Semasa ke pasar, mata terpandang beberapa ekor ikan cencaru bersaiz besar. Dalam hati berkata, masak bakar sumbat sambal sedap ni.
Kami menggunakan 2 sudu besar ibu sambal yang digaul dengan hirisan bawang besar dan daun ketumbar.
Ianya kemudian disumbat kedalam 1 ekor ikan seberat 900 gm yang telah dibelah dua pada bahagian belakang. Ikan tersebut kemudian dipanggang selama kira-kira 15 hingga 20 minit.
Ikan cencaru bakar bersambal ini sungguh sedap, sesuai untuk hidangan berbuka.
|