Baru-baru ini, usaha murni Ustaz Ebit Lew untuk menyalurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan dicemari dengan suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan pendakwah itu.
Selepas satu laporan polis dibuat kepada Ustaz Ebit, beliau berhenti seketika daripada membuat kerja amal.
Kredit foto: Change.org
Pelakon Sharnaaz Ahmad dikenali sebagai antara artis yang lantang bersuara dan mengeluarkan pendapat tentang pelbagai isu menyatakan sokongannya kepada Ustaz Ebit melalui video di saluran YouTubenya dan turut memberi amaran kepada pengkritik.
Menerusi video itu, Sharnaaz mengecam individu yang sebelum ini mengkritik Ustaz Ebit memuat naik foto dan video fakir miskin serta melabel perbuatan tersebut sebagai haram.
Kredit: Youtube Sharnaaz Ahmad Tv
Katanya, kerja-kerja amal dilakukan ramai pihak bergantung kepada niat dan nawaitu masing-masing. Ada yang membuat kerja amal untuk mendapat publisiti yang boleh mengarah kepada kebaikan dan ada juga untuk menaikkan produk yang dijual. Apa yang kurang disenanginya adalah kerana timbul kecaman terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja kebajikan ini.
"Hang toksah cari gaduh la musibat oi. Kalau aku yang buta perut hal agama, pergi sound dia (Ustaz Ebit) tak kenalah, sebab aku sendiri pun jahil. Sejahil-jahil aku pun aku tau apa yang dia lakukan tu ke arah kebaikan".
"Buat Ustaz Ebit, aku memang respect dekat hang! Jangan pedulikan pada musibat-musibat yang tidak puas hati. Apa yang hang buat ni ustaz, bukan setakat bangsa Melayu beragama Islam saja bangga, agama lain pun pandang tinggi dekat hang. Teruskan ustaz. Ustaz Ebit Lew, wa sayang sama lu," katanya.
Betul apa yang dikatakan Sharnaaz. Jika sesorang membuat kerja kebajikan, tidak perlu kita mengkritik dan mempersoalkan niat seseorang. Moga usaha beliau diberkati di bulan mulia ini. - CARI
Post time 27-4-2020 10:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 27-4-2020 10:07 AM
Renung2kan ya.
Kalau kat malaysia nak gantung kat celah mana pulak? Pastu berduyun plak org datang ambik.? Dengan berebut rebut lagi. Silap2 yg terlebih mampu plak ambik, yg miskin terkontang kanting. Bukan semua orang well behave so cara ni sgt x sesuai nak diprsktikkan di Malaysia.
Post time 27-4-2020 11:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tengok paki celeb crush aku cycling kat italy terus unpolo. Macamana ko kuarantin jenjalan kat italy time lockdown
Samalah UEL part tu je yang aku dok pahit sangatt
Post time 27-4-2020 12:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pentaksub ramai.
Mana boleh tegur.
Renung renungkan dan selamat beramal.
Dan jgn lupa bawa kamera ye pergi beramal tu.
And caption menangis sebak sedih adalah wajib.
Kalau tak netizen tak tau.