CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8804|Reply: 59

[Tempatan] Biasiswa NASA: Azhar Ali akhirnya beri penjelasan, mohon orang berhenti kata buk

[Copy link]
Post time 3-5-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 3-5-2020 05:32 PM

KUALA LUMPUR: : Kisah luar biasa ini mendapat perhatian beberapa hari lalu.

Ia mengenai kebijaksanaan seorang anak muda berusia 20 tahun dari Malaysia yang mendapat perhatian daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

Kisahnya, dia 'berjaya' terpilih menerima biasiswa daripada NASA.

Lebih teruja, Muhammad Azhar Ali mendakwa dia dimaklumkan oleh pegawai NASA telah berjaya melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.

Ini merupakan kisah kegembiraan dan penuh rahmat bagi seluruh rakyat Malaysia yang sudah dua bulan berduka dengan serangan pandemik COVID-19.

Kata Muhammad Azhar, berita gembira itu disampaikan Rene A Holland, pegawai kanan sumber manusia dari NASA melalui e-mel menggunakan domain rasmi nasa.gov.

Perkongsian kali pertama ciapan itu meraih rasa kagum dan bangga ramai rakyat Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, tingginya cita-cita Muhammad Azhar untuk meneroka angkasa yang penuh misteri ternyata masih belum dapat direalisasikan dalam realiti masa kini.

Dalam ciapan terbaharunya di twitter hari ini, Muhammad Azhar akhirnya membuka mulut membuat pengakuan bahawa dia adalah mangsa penipuan oleh ‘scammer’.

Dalam siri ciapan itu, Muhammad Azhar berkata, dia memang menyertai sebuah pertandingan mereka pakaian angkasawan, anjuran NASA di bawah program Artemis, pada 20 Mac lepas dan menerima satu e-mel mengatakan markah beliau antara 1 peratus teratas dari keseluruhan tiga juta penyertaan.

“Dua perkara berlaku - orang mula menyampaikan ucapan tahniah kepada saya, dan ada di antara mereka yang mula memeriksa keabsahan capaian yang disertakan dalam email itu. Terima kasih, anda semua hero saya.

“Dalam e-mel itu ada disertakan capaian kepada satu portal, di mana saya boleh memuat naik foto peribadi, dan ini merupakan indikasi pertama saya mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mangsa ‘scam’. Jadi saya melakukan tangkapan skrin untuk anda lihat sendiri,” katanya lagi.

Menurut Muhammad Azhar lagi, dalam masa sama, dia juga telah menerima satu lagi e-mel, yang mendakwa mereka dari National University of Singapore (NUS), tetapi kiriman itu tidak menggunakan domain NUS.

Cara kiriman tersebut membuatkan dia mula merasakan itu satu lagi indikasi ‘scam’.

“Di atas peluang ini, saya memohon agar semua orang berhenti membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai diri saya.

“Saya merupakan seorang pelajar, dan saya sedang menuju ke puncak karier saya. Saya telah menerima banyak tawaran dari institusi bereputasi tinggi dari luar negara, dan saya memohon kepada rakyat Malaysia untuk tidak membawa risiko kepada karier saya di masa akan datang, ekoran isu ini,” kata anak muda itu sambil bertegas dia  sama sekali tidak akan memohon maaf kerana menjadi mangsa ‘scam’.

Ciapan Azhar itu mendapat perhatian Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin, yang merasakan, apa yang terjadi pada Muhammad Azhar perlu menjadi pengajaran untuk seluruh rakyat mengenai kepentingan membuat semakan fakta sebelum berkongsi sesuatu perkara di laman media sosial.

“Pujian yang anda terima membawa maksud ramai sebenarnya ingin melihat anak muda Malaysia berjaya. Jangan berputus asa. Apa jua orang cakap, terus berusaha mencapai impian,” kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi.

Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan is free.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde gambar yg lain ke. Gambar satu ni aje yg keluar. Iols suspect he's bipolar. Sebab tu self-esteem tinggi dan macam serba tahu. Kena bawa jumpa doktor ni utk further assessment.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak fahamlah..so tak dptlah scholarship tu kan? Menang ke tak, ke kena scam je?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 07:58 PM | Show all posts
cilaker toi budak ni
dah mmg ko yg scammer , ko kata org pulak scam ko
choyyy

sib baik akak tak ucap tahniyah kat thread sebelah tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 07:58 PM | Show all posts
nazzse replied at 3-5-2020 06:16 PM
Tak fahamlah..so tak dptlah scholarship tu kan? Menang ke tak, ke kena scam je?

At the first place, competition yg dia masuk tu pon sebenarnya open untuk US citizen jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat thread sblh aku dah ucap tahniah
Kat thread ni pun nak ucap tahniah jg la kerana berjaya mempopularkan diri di peringkat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 08:18 PM | Show all posts
syadq replied at 3-5-2020 07:58 PM
At the first place, competition yg dia masuk tu pon sebenarnya open untuk US citizen jah.

ahahhahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2020 08:34 PM | Show all posts
MEOLS FLIP TELEKUNG JAH SIS...WHYBOTHER3X....yihhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 3-5-2020 08:05 PM
Kat thread sblh aku dah ucap tahniah
Kat thread ni pun nak ucap tahniah jg la kerana berjaya mempop ...


Boleh buat ig review tambah pendapatan sebab satu malaysia dah kenal
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:47 AM | Show all posts
x tahu nak komen apa, itu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 4-5-2020 12:47 AM
x tahu nak komen apa, itu sahaja

Me too..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe boleh tag team dgn ramilah begum..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 7doors at 4-5-2020 06:39 AM
nazzse replied at 3-5-2020 06:16 PM
Tak fahamlah..so tak dptlah scholarship tu kan? Menang ke tak, ke kena scam je?


Biasiswa tu xda kaitan dgn U.S NASA pun...tapi short form biasiswa tu NASA ..hanya untuk citizen singapore yg undergrad..course yang budak ni claimed pun xda dalam NUS...kesimpulannya budak ni menipu dia yang scammer
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi apa budak ni nak capai sbnarnya? Motif menipu sampai tahap ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
7doors replied at 3-5-2020 10:36 PM
Biasiswa tu xda kaitan dgn U.S NASA pun...tapi short form biasiswa tu NASA ..hanya untuk ci ...

Oo muda2 dah jadi scammer. Sedihnya hidup heols, sanggup rosakkan masa depan sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2020 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap like.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-5-2020 11:32 PM
Boleh buat ig review tambah pendapatan sebab satu malaysia dah kenal

Nak buat ig review pun ada ke yg caya ckp dia...kuat propa!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian adik ni... napa la buat kerja gini? Apa yg dia dapat? Last2 malu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
7doors replied at 4-5-2020 06:36 AM
Biasiswa tu xda kaitan dgn U.S NASA pun...tapi short form biasiswa tu NASA ..hanya untuk ci ...

Penipuan heols terlalu rumit dan byk :
1. Betul ke masuk competition? Mana suitnya? Bila pegi ke US htr suit utk dinilai sehingga dpt highest score?
2. Emel dari NASA meragukan
3. Info grafik pun meragukan
4. Gambar copy paste kat web NASA
5. Surat twrn dr NUS. (NASA yg xde kaitan dgn NASA pun)
6. Subjek yg tertulis kat NUS xde ditawarkan
7. Baru ditawarkan biasiswa tp dh confirm jd citzen saintis?
8. Cebisan thesis didapati plagiat dr sebuah blog
9. Tetiba hina cabang sains lain
10. Dll

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list