bernama Soleh Al-Mari berazam untuk menziarahi Abu Jahir untuk mendapatkan barakah dari beliau. Maka pada hari yang telah ditetapkan, berangkatlah Soleh menuju negeri tempat tinggalnya Abu Jahir. Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan Muhammad bin Wasi’, kenalannya yang juga seorang Wali Allah.

“Assalaamuálaikum.” kata Soleh.

“Waálaikumussalaam warahmatuLlah” jawab Muhammad bin Wasi’

Kedua wali Allah ini pun berpelukan sambil bertanyakan khabar masing-masing dan berbual mengenai masalah kesufian.

“Engkau hendak pergi ke mana?” tanya Muhammad.

“Aku hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Ke rumah Abu Jahir?”

“Ya, betul”

“Masya Allah, aku juga hendak pergi bersama.”

Kedua-duanya pun berangkat menuju ke tempat tinggal Abu Jahir dan setelah berjalan beberapa batu, mereka bertemu dengan seorang lagi Wali Allah bernama Hubaibul Ajami. Mereka bersalaman dan bertanyakan khabar.

“Hendak ke mana anda berdua ini?” tanya Hubaibul Ajami.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Aku juga dalam perjalanan ke sana”

“Kalau begitu eloklah kita pergi bersama”

Mereka meneruskan perjalanan dalam keadaan yang sungguh menggembirakan kerana bilangan mereka semakin ramai. Setelah sampai di suatu tempat, tiba-tiba mereka berjumpa dengan Malik bin Dinar, seorang wali Allah yang masyhur. Mereka bersalaman.

“Hendak pergi ke manakah kamu ini?” tanya Malik bin Dinar.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Subhanallah, aku juga sedang menuju ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

Sekarang mereka menjadi berempat dengan tujuan yang sama. Dengan kuasa Allah SWT, di tengah perjalanan, mereka berjumpa seorang lagi rakan Wali Allah yang bernama Thabit Al-Bannani. Mereka pun bersamalam dan saling bertanyakan khabar.

“Kamu hendak ke mana?” tanya Thabit.

“Kami hendak menziarahi rumah Abu Jahir”

“Masya Allah, saya juga akan ke sana.”

“Kalau begitu, kita pergi bersama.”

“Segala puji-pujian bagi Allah sWT yang telah mengumpulkan kita dan pergi bersama-sama walaupun tanpa perjanjian” kata Thabit Al-Bannani

Berjalanlah kelima-lima Wali Allah berkenaan menuju rumah Abu Jahir. Sepanjang perjalanan, mereka tidak putus-putus memuji dan bersyukur ke hadhirat Allah SWT justeru mengurniakan peluang berjalan bersama menuju ke rumah WaliNya. Tidak satu pun ucapan yang keluar dari mulut mereka melainkan perkataan yang mendatangkan manfaat.

Setelah berjalan beberapa lama, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat dan solat.

“Marilah kita solat dua rakaat di sini, agar tempat ini ikut menjadi saksi esok di hari Kiamat di hadapan Allah Azza Wajalla” kata Thabit Al-Bannani

“Satu cadangan yang baik” sahut yang lain.

Lalu mereka mengerjakan solat bersama-sama dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Setelah menunaikan solat, mereka berdoa untuk kepentingan umat Islam sekeliannya untuk di dunia dan di akhirat. Kemudian mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di rumah Abu Jahir.

Terasa kedamaian pada mereka apabila terpandang rumah dan masjid yang didirikan oleh Abu Jahir. Namun mereka tidak terburu-buru mengetuk pintu atau minta izin untuk masuk demi menjaga peradaban Wali Allah. Mereka pun duduk di masjid menunggu Abu Jahir keluar untuk solat. Tidak berapa lama kemudia, waktu Zohor pun masuk. Maka keluarlah Abu Jahir tanpa bercakap apa-apa sebaliknya terus masuk ke masjid, berazan, iqamah dan solat. Kelima-lima tetamunya yang mulia itu solat berjemaah berimamkan Abu Jahir.

Selepas solat, barulah mereka menemui Abu Jahir satu persatu. Mula-mula sekali Muhammad bin Wasi’.

“Assalaamuálaikum” kata Muhammad

“Waálaikumussalaam” jawab Abu Jahir disambung dengan pertanyaan

“Anda ini siapa?”

“Saya saudaramu Muhammad bin Wasi’ “

“O...Kalau begitu andalah orang Basrah yang terkenal paling bagus solatnya itu kan?”

Muhammad diam tanpa berkata apa-apa.

Kemudian, Thabit Al-Bannani maju ke hadapan.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Thabit Al-Bannani”

“O...Kalau begitu kamu yang dikatakan sebagai orang Basrah yang paling banyak solatnya itu kan?” Tanya Abu Zahir.

Thabit juga diam tanpa berkata apa-apa.

Tiba pula giliran Malik bin Dinar.

“Siapakah anda ini?” tanya Abu Jahir

“Saya saudaramu Malik bin Dinar” jawabnya.

“Masya Allah, jadi kamulah yang termasyhur sebagai orang yang paling zuhud di kalangan penduduk Basrah, bukan?”

Malik juga tidak berkata apa-apa. Kemudian Hubaib Al-Ajami menemui Abu Jahir.

“Anda ini siapa?” tanya Abu Jahir

“Saya adalah saudaramu Hubaib Al-Ajami”

“Masya Allah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai orang yang mustajab doanya” kata Abu Jahir

Seperti yang lain, Hubaib mendiamkan diri. Akhirnya tiba giliran Soleh Al-Mari maju ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya.

“Anda pula siapa?” tanya Abu Jahir.

“Saya saudaramu Soleh Al-Mari” jawabnya.

“Subhanallah, kalau begitu andalah yang terkenal di kalangan penduduk Basrah sebagai qari yang fasih dan bagus suaranya.”

Soleh juga tidak mengeluarkan apa-apa komen.

Abu Jahir bertafakur sebentar seperti mengenangkan sesuatu.

“Aku sebenarnya sangat rindu dan ingin mendengar suaramu wahai saudaraku” kata Abu Jahir. “Oleh itu, aku suka engkau bacakan empat atau lima ayat Al-Qurán kerana aku ingin sangat mendengarnya.”

Soleh memenui permintaannya lalu dia membuka Al-Qurán dan membaca Surah Al-Furqan : Ayat 22 yang bermaksud :

“Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata “Hijraan mahjuuraa” Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu debu yang berterbangan”

Sebaik sahaja mendengar bacaan ‘debu yang berterbangan’, Abu Jahir berteriak kuat sehingga pengsan disebabkan rasa ketakutan yang teramat sangat kepada Allah SWT. Apabila beliau sedar dari pengsannya, dia berkata “Sila ulangi pembacaan ayat tadi”

Soleh mengulangi bacannya dan apabila sampai kepada “Debu yang berterbangan”, sekali lagi Abu Jahir berteriak sehingga rebah di tempat sujud dan wafat ketika itu juga.

Soleh dan teman-teman Wali Allah nya sangat terharu menyaksikan kewafatan Abu Jahir yang mengkagumkan itu. Beliau wafat dalam keadaan amat ketakutan mendengar Kalam Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Abu Jahir muncul.

“Siapakah kalian ini?” tanya isteri Abu Jahir.

“Kami datang dari Basrah. Yang ini Malik bin Dinar, Hubaib Al-Ajami, Muhammad bin Wasi’, Thabit Al-Bannani dan saya adalah Soleh Al-Mari” jawab Soleh mewakili para aulia sahabatnya itu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata “Innaa lillaahiwainnaa ilaihi raajiúun...kalau begitu Abu Jahir telah wafat”

Soleh dan rakan-rakan wali Allah nya merasa hairan terhadap perempuan itu, kerana dia telah memastikan kematian suaminya, padahal dia belum menyaksikannya dan mereka juga belum memberitahunya apa yang telah terjadi.

“Dari mana puan tahu bahawa Abu Jahir telah wafat?” tanya mereka kehairanan.

“Saya telah banyak kali mendengar doanya di mana beliau sering mengucapkan “Ya Allah, kumpulkanlah para Aulia-Mu pada saat ajalku” dan perempuan itu menyambung “Jadi, tidaklah kamu berkumpul di sini sekarang ini melainkan Abu Jahir telah wafat”

Rupa-rupanya doa Abu Jahir telah dimakbulkan Allah SWT.

Maka para Aulia itu pun menguruskan mayatnya dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah menguburkan.

Maha Suci Allah, yang telah mewafatkan hambaNya yang mulia dan diuruskan oleh tangan-tangan yang mulia pula. Semoga kita dikumpulkan oleh Allah SWT dalam golongan orang yang baik-baik dan mati syahid..Amin Ya Rabbal Aa’lamiin.
_______

Dunia terpelihara Akhirat dapat pahala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yang baik, TT. Terima kasih. Keep on sharing ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 06:43 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 18-4-2020 05:45 PM
Perkongsian yang baik, TT. Terima kasih. Keep on sharing ya...

kisah2 tu ada mesej2 yg halus jika matahati anda bersih suci
insyallah selagi ada PKP saya cuba share apa2 yg patot

nanti dah sebok mcm dulu habis berbulan xjengoi forum
maklumla, badan dah tua...kederat xmcm dulu
apapon ,dah bersedia nak sambut ramadhan???
rugila sapa2 xde kenaikan iman sejak rejab syaabaan ni, byk benar pintu2
khazanah2 langit terbuka...
kenapa pic icon tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 18-4-2020 06:43 PM
kisah2 tu ada mesej2 yg halus jika matahati anda bersih suci
insyallah selagi ada PKP saya cuba s ...

Hehe saja je icon ni... Saja buat teghuk kata orang kedah

Mmm... Nak kata mata hati suci tak suci tu memang tak taula TT, rasa iols ni level biasa2 aja. Puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban tu ada juga buat. Skang pun tgh puasa. PKP kan.. Kalau tak asyik nak mkn sesaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 07:00 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 18-4-2020 06:51 PM
Hehe saja je icon ni... Saja buat teghuk kata orang kedah

Mmm... Nak kata mata hati suci tak su ...

bagus da puasa sunat tu...
cuma nak kena ada sanad wasilah mursid, baru lajuuu...
baru mudah kabel tu nak turun barang2 langit...

ibarat kita kenal raja, senang keluar masuk pagar taman dan istana
siap bole masuk istana tgk macam2 lagi dlm istana
paling mahai duduk sebelah raja...
huhu...

begitula simbolik amalan sufi2 dulu yg sangup bersusah payah
demi mencari seteguk cinta Ilahi...
bagi mereka takde teruk pun pengorbanan duniaiw
cuma dimata awam saja disangka teruk
kerana sufi2 tu semua dah fana, dah kiamat diri, dah merasai LAZAT MAUT...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 18-4-2020 07:00 PM
bagus da puasa sunat tu...
cuma nak kena ada sanad wasilah mursid, baru lajuuu...
baru mudah kab ...

Insya Allah, TT. Terima kasih lagi atas ingatannya. Mohla kita solat Maghrib
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2020 12:35 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 18-4-2020 07:54 PM
Insya Allah, TT. Terima kasih lagi atas ingatannya. Mohla kita solat Maghrib

insyallah...
cuma nak habaq, perkara2 syariat berhakikat (kerohanian)
wajib ada mursid, sbb nak bimbing beri kefahaman buat matahati yg karat
ibarat sebatang besi yg DISELIMUTI KARAT tu, hanya guru saja bole lakukan...
makan masa tahun demi tahun...
hinggaah istiqaamah ada hasil Allah beri izin...
sbb guru tu dah jadi KEKASIH ALLAH...
samalah seperrti org yg baru kahwin, dia tak PANGGIL NAMA ISTERI DIA AMINAH DIA
suami akan panggil SAYANG, ANJE, UCUK, BABE...kan???

mcmtu la juga kenapa adenya beza nama dan KEDUDUKAN, ALLAH TU APA, DIA TU SAPA, AKU TU SAPA, AHMAD TU SAPA, ALHAQ TU SAAPa
BENDA2 MCM NI HANYA MURSID SAJA BOLE TRANSFER KEFAHAMAN YG TEPAT DAN SEJELASNYA
IA BUKAN SEKADAR ILMU PENGETAHUAN
tetapi ia bergerak seiring peribadi peribudi seseorang tu dlm kesempurnaan iman islam ihsan dan akhlaqnya
kalau nak harap baca buku saja, kasi apek jual tembikai tepi jalan pon BOLE HAFAL KITAB HAKIKAT INSAN TU...
tapi dia xdpt seperti mana seorg salik yg ade mursid la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat menarik cerita ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2020 12:55 PM | Show all posts
insyallah tabarakallah...
niat saay semoga manusia2 di Malaysia ni
berminat dan berhasrat untuk mendalami agaama dgn sejujur ikhlas
sptmana ketika nabi dan para sahabat dahulu
kurang2 ada persediaan
soal tempuh tak tempuh zaman dajjal mahdi tu
sekurangnya mati tak tahu bila
tapi sekurangnya soal yaumil mahsyar alam baqa tu dah ringan
dan ada SYAFAAT bila amek landasan tarekat bermursyid ni
insyallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 11:42 AM | Show all posts
lautan ilmu musa as vs ilmu ladunni khidr as
ilmu akal nafsu yg belum fana kiamat diri vs ilmu akal nafsu telah kiamat diri

Apabila datangnya ramadhan, hadirnya wilayah ramadhan itu beserta RAHMAT BAROKAH DAN PERTOLONGAN YG ZAHIR DAN BATIN BUAT UMAT MUHAMMAD SAW

Perbanyakkan sunnah2 nabi saw dlm ramadhan
kerana sunnah nabi saw itu
ada terkandung 1001 manfaat buat pada yg istiqamah dlm membawa beramal akan sunnah nabi saw
nabi muhd saw bukan nabi yg biasa2, alquran itu sendiri keluar dari lidah nabi saw yg mulia terpuji...
SEMUA NABI2 YG LAIN BERADA DI BAWAHNYA tuan tuan...
baik sunnah yg sekecil kecil sampai yg sebesar besarnya asal ia bersumber dr nabi saw, terselit 10001 manfaat kebaikan pada yg mencontohi dan beramal
kerana sunnah nabi saw itu juga ada hikmah yang TERANG DAN YG GHOIB TERSEMBUNYI
kerana asalan sunnah nabi saw ADALAH DARI KALAMULLAH 30JUZ ITU JUA SEBENARNYA...

ilmu akal nafsu diri yg maseh belum selesai perjalanan fana kiamat diri tidaklah sama dgn ilmu akal dan nafsu diri yg telah melepasi fana kiamat diri
betapa mahalnya cop sufi muhd rosulullah...
kerana Ia bukan sekadar anugerah LESEN DARI ALLAH, BAHKAN DIAKUI ISYARAT MAKAM MAKRIFAHNYA OLEH GURU MURSIDNYA SENDIRI, BAHKAN DISAHKAN OLEH MAJLIS HAUL YG DISUSUN ALLAH HADIRNYA PENGESAHAN DAN KEDATANGAN DIRI OLEH WAKIL TAREKAT MURSID2 YG LAIN SEKURANGNYA DARI 3 TAREKAT YG BERLAINAN DGN MURSID ARIFBILLAH ITU SENDRII DATANG MERAIKAN ATAS SUSUNAN ALLAH UNTUK MERAIKAN DAN MENGESAHKAN AKAN SYEIKH SUFI YG TELAH ALLAH ANGKAT SBG SUFI MUHD ROSULULLAH YG BARU...
kerana pelantikan syeikh sufi yg Allah angkat itu beserta dgn pakaian kemuliaan dan alat2 kebesaran baik alam zahir dan bain yg ghoib serta DISAHKAN OLEH ALLAH malaikat para rijalulghoib dan alam2 waliyullah yg ghoib ghoib,DIRAIKAN
lesen sufi itu akan diberi oleh seorang mahaguru sufi yg juga seorang WALI ALLAH BERPANGKAT QUTUBUL GHOUS juga,dan akan DISAHKAN OLEH MURSIDNYA, dan anak salik itu juga akan mendapat isyarat2 ghoib dr Allah malaikat dan gurunya serta mursid ghoibnya
mahalnya nilai ijazah sufi itu tidak dpt DIJUAL BELI OLEH DUNIAIWI DAN ISINYA
KERANA SAHNYA AKAN MAKRIFATULLAH DAN ILMU SYAHADAH yg DIAKUI OLEH SELURUH ALAM MURSID BAIK ZAHIR BATIN tanpa apa2 syak waham lagi

sollun ala nabi wal umiyyin saw
SALAM RAMADHAN...

wallahu alam bissawab
sollun ala nabi wal umiyyin saw

wallahu alam bissawab
sollun ala nabi wal umiyyin saw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 11:43 AM | Show all posts
[06:29, 24/04/2020] rawasharmizi: DAH BERTEMU KEKASIH PASTI ADA BUAH TANGAN DARINYA

BULAN RAMADHAN JGN KEDEKUT
BERKONGSI APA ADANYA
WAAQIMUSSOLAH TAWAATUT ZAKAT..

KETIKA nabi saw wafat, umat menjadi agak kelamkabut BUAT SEKETIKA
sehingga naiknya KHALIFAH SIDI ABU BAKAR ASSHIDDIQ sbg pengganti kerja buat nabi saw dikala hidupnya
iaitu berfungsi sbg KETUA IMAM ketua agama ketua negara Islam
dan sbg WAKIL SAH PENTADBIR sebarang urusan...
begitulah sanad nabi saw kepada pewarisnya sbg KEPALA UMAT dgn adanya PARA SAHABAT utk meneruskan SYIAR AGAMA, fungsi2 sahabat...

ITULAH YG DIBAWA OLEH SETIAP SUFI AWLIYAK, Dimana SETIAP SYEIKH SUFI ITU MMG ADA SANAD TAREKATNYA bermula dari SEJARAH SUFI PERTAMA LAGI...
bukankah itu apa yg dibawa oleh SETIAP MURSID TAREKAT?
ALLAH ANGKAT MURSID BESERTA AMANAH TANGUNGAN...

maka diakhir zaman, jika nak mudah selamat dari KEKELIRUAN BATIL PALSU DAN FITNAH DAJJAL ALHIR ZAMAN, maka carilah olehmu akan SYEIKH TAREKAT, asalkan bernama mursid tarekat,pilihlah yg mana berkenan..

SEPERTIMANA sejarah guru kpd tok kenali, iaitu SYEIKH ARIFBILLAH QUTB GHOUS SYEIKH AHMAD ALFATHONI, KESEMUA ANAK2 MURIDNYA MENJADI PARA WALI ALLAH BELAKA, itulah anugerah Allah kepada kekasehnya...
manakala tok kenali, kebanyakan anak2 muridnya, TIDAK KESEMUA MENJADI WALIYULLAH, SEBAHGIAN menjadi ULAMA....

tidaklah dikatakan nabi jika bukan sufi, dan tidaklah dikatakan sufi jika bukan ULAMA...
maka dikeranakan itu sbg pelajaran, apabila wadat sudah guru mursid pada setiap anak salik,maka seharusnya salik itu mencari syeikh tarekat walau berlainan NAMA TAREKAT asalkan tidak terputus NYAWA SANAD YG SAMPAI PADA MABI SAW ADA PADA SETIAP SYEIKH MURSID itu..
kerana tanpa BIMBINGAN SANAD MURSID,anak salik tidak dapat SEMPURNAKAN LANDASAN FANA dirinya
tidaklah dapat anugerah sufi YANG MENCARIK ADAT ANDAI ANAK SALIK TIDAK BERTEMU FANA BAQABILLAH...
kerana itu dikatakan karomah para sufi waliyullah itu MENCARIK ADAT,
KERANA MEREKA ITU SUDAH KIAMAT DIRI SUDAH TEMPUH SEMPURNA FANA BAQABILLAH..
mana mungkin nak meniti landasan nabi sahabat ANDAI DIRI TIDAK KELUAR DARI KEBIASAAN, tiada lebur binasa sempurna fanafillah yg membawa kepada kebenaran sahih PINTU ALHAQ itu, jika tidak sampai pada pintu alHAQ, dibimbangi AKAN TERJATUH LANDASAN BATIL TIPUDAYA iaitu alam fana jin yg sering berkhayal sesat pada diri yg terpedaya...

wallahu alam bissawab
sollun ala nabi wal umiyyin saw...
[06:47, 24/04/2020] rawasharmizi: KELEBIHAN RAMADHAN SBG BULAN ISTIMEWA UMAT MUHAMMAD MEMANG MWLEBIHI BULAN2 YG LAIN

Pada10 malam terakhir,Allah simpan rahsia dan anugerah MALAM LAILATUL QODAR ANUGERAH TERTINGGI PADA HAMBANYA..
kerana didalam 1 Rahsia malam itulah,terdapat kedapatan ANUGERAH WILAYAH WAHDATUL WUJUD...yg timbul dari wahdatul SYUHUD...

sollun ala nabi wal umiyyin saw
semoga kita sama2 beroleh manfaat dan berokah rahmat NYA BERKEKALAN AKHERAT ABADI..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 11:44 AM | Show all posts
Malaikat makhluk berakal cerdas tapi tanpa nafsu..
Seakan akan beginilah,
Malaikat tengok kaum hawa seperti memandang pepohonan, TANPA naluri SYAHWAT seperti manusia...
atau seakan akan manusia memandang pokok2 di kiri kanan highway lalu berkata, ooo,pokok ya....

semoga mudah dipermudahkan urusan ibadah kesemua di siang hari,dah lepas benang merah senja xapa dah
semoga dipermudahkan hati dan mata TUNDUK PANDANGAN...
insyallah
sollun ala nabi wal umiyyin saw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2020 12:45 PM | Show all posts
KISAH SULTAN TURKI MURAD IV

Murad Ahmad atau Murad IV adalah Sultan Turki Utsmani yang memerintah dari 10 September 1623 hingga 9 Februari 1640. Ia terkenl karena perbaikan otoritas negara dan kebrutalan metodenya. Ia anak Sultan Ahmad I dan Kosem yang berdarah Yunani.

Naik tahta melalui sebuah konspirasi, ia menggantikan pamannya, Mustafa I, pada usia 11 tahun. Di masa yang lama, ia berada dalam kendali kerabat-kerabatnya. Pada tahun-tahun pertama pemerintahannya sebaga sultan, ibundanya (Valide Sultane) Kosem, memegang kekuasaan. Negaranya jatuh dalam anarki; serangan Safawid terhadap khilafah yang begitu cepat, pegolakan di Turki Utara dan serbuan Yeniceri ke istana pada 1631 yang membunuh wazir agung.

Murad IV yang takut akan nasib kakaknya, Utsman II, memutuskan untuk menuntut kekuasaannya. Ia mengeluarkan perintah untuk membunuh saudaranya, Beyazid, pada 1635, diikuti oleh eksekusi terhadap dua saudaranya setahun kemudian.

Ia mencoba memberantas korupsi yang telah berkembang semasa pemerintahan sultan terdahulu. Terhadap hal ini ia mengubah sejumlah kebijakan, seperti membatasi pengeluaran tak berguna. Ia juga melarang alkohol, kopi dan tembakau. Ia memerintahkan hukuman mati bagi mereka yang melanggar aturan ini.

Ia akan meronda di jalanan dan kedai seluruh Istanbul dengan berpakaian seperti rakyat biasa di malam hari, menyaksikan penegakan hukuman ini. Jika saat meronda ia menyaksikan prajurit merokok atau mabuk-mabukan, ia akan membunuhnya di tempat. Konon ia sendiri seorang peminum alkohol, walaupun melarangnya.

Secara militer, pemerintahan Murad IV terkenal akan perang terhadap Persia di mana pasukan Turki menaklukan Azerbaijan dan Tabriz. Baghdad takluk pada 1638, setelah mengepungnya. Perjanjian perdamaian ditandatangani pada 1639 (Perjanjian Kasr-i-Shirin) sebelum kematiannya.

Murad IV memerintahkan serbuan terhadap Mesopotamia dan terbukti menjadi panglima perang yang sangat handal. Selama gerakannya ke wilayah itu, ia meredam semua pemberontakan di Anatolia. Akibatnya, banyak nama tempat sekitar yang dinamai menurut namanya.

Sultan Murad IV menderita sakit parah pada 1640. Sakitnya ini sangat mengkhawatirkan dan dikhawatirkan akan membawa kematian. Namun ia berhasil sembuh dari penyakitnya. Setelah itu, ia sakit kembali dan meninggal pada Februari 1640 karena penyakit tulang. Sultan Murad IV memerintah selama 16 tahun 11 bulan.

Saat dia memerintah, kas negara dalam keadaan penuh. Sultan Murad IV dikenal sebagai sosok yang cerdas, pemberani dan memiliki pandangan yang tajam. Dia mampu menumpas kerusakan hingga ke akar-akarnya dan membasmi para pelakunya. Dia diberi gelar sebagai Pendiri Kedua Pemerintahan Utsmani, karena telah berhasil membangkitkannya setelah kejatuhannya. Ia juga berhasil memperbaiki kondisi keuangan.

Sebelum mangkat, ia memerintahkan hukuman mati terhadap adiknya, Ibrahim, yang berarti akan memangkas garis keturunan Turki Utsmani, namun perintah itu tidak dilaksanakan. Ibrahim sendiri adalah satu-satunya lelaki di keluarga kesultanan bila Murad IV meninggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2020 12:46 PM | Show all posts
KISAH SUFIYULLAH YANG UMMI TETAPI PEMEGANG ILMU LADUNNI

SYEIKH ALI AL-KHAWWAS (RAH)

Wali Allah Yang Memiliki Ilmu Ladunni

Syekh Ali al-Khawwas adalah termasuk salah seorang waliyullah paling terkenal di Kaherah, Mesir. Beliau adalah seorang yang ummi(tak tahu membaca dan menulis).

Lahir untuk zuhud

Syeikh Ali al-Khawwas tumbuh dalam keluarga miskin yang menyebabkan beliau harus menekuni pekerjaan rendahan agar dapat makan pada hari itu. Mula-mula beliau keliling menjual sabun dan kurma. Setelah pindah ke Kairo beliau membuka kedai minyak untuk beberapa tahun. Untuk selanjutnya beliau membuat bakul, kerana inilah beliau disebut dengan al-Khawwas (pembuat bakul) sampai beliau meninggal.

Beliau sama sekali tidak memakan makanan para penguasa yang zalim mahupun kroninya. Beliau tidak menggunakan wang para penguasa untuk kepentingan dirinya dan keluarga. Beliau menerima untuk kemudian memberikannya pada para janda, orang tua dan orang yang tidak mampu bekerja.

Diceritakan suatu ketika mata beliau bengkak agak parah, tapi beliau tetap saja membuat bakul, lalu datanglah seorang kaya dengan memberi wang kepadanya, sambil mengatakan: “Wahai tuanku belanjakanlah wang ini, istirahatlah sampai kedua mata tuan sembuh”, Ali al-Khawwas menjawab: “Demi Allah saya dalam keadaan semacam ini (sakit), saya merasa tidak selesa dengan penghasilan saya, apalagi dari penghasilan orang lain”.

Bahkan dalam kekurangan, Syekh Ali al-Khawwas sangat dermawan dan rendah hati. Setiap hari Jumaat beliau selalu berkhidmah untuk masjid-masjid, menyapu sampah, bersedekah pada orang-orang fakir dan yang memerlukan dengan tanpa memperhitungkan berapa yang beliau keluarkan dan bagaimana beliau nanti makan.

Beliau adalah guru mursyid kepada seorang ulama sufi yang hebat iaitu Imam Abdul Wahhab Sya’rani.

Syeikh Ali Khawwas dan Imam Sya’rani

Sheikh Abdul Wahab Sya’rani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjid yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.

Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani melintasi Ali Khawas yang disebut-sebut manusia sebagai wali Allah itu. Ketika itu terdetik di hati Sheikh Abdul Wahab Sya’rani ;

لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا

“Allah tidak menjadikan orang jahil sebagai wali-Nya”

Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah diri;

جَعَلَ اللهُ لَهُ عَلَّمَ

“Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU”

Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjid. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka.

Akibat terlalu letih Sheikh Abdul Wahab Sya’rani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaannya di Masjid. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Sya’rani bergegas ke tempat mengajar. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan sangkaan didalam ;

“Allah tak lantik orang bodoh menjadi wali”

Jawab Ali Khawas:

“orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas”

Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani kerana tukang susun kasut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Sya’rani pada ketika itu sudah menjadi ulama’ terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut dan selama 40 hari beliau di tarbiah terus menerus sehingga Allah membukakan pelbagai rahsia di sebalik ilmu syariat yang dimilikinya selama ini. Beliau bukan sahaja memahami zahir ilmu syariat semata2 namun memahami batinnya sekali.

Berkat khidmat

Begitulah keberkatan berkhidmat kepada guru. Pernah juga guruku bercerita bahawa hal yang sama berlaku kepada Syaikh ‘Ali al-Khawwas yang merupakan guru Syaikh ‘Abdul Wahhab asy-Sya’raani. Berkhidmat bukan ertinya bermalas-malas untuk belajar ilmu, tetapi lebih kepada mempelajari ilmu secara praktikal dengan mendapat arahan terus daripada seorang guru yang betul-betul mursyid. Justru menadah kitab di hadapan guru kemudian balik tidur lebih mudah daripada memberikan khidmat kepada guru. Murid yang baik akan memberikan khidmatnya kepada gurunya dan guru yang mursyid tidak akan mengambil kesempatan atas khidmat dan ketaatan muridnya. Perlakuan murid kepada gurunya adalah mencari pelajaran dan perlakuan guru kepada muridnya adalah memberi pelajaran, apa pun bentuk perlakuan tersebut tidaklah terikat dengan membaca kitab atau di dalam halaqah sahaja. Oleh itu sebahagian ulama pernah berpesan: “Sesiapa yang tidak mahu berkhidmat (kepada gurunya), dia akan menyesal.”

Keilmuan Al-Khowwas

Ali al-Khowwas bukanlah orang yang mengenyam bangku sekolah. Dia bahkan tidak bisa baca tulis. Sufi agung ini rupanya seorang yang buta huruf. Kendati demikian para ulama heran dan takjub dengan kealiman beliau. Syekh kita ini sangat mahir dalam mengupas Alquran dan Hadis. Ulasan beliau dapat disaksikan dalam kitab karangan muridnya Syekh Abdul Wahhab asy-Sya’roni. “Banyak sekali kami menulis dalam kitab al-Jawahir wa al-Duror semua jawapan beliau, yang mana para ulama’ besar kesulitan menjawabnya, sehingga membuat kagum para ulama seperti Syekh Syihabuddin al-Futuhi al-Hambali, Syihabuddin bin al-Syalabi al-Hanafi, Syekh Nasiruddin al-Laqoni al-Maliki, Syekh Syihabuddin al-Romli as-Syafi’iy”, demikian cerita Syekh Sya’roni tentang gurunya itu.

Lebih jatuh Syekh al-Futuhi mengatakan: “Saya telah bergelut dengat ilmu selama 70 tahun, tidak terlintas dalam hatiku,- bukan pertanyaan juga bukan jawaban- sesuatu masalah seperti yang ada dalam kitab al-Jawahir wa al-Duror”.

Tentang keilmuan, beliau mempunyai pendapat yang berbeda dengan kebanyakan ulama’. “Seseorang tidak layak dikatakan berilmu kalau ilmunya itu didapatkan dari orang lain. Orang yang berilmu adalah orang yang tidak pernah mengambil ilmu dari orang lain. Ilmunya asli, langsung dari Allah. Orang yang mendapatkan ilmu dari orang lain hakikatnya hanyalah menceritakan pendapat orang tersebut. Namun orang itu akan tetap mendapatkan pahala, yaitu pahala orang yang membawa dan menyebarkan ilmu bukan pahala orang alim. Dan Allah tidak menyia-nyiakan pahalanya orang yang berbuat kebaikan”.

Ilmu Syekh Ali al-Khowwas tidak fokus pada ilmu syariat saja, tetapi beliau juga mahir dalam ilmu kedoktoran, beliau mampu menyembuhkan penyakit sopak, lumpuh dan penyakit yang sukar lainnya, setiap apa yang disarankan untuk dijadikan ubat sangat mujarab hasilnya.

Ali al-Khowwas dan tasawuf

Dalam masalah tasawwuf sufi agung yang buta huruf ini juga mempunyai komentar menarik : “Seseorang tidak akan sampai pada tingkatan ahli Thariqat kecuali dia alim dalam ilmu syariat, mujmal mubayyannya, nasikh mansukhnya, khas dan ammahnya. Orang yang tidak mengetahui salah satu dari hal-hal tersebut dia gugur dari jajaran para tokoh thariqat”. Mendengar pernyataan semacam itu murid kesayangannya, Sya’roni bertanya: “Kalau begitu para syeikh sekarang jatuh dari darjat ini, sebab mereka buta dalam masalah syari’at ?, beliau menjawab: “itu memang benar, mereka mengarahkan manusia pada sebagian jalan agama saja. Padahal mutashawwif adalah orang meskipun sendirian, dia mampu memberikan apa yang diperlukan masyarakat baik masalah syari’at maupun hakikat”.

Kecerdasan tokoh satu ini menyangkut juga dalam masalah al-kholwah. Dalam hal ini beliau mengatakan : “Menyendiri, menyepi dengan Allah SWT saja yang dalam dunia sufi terkenal dengan nama sebutan al-khalwah tidak mungkin dilakukan kecuali oleh wali al-Qutb al-Ghouts pada setiap masa. Ketika badannya berpisah dengan nur-nya dan berpindah ke alam akhirat, Allah SWT mengganti sang wali tersebut dengan wali lainnya. Allah SWT sama sekali tidak menyendiri dengan dua orang dalam satu masa.

Pendapat ini selaras dengan yang terjadi pada diri Syekh Abdul Qadir Jailani yang terkenal dengan munajatnya “Anta wahidun fis sama’ wa ana wahidun fi-al ardh (Engkau sendirian berkuasa di langit-Mu Ya Allah, dan aku sendirian di bumi tanpa penolong selain-Mu Ya Allah).

Dalam hubungan murid dengan guru (sykeh-mursyid) beliau mengutarakan: “Seharusnya para murid itu mengutarakan penyakit hatinya pada gurunya. Kalau dia mempunyai hati yang buruk, gurunya akan menunjukkan jalan kesembuhannya. Kalau dia tidak melakukan hal itu kerana malu, ada kemungkinan dia mati dengan penyakitnya itu”. Beliau juga mengatakan: “Kalau kalian ditanya tentang guru kalian, jawablah: “kami adalah pembantunya” dan jangan menjawab “kami adalah temannya(shohib)” kerana kedudukan suhbah (perdampingan ) itu sangat tinggi”.

Beliau mempunya banyak perkataan yang belum diucapkan oleh siapapun. Suatu ketika beliau berbicara tentang manusia. ” al-Idrok (Ilmu pengetahuan) adalah sifat akal. Pendengaran, penglihatan, perasaan dan penciuman, kesenangan dan marah adalah sifat nafsu. Rindu , gembira, pasrah, dan sabar adalah sifatnya ruh. Fitrah, cahaya, hidayah, keyakinan adalah sifat rahsia (as-sir). Akal, nafsu, ruh, sir, semua itu adalah sifat manusia”.

Masjid Ali al-Khowwash

Masjid Ali al-Khowwash, asalnya adalah Zawiyyah-nya Syekh Barakat al-Khoyyat,yang didirikan oleh muridnya yaitu Syekh Ramadhan, di depan Bab al-Futuh,Kaherah, Mesir tapi ketika Syekh Ali al-Khowwas di semadikan di situ, maka masjid tadi menjadi terkenal dengan sebutan masjid al-Khowwash.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2020 12:56 PM | Show all posts
NABI DAUD AS DIJANJIKAN KERAJAAN, TAPI DENGAN SYARAT HARUS MENANG PEPERANGAN

Baju dari besi dan perlengkapan perang abad ke-10 SM berhasil ditemukan sejumlah peneliti.

Nabi Daud Alaihissalam (AS) adalah salah seorang utusan Allah yang mempunyai kelebihan dibandingkan rasul lainnya. Kelebihan Daud AS itu di antaranya bisa berbicara dan paham bahasa hewan (binatang). Begitu juga burung dan gunung tunduk pada kehendak Daud (atas izin Allah), mereka juga bertasbih bersama Daud (QS Saba ayat 10).

Selain kemampuan dan kelebihan tersebut, Nabi Daud juga diberikan anugerah oleh Allah berupa kemampuannya untuk menundukkan besi (Saba: 10-11 dan Al-Anbiya: 80). Besi-besi yang keras itu mampu dilunakkan Nabi Daud untuk membuat berbagai alat kebutuhan hidup serta besi itu dijadikan perisai (pakaian perang).

Allah SWT tidak menciptakan sesuatu yang ada di bumi dan alam semesta ini sia-sia, baik yang besar maupun kecil. Semuanya pasti bermanfaat. ''Ya, Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.'' (Ali Imran: 191).

Dalam surah Albaqarah ayat 26, Allah menyindir orang yang selalu mengira bahwa tidak ada manfaatnya Allah menciptakan sesuatu yang kecil.

''Sesungguhnya, Allah tidak malu (segan) membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih kecil (rendah) dari itu. ... Dengan perumpamaan itu, banyak orang yang disesatkan Allah. Dan, dengan perumpamaan itu (pula), banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan, tidak ada yang disesatkan Allah, kecuali orang-orang yang fasik.''

''Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya, segala yang kamu seru, selain Allah, sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun walau mereka bersatu menciptakannya, ....'' (QS Alhajj: 73).

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahwa tidak sesuatu pun yang diciptakan Allah itu sia-sia. Semuanya ada manfaatnya. Dari berbagai perumpamaan yang Allah ciptakan itu, justru dapat diketahui apakah manusia itu orang yang bersyukur atau ingkar terhadap nikmat dan ciptaan Allah SWT.

Demikian pula ketika Allah menciptakan besi. Di dalamnya terdapat manfaat yang sangat besar bagi umat manusia.

''Dan, Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya, Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa.'' (QS Alhadid: 25).

Selain dapat digunakan sebagai perisai (pakaian perang), besi juga bisa dimanfaatkan untuk kebutuhan membangun rumah, gedung bertingkat tinggi, kendaraan sebagai alat transportasi, cincin, dan sebagainya.

Penemuan besi

Sebagaimana diterangkan dalam Alquran, Nabi Daud AS adalah seorang nabi yang mempunyai kerajaan. Namun, sebelum Allah menganugerahi sebuah kerajaan padanya, Nabi Daud terlebih dahulu harus berjuang bersama dengan Thalut untuk melawan Jalut serta berperang melawan pasukan lainnya.

Dalam beberapa peperangan itulah, Nabi Daud AS diperintahkan untuk memanfaatkan besi sebagai alat untuk berperang (senjata), seperti pedang, pisau, tombak, panah, atau baju perang.

Dalam surah Al-Anbiya ayat 80, diterangkan, ''Dan, Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).''

Kemudian, dalam surah Saba' ayat 11, Daud diperintahkan membuat baju perang yang terbuat dari besi. ''(Yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya, Aku melihat apa yang kamu kerjakan.''Secara tegas, ayat tersebut memberikan contoh cara membuat baju perang dari besi.

Kapan peristiwa itu terjadi? Bagaimana contoh baju besi yang dibuat oleh Nabi Daud AS tersebut?

Dalam buku Atlas Sejarah Nabi dan Rasul karya Sami bin Abdullah al-Magluts, disebutkan bahwa Nabi Daud AS diperkirakan hidup pada tahun 1041-971 SM. Dalam masa itulah, Nabi Daud pernah membuat baju dari besi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2020 01:19 PM | Show all posts
Edited by rantaikendoq at 5-5-2020 01:20 PM

SYEIKH ROHIMUDDIN AL BANTANI
PETUA MENDAPATKAN TAHALLI - JADIKAN GURU SBG SAHABAT / TEMAN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2020 11:38 AM | Show all posts
Bismillahi malam 27...

guru mursid itu pintu gerbangnya
buat salik menuju tujuan
mursid@rosulullah@ahmad@sifatrabb
hitam putih, zat sifat
sirna muhd nyata Dia, sirna Dia nyata muhd@sifatNya

sabda nabi saw, aku dari Allah dan sekalian org2 mukmin itu dariku
salik harus mengambil jalan kisah dari
guru mursid yg sudah siap kerajaan tuhan
telah sempurna siap gedung khazanah kerajaan rabb itu dari tapak luar pagar taman sampai ke dalam pintu dan isinya..
ibarat murid dlm dewan peperiksaan
saling salin menyalin, memindahkan kisah
dari hal yg tiada nyata, tercurah atas selembar kertas...
ayat mutasyabihat adalah isi kisah2 sirus sir yg hanya difahami oleh laduni amar robbi (berita langit),sedangkan ayat muhkamat tempatnya pada akal dan ilmu yg bersih (berita bumi), yg mana amanah cerita itu akan diperjalankan oleh afaalNya
,harus berlaku sbg 1 kejadian yg dilaksanakan (khidr as)...
keduanya saling kait mengait
sptmana maani dan maknawiyah
apabila maknawiyah hukum maani
kamil dihias sempurna indah diselimuti
kamil mukamil
dalam wilayah insan wahdaniyah
penuh mahabbah silaturohmi...

mursid menunjuki asalan putih menjadi hijau
salik melihat kerajaan surga pohon sidir zamrud muhamd rosululah
negeri wilayah orang2 pilihan
yg diperjalankan takdir mereka
atas ikatan Allah rosul
mereka2 yg telah belasungkawa
muhd bapa sekalian ruh ruh...
sptmana sabda nabi saw
khidr itu asalnya putih lalu bertukar menjadi hijau, islam nur addin...
mahabbah masalahat insan
rahsia manusia...

bukanlah ini 1 penjelmaan semula
reinkarnasi
awas perlu berhati hati
kerana syak waham hati manusia
maseh belum dipanahi
petir hitam MEMANAHI pohon merah
sepertimana musa rebah pitam
di thursina
tanda telah dibersih sucikan(fanaul fana)
setelah sekian lama perjalanan binasa demi binasa, sampai penghujung kisah...

salam lailatul qodar wahdatul wujud
destinasi akhir wahdatul syuhud...
sollun ala nabi wal umiyyin saw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2020 08:11 AM | Show all posts
Bukan Wilayah Bukan Nama
sabda nabi saw, berkata sidi jibril as
wahai kekaseh, sampai DISINI SAJA aku bisa MENEMANIMU, jila selangkah lagi aku masuk, nescaya terbakarlah diriku
maka pergilah kekaseh melangkah masuk
tanpa lagi ditemani jibril as

apakah yg dpt meleburkan nur malaikat..
anugerah alikhlas adalah ana alHaq
Ana Ahmad bilal Mim...
menumpang nama kenderaan Ahmad
sempadan laisa jauh dari segala nama
mertabat wilayah maqam
tiada berita keluar masuk dari sini
andai ada nescaya nur malaikat dpt sebarkan hal berita pada langit2 wahyu rosulullah, disini tiada kenabian tiada kerosulan tiada laduni...
disini tiada perintah tugas,bukan tempatnya
disambut masuk digerbang Ahad
penyaksian alHaq yg Haq
dijemput lagi melangkah masuk
tanggalkan jubah Ahad
ku berhadap bagai sebatang busur
atau lebih dekat lagi
disini bukan fana bukan baqa
tiada fana tiada baqa
ini bukan tapa geni
bukan wilayah nama wajah
tiada.bentuk sifat apa2 warna sini
tiada detik waktu atau masa
Ku didalam Ku
tiada berita bisa keluar apa2 dr sini
Ahad tanggal Aku
tingallah Ku....
tiada pergantian arah alih...
Sesaat merubah segalanya
tiba terdengar jgn berlama lama...
jibril setia menunguKu
harus keluar kerana tiada siapa tahu
apa berlaku..
dari jauh sidi jibril SETIA MENUNGGUKU
bersama WAJAH SENYUM GIRANG
KU membalas senyumnya...
dan sedia menemaniku
menghantar pulang semula
ke LANGIT dunia wal fana

israk mikraj alHAQ
walau melangkah alam terhapus
segala wujud NUR MALAIKAT
wilayah haram tiada berita
tidaklah bermakna seperti dakwa dakwi
hakikat koyal tiadaperlu guru mursid
tiada perlu malaikat wahi langit
atau ilham ladunni bumi
bahkan UNTUK SAMPAI
pohon sidir hadrat MUNTAHI..
harus ditemani jibril
MASUK SENDIRI..
selesai keluar TETAP DITEMANI
NUR MALAIKAT wajah jibril kembali
itulah hakiki makrifah bil makrifah...

dan baginda nabi saw
sempat kehausan...kesan muntahi
mengapai segelas SUSU
buat penghilang haus tekak..
diperjalanan pulang...
pada diri yg telah disucikan kiamat
ada tanda fana baqa dan tanda malaikat
pada diri sufi muhamadur roslulullah
sollun ala nabi wal umiyyin saw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 12:06 PM | Show all posts
KISAH DARI WALI ALLAH BESAR YG HEBAT DIMULIAKAN ALLAH
IAITU SYEIKH ALI KHAWWAS, DAN KISAHNYA DITULIS OLEH MURID TERBAIKNYA IAITU
IMAM SYA'RANI, KITAB2 KARANGAN IMAM SYA'RANI SEMUA ADA SENTUHAN RUHANI...INSYALLAH


israk mikraj - nukilan dr syekh imam sya'rani...

" sesungguhnya mi'raj Rasulullah saw bertemu Allah swt pada hakikatnya adalah sebanyak 34 kali.
1 kali dgn jasad beserta roh,manakala 33 kali lagi adalah dgn roh sahaja.
mi'raj dgn jasad berserta roh adalah sebagaimana kisah baginda saw menaiki buraq.
manakala mi'raj dgn roh sahaja adalah dgn jalan mimpi bahawa baginda saw tahu dan merasa dirinya sdg berada di atas buraq. maka dgn keadaan ini tahulah kt bahawa jasad Rasulullah saw adalah di rumah sdg tidur tetapi roh Baginda saw sdg mi'raj kepada Allah.
krn itulah telah datang hadis tentang penafian drpd Saiyyidatina Aisyah r.a berkenaan mi'raj Rasulullah saw dgn jasad. beliau mengatakan : " jasad baginda ada di rumah sdg tidur dan tidak pergi kemana-mana".
pada hakikatnya kalam Saiyyidatina Aisyah r.a ini adalah benar. ini kerana peristiwa Baginda saw mi'raj secara jasad berserta roh itu telah berlaku di mekah pd malam difardhukan solat lima waktu sedangkan pd waktu itu Rasulullah saw belum lagi bersama Saiyyidatina Aisyah r.a melainkan pd 2 hijrah di madinah.
telah berlaku khilaf dikalangan ulama' sama ada mi'raj Rasululullah saw dgn jasad beserta roh atau dgn jasad sahaja.
khilaf ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah krn para ulama' hanya mengetahui bahawa mi'raj itu hanya sekali sahaja iaitu mi'raj jasad berserta roh menaiki buraq pd malam difardhukan solat lima waktu.
jikalau lah para ulama' itu tahu bahawa mi'raj itu adalah banyak kali sbgaimana aku jelaskan dan bukan hanya sekali, pasti tidak berlaku khilaf ini. "
- inilah penjelasan drpd seorg wali Allah swt yg kasyaf serta dikurniakan ilham yg warid drpd Allah swt, beliau adalah tuan guru kpd al-'arif billah al-imam sya'rani iaitu al-'arifbillah asy-syeikh ali khawwas qaddasallahu sirrahu.
syeikh 'ali khawwas adalah seorg yg ummi (tidak tahu membaca & menulis), maka ilmu yg disampaikan oleh beliau bukanlah diperolehi daripada hasil pembacaan atau kajian, ianya adalah drpd ilham dan kasyaf yg dikurniakan oleh swt kpd beliau.
krn itulah ilmu yg dijelaskan oleh beliau tdk pernah disebut oleh ulama' lain dan tidak ditemui di dalam mana-mana kitab.
- diterjemah drpd kitab :
"al-jawaahir wad-durar al-kubro"
karangan al-'arifbillah al-imam sya'rani qaddasallahu sirrahu.
( kitab ini memaparkan kpd kita tntg kalam syeikh ali khawwas yg ditulis oleh anak muridnya iaitu al-imam sya'rani sendiri )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 09:25 PM | Show all posts
Edited by rantaikendoq at 25-5-2020 09:26 PM

Nabi sampaikan kisah ISRAK MIKRAJ tu banyak kisah2 terselit hikmah yang seni, bukan saja2,

Setiap langit itu ada malaikat dan nabi2 yg berpenghuni di lapisan langit, jika nak faham bab ekonomi ,tabir mimpi dan peristiwa2 ghoib dalam urusan negara dan keluarga, jawapannya pada ilmu nabi yusuf as...
di masa nabi yusuf sbg pentadbir kerajaan MESIR, dengan ilmu tadbir mimpi beliau dapat MEMBUAT PERSEDIAAN UTK HARUNGI UJIAN KEMARAU 7 TAHUN TANPA TANAMAN EKONOMI YG MENJADI, serta SERANGAN WABAK DAN PENYAKIT, bahkan dgn kebijaksanaan beliau dapat MEMBERI BANTUAN PADA NEGARA2 LAIN YG TIADA GUDANG MAKANAN SEPERTI NEGARA2 TIMUR DAN BARAT YG TIADA BACKUP PLAN
apalah sangat covid19 dan masalah ekonomi sedunia
MWNGAPAKAH TIDAK MAHU AMBIL ILMU PELAJARAN DARI QURAN DAN SUNNAH NABI SAW,

jika nak memahami urusan ilmu duniawo dan alat kalam yang boleh kalahkan sihir dan mentadbir negara dengan hebat, apa pada ilmu musa as, sulaiman dan daud as

dan banyaklah pelbagai lagi
sollun ala nabi wal umiyyin saw...
yang SEBENARNYA UMAT AKHIR ZAMAN NI DAH TAK KENAI KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT, tu pasai jadi bengkang bengkok mcm wahabi syiah politik penyakit wahan cinta dunia takot mati, patot ni tugas setiap peranan badan jabatan la,MEMPERKASAKAN SEMULA DAKWAH ISLAMIYAH BESERTA ILMU2 LANDASAN QURAN HADIS, ...manusia bila xkenai sifat2 Allah, mulala kepala akai tu jadi serupa yahudi sesat,dok melawan rosul2 lepas tu dapat pangkat jawatan dok bawa politik ikutperangai dajjal,walhal nabi sahabat bawa politik bukan sangkut didunia saja,MALAH LANDASAN JAMBATAN SAMPAI AKHERAT, DUA DUA LANDASAN ADA SIAP DGN BERKAT RAHMAT ALLAH LAGI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.690545 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list