View: 42392|Reply: 139
|
[Idea]
Lets talks Amalan untuk murah rezeki n etc
[Copy link]
|
|
Selain zikir dan sedekah yang mana kita tahu boleh memurahkan rezeki ada tak amalan u ols yang lain yang boleh buat rezeki kita murah.
Zaman pkp ni maybe kita boleh pratik kan bersama.
Salah satu contoh aku baca dari comment ig ebitlew.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Berusaha dapatkan apa yang kita nak. Kalau tak dapat jugak..ada lah nanti Allah gantikan dengan rezeki yang lain. Tubuh badan sihat dah dikira kurniaan rezeki yang besar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada org pernah tanya tentang ayat seribu dinar.
Soalan
Salam Dato’ Seri Mufti, saya sering dengar orang sebut tentang ayat seribu dinar. Boleh terangkan kepada saya?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad , ahli keluarga baginda , sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda .
Kami bawakan di sini beberapa pandangan ulama tafsir berkaitan ayat seribu dinar ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq.Firman Allah SWT:
Maksudnya:"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Talaq : 2-3)
Secara umumnya, menurut ulama tafsir Imam Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim As-Tha’labiRahimahullahu Taaladi dalam kitabnya menyebut bahawa surah ini merupakan ayat Madaniah, mempunyai 61 huruf, 247 kalimah dan 12 ayat. (Lihatal-Kasyf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Quran,9/331)
Beliau juga menyebut di dalam kitabnya akan kelebihan membaca surah ini, daripada Abi Kaab berkata Nabi bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah maka seseorang itu akan meninggal dunia di atas Sunnah Nabi .(LihatMajma’ Al-Bayan,10/36)
Hadis ini terdapat dalam kitab al-Amali al-Khamisiyah oleh al-Syajari. Pada sanadnya ada tokoh yang bernama Yusuf bin 'Atiyyah al-Soffar yang dikatakan pendusta hadis. Tetapi sebahagian ulama yang lain mengatakan hadis ini amat lemah kerana terdapatnya Sulaim al-Tamimi seperti yang disebut dalam kitab al-Wasit fi Tafsir al-Quran al-Majid.
Pandangan Ulama Tentang Maksud Ayat Ini
Mengenai ayat di dalam surah ini yang kami nyatakan di atas yang dikenali dikalangan masyarakat awam khususnya umat di Malaysia sebagai ayat seribu dinar. Terlebih dahulu kami jelaskan beberapa pandangan Ulama berkaitan maksud ayat ini.
Menurut Imam Al- TobariRahimahulahu Taaladi dalam kitab Tafsir Al-Tobari (23/43-47) menyatakan daripada Masruq bin Abdillah:
: ( :
Maksudnya: (Firman Allah SWT) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, iaitu jalan yang diketahui Allah Taala jika sekiranya ia menghendaki sesuatu maka ia akan berikan dan ia juga akan menegahnya dan firman Allah Taala yang berbunyi dan akan diberikan rezeki dari jalan yang yang tidak disangka-sangkanya : Maknanya dari jalan yang tidak diketahuinya.
Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma:
: ( ) :
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya selamat daripada setiap kesengsaran dan kesusahan di dunia dan akhirat.
Daripada Rabi’ bin Haitham Rahimahullah:
:
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya jalan daripada setiap sesuatu yang sempit ke atas manusia.
Daripada Ikrimah Rahimahullah:
:
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya barangsiapa yang menceraikan istrinya seperti mana yang telah ditetapkan dan diperintahkann Allah Taala maka bginya jalan keluar sama ada ia diberikan kemudahan untuk merujuk isterinya kembali dalam tempoh iddah ataupun memudahkn uruannyaia kembali kepada isterinya dengan mahar dan akad nikah yang baru selepas daripada berakhirnya iddah isteri (Ini bagi mereka yang menceraikan isteri talak satu dan dua)
Daripada al-Suddi Rahimahullah:
: ( ) :
Maksudnya: Pada mentafsirkan (Firman Allah Taala) “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya barangsiapa yang menceraikan isterinya secara sunnah dan merujuk isterinya juga secara sunnah.
Sebab turun ayat ini seperti dinukilkan:
: : (
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah yang bernama Auf bin Al-Asyjai’ mempunyai seorang anak lelaki dan kaum musyrikin menawan anaknya. Maka ayahnya menjumpai Rasulullah dan mengadu hal tersebut kepada baginda berkaitan anaknya yang ditawan musuh dan keadaan apa yang dihajatinya. Maka Rasulullah menyurunya agar bersabar terhadap ujian yang menimpa dan Baginda berkata kepadanya sesungguhnya Allah Taala akan memberikannya jalan keluar. Maka tidak lama selepas itu maka terlepaslah anaknya daripada tangan musuh lalu anaknya membawa beberapa ekor kambing musuh berserta harta di atasnya lalu ia bawakan kepada bapanya. Maka turunlah ayat ini.
Daripada Qatadah Rahimahullah:
: ( ) :
Maksudnya: Firman Allah Taala diberikan baginya jalan keluar: maknanya jalan keluar daripada segala perkara syubhat dan kesuahan ketika mati dan firman Allah Taala diberikan baginya rezeki daripada yang tidak disangka-sangka maknaya daripada sesuatu yang tidak disangka-sangkakan dan tidak diharapkan.
: ( ) : . .
Firman Allah Taala maknanya sesungguhnya Allah Taala menjadikan sesuatu daripada Talak, iddah dan selain daripadanya mempunyai sesuatu had dan tempoh serta kadar pengakhirannya.
Demikianlah keterangan ulama-ulama tafsir berkaitan ayat tersebut.
Menurut Tafsir Imam Fakhruddin Ar-RaziRahimahullahudi dalam kitab tafsir Ar-Razi (30/562):
Daripada Al-kalbi, beliau berkata:
:
Maksudnya: Sesiapa yang sabar di atas sesuatu musibah yang berlaku maka dijadikan Allah Taala jalan keluar daripada neraka ke syurga dan Nabi membaca ayat ini maka maknanya jalan keluar daripada syubhat dunia dan kedahsyatan mati serta daripada kesengsaraan hari akhirat.
Kebanyakan Ulama tafsir menyebut ayat ini dan selepasnya diturunkan kepada seorang sahabat Nabi yang bernama Auf bin Malik Asyjai’. Anaknya telah ditawan oleh musuh maka beliau menemui Nabi dan menceritakan keadaan anaknya yang ditawan dan mengadu kesusahan yang dihadapinya maka baginda bersabda Bertaqwalah kepada Allah dan bersabar dab perbanyakkan ucapan maka beliau pun terus melakukannya tatkala ketika mana beliau berada di rumah lalu telah datang anaknya. Anaknya telah berjaya meloloskan diri daripada musuh dengan mambawa bersamanya unta lalu dibawakan kepada ayahnya. Telah berkata pengarang Kitab Al-Kasyaf ketika mana beliau berada di rumah anaknya tiba-tiba datang anaknya lalu mengetuk pintu rumah dan membawa bersama-samanya 100 ekor unta disebabkan musuh telah terlupa akan anaknya. Anaknya berjaya melarikan diri membawa bersama-sama dengan harta yang bernilai.
Menurut tasiran Imam Al-QurtubiRahimahullahu Taaladi dalam kitab Jami’ Li Ahkam Al-Quran (18/160-162):
Daripada Nabi SAW:
Maksudnya: Bahawa apabila ditanya siapa yang mencerai dengan talaq tiga atau seribu adakah baginya jalan keluar, lantas Nabi SAW membaca ayat ini.
Daripada Ibnu Abbas, al-Sya’bi dan al-Dahhak berkata:
Maksudnya: Ayat ini merupakan khusus untuk talak iaitu sesiapa yang menceraikan isteri seperti mana yang diperintahkan Allah Taala maka baginya jalan keluar iaitu jalan untuk merujuk isterinya kembali ketika isteri di dalam iddah.
Daripada Hussain bin Fadhl berkata:
. ()
Maksudnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pada menunaikan segala kewajipan Fardhu maka akan diberikannnya jalan keluar daripada segala balasan siksa dan diberikan rezeki iaitu pahala daripada yang tidak disangka-sangka iaitu Alah Taala akan memberkati setiap apa yang diberikan kepadanya.
Daripada Sahl bin Abdillah berkata:
Maksudnya: Barangsiapayang bertqwa kepada Allah pada mengikut sunnah Nabi SAW maka akan diberikannya jalan keluar daripada balasan siksa ahli bidaah.
Daripada umar bin Usman As-Sodafi berkata:
.
Maksudnya: Barangsiapa yang bertqwa kepada Allah Taala dan menjaga segala batas-batas hukumnya dan menjauhi segala perkara maksiat maka akan dikeluarkan baginya darpad yang haram kepada yang halal, daripada kesempitan kepada kesenangan, daripada neraka kepada syurga. Lalu diberikan rezeki daripada yang tidak disangka-sangka yang mana ia tidak harapkan.
Sufyan Ibn ‘Uyainah berkata:
Maksudnya: Ia adalah keberkatan di dalam rezeki.
Ibnu Mas’ud Dan Al-Masruq telah menafsirkan ayat ini secara umum. Abu Dzar berkata Nabi telah bersabda :
- - . .
Maksudnya: Sesungguhnya aku akan mengajarkanmu satu ayat apabila diamalkan ayat tersebut maka ia sudah mencukupi bagi mereka, kemudian Nabi membaca . Maka senantiasalah aku (Abu Dzar) mengulangi dan berteruran membaca dan mengamalkan ayat tersebut.
Kebanyakan Ulama Tafsir seperti mana yang disebut Imam At-thalabi mengatakan ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat Nabi yang bernama Auf bin Malik Ashjai’. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau datang kepada Nabi lalu menceritakan keadaan anaknya yang ditawan musuh. Beliau berkata Ya Rasulallah sesungguhnya anakku ditawan musuh dan ibunya amat berdukacita dan sedih. Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah ayat ini diturunkan kepada Auf bin malik Ashjai’ yang mana pihak musuh musyrikin telah menawan anaknya yang bernama Salim. Lalu beliau telah datang menemui Rasulullah untuk mengadu kesusahan dan penderitaan yang dihadapinya. Beliau berkata Ya Rasulallah sesunguhnya anak ku telah ditawan oleh musuh dan ibunya amat sedih dan berdukacita. Apakah yang patut engkau suruh aku lakukan ya Rasulallah .Maka Rasulullah bersabda bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah dan aku memerintahkanmu dan isterimu untuk memperbanyakkan ucapan )) .Lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan berkata kepada isterinya sesungguhnya Rasulullah menyuruhku dan engkau untuk memperbanyakkan ucapan )) .Maka isterinya berkata, itu adalah sebaik-baik perkara yang diperintahkan kepada kita untuk melakukannya. Mereka berdua pun mengamalkan apa yang diperinyahkan oleh Nabi . Tidak lama daripada itu maka anaknya dapat meloloskan diri daripada musuh dan membawa bersamanya kambing-kambing musuh musyrikin lalu dibawa kepada ayahnya berjumlah 4000 ekor kambing. Maka turunlah ayat ini. Lalu Nabi memberikan keizinan bahawa kesemua binatang tersebut menjadi hak kepunyaan mereka.
Dalam riwayat yang lain mengatakan telah dibawa kepada bapanya unta berserta harta. Mereka ini adalah dikalangan fakir miskin. Berkata Al-kalbi sebanyak 50 ekor unta.
Dalam riwayat yang lain menyatakan anaknya telah meloloskan diri daripada tahanan musuh lalu menunggang bersamanya binatang unta kaum tersebut lalu dalam perjalanan ia membawa kesemua binatang unta tersebut dan ia pun membawa balik kepada ayahnya
Imam Al Muqatil berkata apabila ia telah mendapat kambing dan harta sesiinya lalu ia membawa kepada bapanya. Lalu bapnya bertanya kepada Rasulullah adakah halal untuk dimakan apa yang telah dibawa oleh anaknya itu. Lalu Rasulullah menjawab ya halal untuk dimakan. Lalu turunlah ayat .
Kesimpulan
Setelah meneliti beberapa tafsiran para ulama berkaitan ayat ini, kami mendapati bahawa:
Setiap ayat al-Quran mempunyai kelebihan yang tertentu. Konsep taqwa dan tawakkal yang terdapat di dalam ayat ini membawa pengertian mendalam dan perlu diamal serta dihayati bersama.Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala seribu dinar bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal. Bahkan Allah SWT akan mengurniakan baginya ganjaran yang lebih daripada seribu dinar jika setiap amalan itu disertakan dengan taqwa, berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya:Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah:261)
Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman dan penghayatan bersama.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kongsi amalan aku utk murah rezeki kat thread SAPURA.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nah.. Aku malas taip balik.. Amalan aku simple saja.. Selain tu bagi kucing makan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Try buat sayyidul istighfar mmg rezeki murah sehari buat 40x.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab masa pkp ni...hakak banyak masa..baca Quran ayat berikut,
Selepas solat:-
Subuh - Surah Al Waqiah
Dhuha - Surah Ar Rahman
Maghrib - Surah Yasin
Isyak - Surah Al Mulk
Hakak rasa lebih tenang jiwa (tak panic anymore) setakat ni duit cukup untuk semua perbelanjaan...semuanya dipermudahkan..Alhamdulillah
Memula nampak berat nak baca, but lelama ok, quran nowadays dengan sume tanda baca dan tajwid sangat membantu...
Since puasa hakak tadarus selepas zohor
Semoga bermanfaat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
senyum selalu..
hati kena tenang..gembira..
sentiasa rasa syukur dan berlapang dada apa yg ada..
cakap yang baik2..doa yg baik2..dan berada dikalangan mereka yg baik2 juga..
as usual yg biasa, sedekah..baca quran..doa kepada ibu bapa..
saya amalkan juga doa elak malas dan settle hutang..seribu dinar..
surah al Insyirah dalam solat
murah rezeki tak semesti dalam bentuk kewangan..
kadang rasa kehidupan ni sentiasa cukup..pun dah kira murah rezeki..
yg penting jangan ada hasad dengki pada kehidupan org lain... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-4-2020 02:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 29-4-2020 09:28 AM
Nah.. Aku malas taip balik.. Amalan aku simple saja.. Selain tu bagi kucing makan.
Yang ni senang sikit. In sya allah will cuba. |
|
|
|
|
|
|
|
marla69 replied at 29-4-2020 02:02 PM
Yang ni senang sikit. In sya allah will cuba.
Ni aku buat masa mula2 arwah tok aku meninggal dan aku ada 5 hinggit saja dlm acc bank..Alhamdulillah.. Rezeki aku tak putus2..mcm air sungai.. Lps late aunty tan aku jaga 9 bulan meninggal.. Aku kosong 3 hari.. Lps tu jaga seorg oku.. Lps tu cuti 2 minggu.. Dan dpt jaga seorg lagi aunty cina.. Aku jaga late aunty ni 20 hari dia meninggal.. Aku balik alor setar seminggu...dpt jaga tok yg aku jaga la ni.. Dah nak masuk 3 tahun dah jaga dia...
Jadi amal la.. Aku ambik pun dari carigold asalnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
marla69 replied at 29-4-2020 02:02 PM
Yang ni senang sikit. In sya allah will cuba.
Ni aku buat masa mula2 arwah tok aku meninggal dan aku ada 5 hinggit saja dlm acc bank..Alhamdulillah.. Rezeki aku tak putus2..mcm air sungai.. Lps late aunty tan aku jaga 9 bulan meninggal.. Aku kosong 3 hari.. Lps tu jaga seorg oku.. Lps tu cuti 2 minggu.. Dan dpt jaga seorg lagi aunty cina.. Aku jaga late aunty ni 20 hari dia meninggal.. Aku balik alor setar seminggu...dpt jaga tok yg aku jaga la ni.. Dah nak masuk 3 tahun dah jaga dia...
Jadi amal la.. Aku ambik pun dari carigold asalnya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-4-2020 02:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 29-4-2020 02:08 PM
Ni aku buat masa mula2 arwah tok aku meninggal dan aku ada 5 hinggit saja dlm acc bank..Alhamdulil ...
Ko mmg sabar iye jaga org tua. Mmg dulu kerja nurse ker haper. Kat miri ni nak cari org susah tuk jaga org tua. Honestly aku tak tahu lah nak cakap apa.. Iye lah zaman ni zaman susah kan.. Anak dua org lepas grade degree.. Sorg baru jer kerja.. Gaji lam 2500. Sorg aritu interbiew polis sebab covid interbiew tergantung. Ada dua interbiew lagi nak lalu. Then adik aku anak 3 dah 6 bulan tak kerja.. As yg sulung sikit sebanyak kena tlg juga lah kan. Then parent ku plak... Harus lah nak dipantau mkn minum mereka.. Yg kerja just my hubby.. Ni pun.. Aku kasihan kan hubby.. Kesian kat sendiri... End of the day to some i have to say No..tapi tu ler.... Cakap No.. Org kata kita gitu gini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
marla69 replied at 29-4-2020 02:20 PM
Ko mmg sabar iye jaga org tua. Mmg dulu kerja nurse ker haper. Kat miri ni nak cari org susah tu ...
Tak la.. Dulu aku admin.. Hahahahaha.. Asal nak cari duit sambil2 apply balik kerja lama dan juga utk hilangkan kesedihan selepas arwah tok meninggal.. Tapi mmg rezeki aku dalam bidang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 29-4-2020 09:28 AM
Nah.. Aku malas taip balik.. Amalan aku simple saja.. Selain tu bagi kucing makan.
aku kan sarah kucing ntah sapa punya suka bebenau lepak kat depan..kdg kat blkang umah aku. kdang lepas dok siang ikan tu..aku bg lah makan makan. tgk lah mkn apa yg ada dok ngiau2 kan. kadang lepak tidur. hari2 dok sapu bulu diorg. tapi tu lah..membuang pulak sudah tu. dah jadi satu kerja aku dok membasuh najis tu hah.
tp musim mco ni mcm x nampak pulak kucing2 tu..takkan lockdown gak. ikut perintah betul ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 29-4-2020 04:56 PM
aku kan sarah kucing ntah sapa punya suka bebenau lepak kat depan..kdg kat blkang umah aku. kdang ...
Cuba pesan kat depa.. Jangan la bagi kotor rumah ni.. Aku bagi makan.. Jaga la rumah bagi bersih.. Kalau semua benda yg bersifat buruk.. Aku hari2 ckp mcm tu.. X ada taik kucing |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 29-4-2020 04:59 PM
Cuba pesan kat depa.. Jangan la bagi kotor rumah ni.. Aku bagi makan.. Jaga la rumah bagi bersih.. ...
kadang cakap gak ngn kucing..dok belai2 kan...time diorg lepak2 golek2 badan tu..allah..comel sesangat tgk..hehe. tp bila takde mood..naik angin gak aku. kang aku marah..esok datang balik ngiau..ngiau buat muka kesian. terus aku lupa pasal kes dia membuang tu hah..mmm... |
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 29-4-2020 05:04 PM
kadang cakap gak ngn kucing..dok belai2 kan...time diorg lepak2 golek2 badan tu..allah..comel sesa ...
Rumah tok ni.. Ada byk ular tedung...sebab ada sungai dan sawah dekat2 sini.. Selalu aku pesan.. Jaga rumah ni. Halau ular atau semua benda yg tak elok dari masuk ke rumah ni.. Doakan tok dan keluarga dia murah rezeki.. Doakan gak gaji aku naik.. Boleh la beli makanan mahai2 utk angpa.. Hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
waa besar pahala jaga org tua yg sakit ni.mungkin ini lah salah 1 sbb murah rezeki.
insha Allah cuba amalkan tips2 kat atas tu. TQ
|
|
|
|
|
|
|
|
kikihana replied at 29-4-2020 08:24 PM
waa besar pahala jaga org tua yg sakit ni.mungkin ini lah salah 1 sbb murah rezeki.
insha Allah c ...
Tak tau la.. Aku cari rezeki dgn jaga org sakit.
Yg zikir tu.. insyaallah akan dimakbulkan.
Kalau sakit pun.. Boleh amal baca ya Latiff kat tempat sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|