CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7622|Reply: 27

Bagaimana bercerai dengan tentera

[Copy link]
Post time 21-4-2020 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Assalamulaikum semua,

Tolong bantu saya.. Saya dan suami dah berkahwin 3 tahun tapi dr mula kahwin suami byk pergunakan saya untuk kepentingan dia.
Saya banyak berhutang semata nak tolong dia.. Untuk pengetahuan semua,suami tentera dan dia banyak berhutang pernama & koperasi beliau.
Baru2 ini dia menyatakan hasrat nk kahwin baru sebab dia akan dpt duit markup untuk perumahan dia. Saya dah banyak kali nk bercerai dengan dia tapi saya x tahu bagaimana nk bercerai dengan dia.

Jika semua ada pengalaman dengan askar tolong bantu saya.

Terima kasih semua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap ya sis.... Pokchik akan bantu nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena park dulu....tengahmalam baru Pokchik reply jawapan. Kena bersiap...nak kena pergi Ops Co19.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 12:23 PM | Show all posts
PristineOne replied at 21-4-2020 11:53 AM
Kejap ya sis.... Pokchik akan bantu nasihat.

bantu dia pakcik kasihan dia. kalau laki dia ugut pakcik turun bawa satu truck army kasi gegar laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 12:23 PM | Show all posts
pristine one forumer trusted, kalau suami u ugut buli u, boleh mesej dia dan dia  boleh bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 12:29 PM | Show all posts
duit markup untuk perumahan

apo kobondo tu

duit turun dr langit ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak report KAGAT ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Parked dulu.
Tunggu forumer pristineone advice.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Er tetiba teringt cerita pok cik yg x sengaja tercontact crush dr hp lama. Adakah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 21-4-2020 12:29 PM
duit markup untuk perumahan

apo kobondo tu

duit mark up jual rumah ler. mungkin dia jual rumah member or sedara rega asal 100k dia m.up 10% gitu. tapi lama la nk dptnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 02:53 PM | Show all posts
x guna tul jntn mcm ni
mmg nmpk sgt pentingkn diri
ada beza ke cerai org awam dgn tentera
x tau plk aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 04:29 PM | Show all posts
Knp tlg dia berhutang n susahkan diri?
Pastu hutang tu DH setel k yg nak cerai tu,

Apa beza nak cerai nagn Sumi tentera dgn marhaen?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 21-4-2020 04:29 PM
Knp tlg dia berhutang n susahkan diri?
Pastu hutang tu DH setel k yg nak cerai tu,


Sama jah prosesnya. Cuma kena melibatkan ustaz ustazah askar . Ada prosedur., tp majority askar mmg mcm tu. Dpt duit byk sikit. Berlagak nk kawen baru. Beli motor baru. Beli kereta baru. Beli handphone baru. Hutang kwn2 buat xtau. Mcm kes sis ni lah., btw sis, ko pergi je unit laki kau. . Sudah2 la tanggung hutang demi jantan xguna tu. Silap2 nama kau pun dia xletak sebagai waris kadim.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ikut je ape pocik pristine tu suruh. Tu pun kalau kau betul2 nekad nk bercerai la. Kalau duk 50-50 baik kau pikir dulu., tp sampai bila kan ko nk terus cmtu.,,
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis Rara...

Begini..
Kita pecahkan isu ini pada 2 perkara.
Isu 1, Shuben tentera sis nak kahwin lagi satu - poligami

Isu 2, Sis nak bercerai tapi Shuben taknak lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi Isu 1 ( Shuben tentera nak poligami)

Penilaian jawapan Pokchik adalah tanpa mengambil kira Shuben tentera sis itu sama ada Tentera Darat atau Tentera Laut ataupun Tentera Udara ya....

Pokchik juga menganggap bahawa Shuben tentera sis itu adalah anggota Lain Lain Pangkat (LLP) bukan nya pegawai tentera. Penilaian ini berdasarkan sis mengatakan Shuben Tentera sis ada hutang Pernama dan juga koperasi ( tentera?).  Pegawai Tentera amat jarang berhutang di Pernama dan juga jarang berhutang di Koperasi Tentera. Pegawai Tentera jika nak berhutang pun akan ambik dgn Bank Rakyat.

Sebenarnya, TAK TIMBUL Shuben sis nak berpoligami atau nak kahwin satu lagi tanpa menceraikan sis.
Sebagai anggota lain2 pangkat - Tak akan dan Tak mungkin dapat kebenaran untuk berpoligami.
Begini la....jangan kata nak kahwin poligami - Anggota tentera bujang yang nak kahwin buat kali pertama pun melalui banyak peraturan perkhidmatan tentera untuk berkahwin.
Mula mula kena maklum pada pegawai atasan ( immediate officer)...lepas dibenarkan dan disokong, kena isi bermacam borang di pejabat agama pasukan. Lepas tu ditemuduga oleh Pegawai Agama pasukan. Kemudian borang kebenaran tu kena bawa untuk dapat kebenaran oleh Pegawai Pemerintah, sebelum Pegawai Pemerintah sain..kena temuduga dulu...kalao Pegawai Pemerintah puas hati..dia akan sain....kalau dia tak puas hati...dia tak nak sain. Kena tahu apa syarat yg tak cukup dan kena mula proses kebenaran kahwin dari pasukan dari mula.
Dan kalau Pegawai Pemerintah dah sain --- belum lagi boleh akad nikah....jauh sekali berangan nak ada tarikh nikah. Bila kebenaran kahwin dari pasukan dah dapat dan Pegawai Pemerintah dah sain borang kebenaran tu , BARU BOLEH ke pejabat Pendaftar Nikah atau Pejabat Kadhi Daerah untuk dapatkan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Nikah . Dalam borang nak kahwin oleh semua Jabatan Ugama setiap negeri dan Wilayah Persekutuan ada tercatit - Surat ( borang) Kebenaran Berkahwin dari pasukan ( bagi tentera). TANPA kebenaran ini Pejabat Ugama dan Pendaftar Nikah dimana pun tak boleh proses urusan pendaftaran nikah kahwin ini. Walaupun kenal Ketua Hakim Syarei sekalipun - perkahwinan tak boleh dilakukan selagi pengantin anggota tentera tak dapat surat kebenaran kahwin dari pasukan.

Itu bagi anggota tentera bujang, bagi anggota tentera acah nak berpoligami pula....baru nak cakap niat kat sarjan pejabat ugama ( belum jumpa pegawai agama pasukan) ..Sarjan Pejabat Agama tu dah ketawa berdekah dekah.....lepas istighafar..Sarjan tu akan cakap " lupakan lah angan angan mu itu Mat".
Pasal apa? Sebab tak akan lepas permohonan poligami tu di peringkat Pegawai Atasan ( immediate officer) apatah lagi untuk diproses oleh Pegawai Agama Pasukan.....dan jauh sangat akan diberi kebenaran oleh Pegawai Pemerintah.

Jadi Sis.....Shuben Tentera Sis TiDAK AKAN berpoligami. Gerenti!!!

Dan jika Shuben sis kahwin sindiket atau kahwin secara nikah oleh wali perempuan tanpa didaftarkan - jika didapati oleh pasukan - tindakan tatatertib ( lost seniority.....atau kena kopek pangkat dan maksima terus ditamatkan perkhidmatan atas sebab tatatertib)  Mandatori semua hukuman tu - tak boleh cerita runding.

Jadi kot mana Shuben tentera sis nak poligami? Hanya melainkan shuben tu ceraikan sis dan kahwin dengan gelpren carasnya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 06:50 AM | Show all posts
penerangan yg  bgs ni dr pacik pristine..kecuali mmg laki tt tu nak nikah senyap2 kat nun di sana..hrp2 tt bersedia..ni baru isu psl poligami utk tentera..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu ulasan isu 2 pula.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tentera yg kategori LLP mmg byk hutang. ada yg gaji bersih dlm payslip tinggal rm9.90. nangis kalau minik tau laki dorg kuat berhutang. mujur ada tolak peruntukan buat isteri. kira nafkah utk isteri yg ditolak thru payslip. kalau xde peruntukan tu... mati hidup balik tak merasa la para isteri tentera duit nafkah dari suami mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bracebintang at 27-9-2022 02:07 PM

--deleted post--
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.921774 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list