Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
90041
View
274
Reply

AMWAY -- Everything abt AMWAY

[Copy link]

Author: Juju       Show all posts   Read mode

myway This user has been deleted
Post time 6-11-2004 11:39 PM | Show all posts

KUNCI KE ARAH ORGANISASI YANG DINAMIK

Apakah rahsia membina dan mengekalkan sesebuah organisasi yang aktif?  Jawapannya terletak dalam dua patah perkataan: Penajaan Bertanggungjawab.

Penajaan bertanggungjawab tidak bererti membina perniagaan untuk pengedar bawahan anda sahaja tetapi menyediakan alat-alat yang mereka perlukan untuk membina perniagaan mereka.  Untuk memberi anda beberapa idea, seseorang penaja bertanggungjawab patut melakukan perkara yang berikut:

1  Pastikan borang SA88 dilengkapkan dengan betul dan dikemukakan
    kepada Amway dengan segera, supaya pengedar baru boleh memulakan
    perniagaan dengan memesan produk dan membaca Kit Perniagaan
    Amway.

2. Pastikan Kit Perniagaan Amway tersedia untuk pengedar baru anda.
    Dengan cara ini, anda boleh memulakan mereka serta-merta dan tidak
    hanya menunggu ketibaan kit itu.

3. Buatlah sesi latihan dalam masa 48 jam selepas penyertaan seseorang itu.
    Dalam sesi ini, semak semua fakta penting dalam Manual Perniagaan dan
    Panduan Penjualan Produk.  Bantu mereka menyediakan senarai prospek,
    impian dan matlamat serta jawab sebarang soalan yang mereka ada
    mengenai produk, syarikat atau peluang.

4. Hubungi anggota baru kumpulan anda pada setiap minggu untuk 30 hari
    pertama. Jangan telefon dan tanya sekiranya mereka telah menjual
    barang atau mendapatkan peserta baru.  Sebaliknya, telefon untuk
    mengetahui sekiranya mereka ada pertanyaan atau bantuan yang
    diperlukan.

5. Anda haruslah mudah dihubungi pada masa-masa tertentu siang ataupun
    malam.  Lebih mudah anda didekati, semakin tinggi keinginan Pengedar
    anda untuk membuat perhubungan baru.

6. Kepimpinan melalui teladan.  Bersikap aktif.  Pengedar bawahan anda akan
    melihat anda dan mengikut apa yang anda lakukan.  Setakat memberitahu
    mereka apa yang patut dilakukan tidaklah memadai.  Jangan
    bersikap "cakap tak serupa bikin" dan pimpinlah melalui teladan.

7. Bertanggungjawablah terhadap Pengedar baru anda.  Jika mereka
    berusaha hargailah mereka dengan meluangkan masa anda untuk
    mereka.  Bekalkan mereka dengan pengetahuan dan alat yang perlu
    untuk berjaya.  Wang adalah penggerak sebenar - sebaik sahaja mereka
    menerima beberapa bayaran bonus pertama, barangkali mereka akan
    berusaha sendiri.  Ini akan memberi anda lebih banyak masa untuk bekerja
    dengan sesetengah Pengedar baru yang lain.  Namun, jangan pula lupa
    pemimpin anda.  Walaupun mereka berjaya melakukkannya, mereka masih
    memerlukan pengiktirafan juga.

Penajaan bertanggungjawab akan menghasilkan jaringan kerja yang setia dan dinamik. Sikap penajaan bertanggunjawab ini akan dicontohi oleh pengedar bawahan anda dengan mereka sendiri menjadi penaja yang bertanggungjawab pula.  Lama kelamaan, ia akan mengurangkan pusing ganti secara dramatik dan meningkatkan kadar keaktifan pengedar organisasi anda.

DICETAK SEMULA DENGAN KEBENARAN AMWAY (MALAYSIA) SDN BHD
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 12:04 PM | Show all posts
Aku bukanlah nak provoke atau nak memburuk-burukkan AMWAY ni.... Cuma dah ada platform yang sesuai untuk aku ceritakan pengalaman manis dan pahit aku sewaktu bersama-sama dengan Amway.... Aku harap pendedahan aku ni taklah disalah anggap... kalau boleh dijadikan panduan dan tauladan kepada ahli-ahli Amway sedia ada ataupun yang baru hendak berjinak-jinak dengan Amway.....


DO YOU HAVE A DREAM?...... Soalan itulah yang pertama sekali aku kena tanya oleh orang yang mulanya aku tidak kenali..... Pas tu dia kenalkan dirinya sebagai seorang LAWYER....

Pas tu dia aturkan satu pertemuan... Business Overview Lebih kurang cam tu.... Pas tu dia cerita dari A hingga Z.. tentang impian, passive income, parable pipeline, network21, Robert Kiyosaki etc..... Bestla jugak aku dengar.... Motivated la jugak.... Pas tu barulah dia bagitau nama company tu.... AMWAYYYYYYY!!!!!!.... Siap kena tepuk tangan lagi oleh ahli Amway yang lain.. Aku dengan new prospect yang lain pun terpaksalah tepuk tangan.... Pas tu aku tanya soalan... Dia tak jawap, dia suruh aku balik rumah dulu.... tenangkan fikiran katanya.... :stp: Ni yang aku lemah ni..... Dah tak boleh tanya la pulak.... (Rupanya ni semua telah dirancang... Dan terdapat dalam script network21)...

Hari-hari seterusnya bermulalah episod ngeri dalam hidup aku dan keluarga aku.... Aku tak kata it's happened in general... aku anggap ianya menjadi mimpi ngeri aku dan keluarga aku saja....

Bermulalah bagaimana kehidupan aku mula diganggu oleh leader Amway ni.... Bermulalah episod bagaimana aku dipaksa untuk datang seminar setiap minggu... (Kalau kat tempat aku, tiap hari selasa)... Dah la rumah aku jauh dari tempat seminar tu.... Kena pulak bayar RM5.00 untuk ikut seminar... Dalam seminar tu aku tengok ramai orang (pelbagai peringkat).. sampai bekas lecturer aku pun aku nampak.... Itu aku tak kisah sangatlah.... Tapi bila aku disyaratkan untuk pergi tiap-tiap hari selasa, aku dah mula risau... Lebih merisaukan lagi apabila aku kena paksa pulak buat home meeting.... Tu yang aku pening sikit tu.... Mula-mula dulu bagitau business ni tak memerlukan komitmen tinggi, masapun very limited... Ni bila dah join lain pulak ceritanya...:stp:...

Pas tu... pengalaman aku tambah parah!!!!.... For the first time aku buat home meeting.. aku terpaksa berbelanja almost RM100 untuk makan minum.... Itu aku tak kisah sangat, pasal yang datang tu pun semua kawan-kawan aku.... TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII..... Yang aku kisah sangat... ialah bila aku kena marah.... pasal syarat untuk buat home meeting adalah kena beli produk Amway untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamu aku.... Kena beli kek Amway, Minuman Amway.... Kalau ada tisu Amway, Tisu Amway sekali kena beli.....

Pas tu.. bla-bla-bla habis business preview... kawan-kawan aku pun balik... Pas tu buat review. Dalam review tu teruk aku kena tegur... Daripada minuman, makanan Amway.. hinggalah parking kereta aku pun kena tegur... Dia cakap... parking kereta yang depan rumah tu hendaklah diberi kepada mereka time business preview.... Pas tu anak aku pulak la kena tegur, dia cakap don't let my child playing around during the business preview.. Please minimize interuption .. Itu yang PU*IMAK sangat tu.... Korang ingat rumah ni rumah Amway ke?.. Korang ingat anak aku tu ahli Amway ker?... Biasaklah anak umur 1 tahun setengah....Korang kena sedar.. korang tu dah lah pendatang kat dalam rumah aku, so pandai-pandailah bawak diri...

Pas tu next next day... muncullah pula soal core.. itula... inila..... Dan last-last aku pula kena suruh beli produk yang mereka telah beli dijadikan stok (dalam rumah ribu-ribu produk ada wooo. pasal dorang nak kejar 21% bonus dan pangkat)....

So.. aku syak ada something worng.... aku dan isteri akupun mulala check this Amway profile... kat internet etc... Aku dapati company ni taklah seperti yang dijangkakan... Aku baca kat US kompeni ni teruk... terpaksa tukar nama, pas tu declare pula yang kompeni baru tu tidak ada kaitan dengan Amway... padahal telah terbukti tu kompeni Amway cuma nama berbeza... pas tu isu passive income pun adala jugak... dorang kata Roberti kiyosaki tu dah passive income.. tapi tiap kali ceramah, minta bayar itu ini... Itu yang pelik tu.. Pas tu kalau dapat apssive income boleh duduk rilek kat rumah.. padahal kalau dapat passive income la kena kerja lagi kuat.. takut orang bawah tak jalan....

So aku ambik keputusan untuk berhenti jadi agen Amway... bukannya aku benci dengan Amway... Bagi aku apalah gunanya Kebebasan kewangan, kalau maruah tergadai... Apalah gunanya Kebebasan Kewangan... Kalau Kebebasan Diri Dan keluarga Terpaksa Aku Gadaikan....

So Abis Cerita....

nota kaki

Baru-baru ni ada sorang leader Amway hubungi aku.. aku bagitaulah yang aku sudah jadi ahli under si polan bte si polan... Terus leader tu ketawakan aku.... Dia suh aku terminate keahlian dan register balik under dia.... Aku tak tahulah sama ni juga sudah ada dalam script Amway....













Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 26-11-2004 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by all4rez at 26-11-2004 12:04:
Aku bukanlah nak provoke atau nak memburuk-burukkan AMWAY ni.... Cuma dah ada platform yang sesuai untuk aku ceritakan pengalaman manis dan pahit aku sewaktu bers ...


Tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. :solute::solute: Saya bersimpati jugak dengan saudara suami isteri, tapi nak buat macam mana, dah nasib terjumpa dengan distributor yang macam tu.  Kalau tak silap saya Network21 ni asalnya dari Australia, dan kebanyakan pengedarnya adalah golongan professional.  Saya tak nak komen sebab saya tak pernah join group ni.

Walau macam mana pun, tak semua pengedar Amway macam tu, hanya segelintir sahaja...dan bergantung kepada kumpulan masing-masing.  Ramai pemimpin Melayu yang berjaya yang saudara boleh jadikan contoh, misalnya Double Diamond Abang Tajuin dan Kak Nun, Double Diamond Abang Hamid dan Kak Nisah, Executive Diamond Abang Ramly Abu Bakar dan Kak Nortini, Diamond Direct Dr Aziz dan Kak Saleha, Diamond Direct Dr Ali Azman dan Dr Rohana, Diamond Direct Abang Salleh dan Kak Zainab, Emerald Direct Dr Norazmi dan Dr Siti dan terlalu ramai lagilah leaders Melayu yang berjaya dalam Amway yang bukan dari kumpulan Network21.

Kalau sudi cubalah dengar CD perkongsian seorang doktor pakar Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Diamond Direct Dr Ali Azman dan Dr Rohana yang memang dah kaya raya, punya bungalow house, pakai BMW, pakai Rolex watch, every year bercuti ke luar negara... tapi buat keputusan untuk buat perniagaan Amway.  Kenapa???

Saya tak pasti dah berapa lama saudara menjadi pengedar Amway... cuma pada pendapat saya sesuatu perkara yang baru tu, tak akan dapat kita pelajari dalam masa yang singkatkan... betul tak?? contohnya, proses pembelajaran kita di sekolah, dari tadika, darjah 1 - 6, form 1 - form 5 hingga masuk kolej dan U pun makan masa lebih kurang 20 tahun baru boleh makan gaji... betul tak...itupun.... kalau ada orang nak amik kita jadi pekerja...lol:lolBila campur tolak balik pelaburan wang dan masa yg dihabiskan oleh orang tua dan kita sendiri,  agak-agaknya berbaloi tak dengan gaji yang dibayar oleh majikan kepada kita. Hutang PTPTN lagi???lol:lol  

Macam tu juga dengan perniagaan Amway ni... namanya pun perniagaan kan...lagilah macam-macam yang kita kena belajar, tapi bila dah faham dan nampak dia punya potential.... fuh... rasanya tak cukup masa yang 24 jam tu, apa cabaran yang datang pun kita tak heran.  Contohnya hari Rabu 24 Nov hari tu, saya join seminar yang dianjurkan oleh Amway, terdapat sepasang suami isteri Sapphire Direct, pasangan Datuk dan Datin (bukan title yg dibeli tau), ada 12 Syarikat, memang dah kaya, buat "bodoh-bodoh" bisnes Amway ni... Kenapa?? Sebab mereka nampak potential yang ada dalam perniagaan Amway.. Kena pergi meeting jugak, tepuk-tepuk, buat "bodoh-bodoh".  Datuk ni pernah share, dia tak pandang Amway ni sebelah mata pun, sebab bisnes dia lagi hebat. Tapi bila dia dapat peluang berjumpa dan melawat kediaman Tripple Crown Ambassador Nakajima (Amway Japan) di Jepun, (yg bestnya Datuk ni pandai cakap Jepun coz study kat sana) barulah dia buka mata hati dan minda beliau untuk buat perniagaan ni.. because of the POTENTIAL.:solute::solute::solute:

Apa pun, tahniah sekali lagi kerana sudi berkongsi pengalaman yg pahit...(bila dah melalui yang pahit tentunya ada yang manis...:bgrin

Sekiranya saudara ingin meneruskan perniagaan ini, pilihlah pemimpin yang telah lama berjaya untuk membimbing saudara, kerana ianya adalah satu pilihan, dan sekiranya saudara tidak mahu meneruskan perniagaan ini ianya juga adalah satu pilihan.  Masa depan kita ditentukan oleh diri kita sendiri.

Kepada yang baru nak mengenal dunia Amway, nasihat saya, ambil masa,  kenalilah dahulu latar belakang dan syarikat Amway (Malaysia) Sdn Bhd. Siapa pemegang sahamnya, diiktiraf oleh syariah tak??? kukuh tak syarikat ni... 5 tahun akan datang ni wujud lagi tak syarikat ni kat Malaysia, potensinya macam mana, hangat-hangat tahi ayam je ke?? produknya macam mana, lebih kurang kat kedai runcit Pak Din, Ah Seng atau Doraisamy je ke?? bagus sangat ke produknye ni...betul ke ramai yang dah berjaya dalam perniagaan Amway ni??? macam tak caya je... boleh buat dan boleh kaya ke dengan Amway ni??? semua tu kena tanya dan cari jawapannya dulu... bila dah puas hati dan dapat bukti dan yang penting percaya... barulah tanya diri sendiri... patut tak aku cuba perniagaan Amway ni??? bila dah buat keputusan nak cuba, buatlah dan ikutlah pemimpin yang berjaya... barulah boleh berjaya...

Gunakanlah hak kita sebagai manusia untuk menilai yang mana baik dan tidak baik untuk masa depan kita sendiri.   Kita bertanggungjawab menentukan jenis masa depan yang bagaimana yang kita mahukan dan bukannya orang lain.

Dan nasihat saya kepada rakan-rakan pengedar di dalam dunia Amway (termasuk diri saya sendiri) marilah....berusahalah dengan bersungguh-sungguh dengan semangat yang waja, jitu dan kental.... belajar dan terus belajar, praktikkan dengan beretika, naikkan maruah pengedar Melayu didalam perniagaan Amway ini dan jangan lupa ingatlah dan selalulah minta pertolongan dari Allah.  Jumpa anda di puncak kejayaan.


Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar
Reply

Use magic Report

ikankalui This user has been deleted
Post time 27-11-2004 09:38 AM | Show all posts
Yezerrrrr...Go Myway..Go!!!!
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 27-11-2004 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by ikankalui at 27-11-2004 09:38:
Yezerrrrr...Go Myway..Go!!!!


:ah::ah::ah:Terima kasih dan alhamdulillah:pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2004 07:35 AM | Show all posts
myway

Thank you 4 the explanation...good information indeed :clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2004 02:28 PM | Show all posts
Untuk pengetahuan korang, pengedar Amway memperoleh 2 punca pendapatan, iaitu active income dan gak passive income. Active income bermaksud income yang didapati bila korang buat kerja... income tu akan stop kalau korang stop kerja... dan satu lagi ialah passive income...

Active income nie diperolehi daripada aktiviti jual beli oleh pengedar Amway. Secara kasar, basic income pengedar ialah 25% daripada jumlah jualan dalam sebulan plus performance bonus yang mengikut jumlah Performance Value (PV). Passive income lak diperolehi hasil daripada komisen yang dibayar oleh Amway kepada pengedar yang menaja downline yang membentuk kumpulan downline seterusnya. Sorry la, aku nie tak berapa pandai nak explain sikit...

Anyway, kalau ada di antara korang yang dok kat sekitar area JB yang berminat untuk jadik pengedar Amway, korang PM aku dan kita akan buat appointment kat ner aku akan terangkan secara detail pasal Amway business plan kepada korang, okey...?
Reply

Use magic Report

ayn This user has been deleted
Post time 8-12-2004 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by rizo at 25-9-2004 01:40 PM:
kenapa pilih amway? kan ada banayk lagi mlm yg seangkatan ngan dia mcm cni, luxor, zhulian and etc

pernah kah mereka digelar KING OF MLM?
atau
TAI KO dlm DIRECT SALE?

jangan biar diri di mislead oleh mereka....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2004 10:05 PM | Show all posts
Memang ada banyak MLM yang aada kat Malaysia nie, tapi Amway nie ialah the best MLM sebab performance dier dalam semua part especially kewangan, kualiti produk, latihan dan support untuk distributor dan gak after-sales support adalah excellent dan terbukti. That's why Amway adalah satu-satunya syarikat MLM yang cuma perlu renew lesen direct-selling dengan KPDNHEP 3 tahun sekali sedangkan company lain kena renew lesen diorang setiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2004 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by myway at 2004-8-10 08:08 PM:
betul tu ayn..nak share info sikit.. actually join mlm ni boleh menambahkan pendapatan.. tapi pilihlah company yang betul-betul kukuh... 10tahun atau 20 tahun akan datang masih ujud lagi.. cthnya A ...

So kau nie distriutor Amway gak ker...? Yoroshiku onegai shimasu... [translation: sila tunjuk ajar...]:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2004 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by ayn at 2004-12-8 08:40 PM:

pernah kah mereka digelar KING OF MLM?
atau
TAI KO dlm DIRECT SALE?

jangan biar diri di mislead oleh mereka....:bgrin:



lollollollollol
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2004 12:27 PM | Show all posts
Well guys.... sebelum korang join Amway, aku cuma nasihatkan satu perkara... Jangan join Amway pasal kagum dengan engineer, lawyer, doctor yang ada dalam Amway.... Amway selalunya manipulate perkara ni dengan berkata "Tengoklah si anu tu, dia engineer tapi masih join Amway'.... So dengan cara tersebut lah kita yang kuli batak ni akan join... Padahal mereka-mereka tu dibayar komisyen dengan title yang mereka cagarkan kepada Amway..... Macam kes aku la jugak "She's a lawyer, She will be our DD (Direct Distributor)... So akupun bersemangatlah jugak... Tapi sekali check punya check, patutlah dia join Amway. pasal tiada klien yang nak dapatkan khidmat guaman dia... Lawyer tak laku la katakan... So dengan Amway, dia dibayar komisyen dengan title lawyer yang dia gunakan untuk mempengaruhi orang ramai.

Kedua.. check dan survet abis-abisan!!!... Kaji jugak latar belakang Amway di dalam malaysia dan luar Malaysia.... Banyak yang boleh dimanafaatkan... Yang mana akhirnya boleh dijadikan sempadan...

Jangan jadi macam aku.. join baru buat kajian... Dah join barulah aku tau segalanya...  Silap aku jugak, So untuk kebaikan bersama, aku nasihatkan kepada diri aku dan juga forumer yang lain... Agar tidak membuat kesilapan seperti yang telah aku buat....

Antara artikel yang boleh dijadikan rujukan...

http://www.cocs.com/jhoagland/

Penulis tersebut telah disaman oleh Amway... tapi gagal.. kerana fakta yang diberikan semuanya adalah tepat.... So korang fikirkan je laaaa...

Tapi sebelum buka website tu .. tolong baca ayat yang aku copy, paste and bold ni...

Warning!!!!!........

WARNING! This site presents facts, opinions, and other information that is critical of the Amway business. There are things on this site that the Amway Corporation, its distributors, Quixtar (its "sister company"), and Alticor (its parent company) would prefer you not know. If you are easily offended by such information (or your upline would not allow you to view it), please click your browser's 'back' button now so you do not expose yourself to this critical information. Otherwise, please continue..



Antara tulisan yang menarik ....
___________________________
According to sources who have worked with some Diamonds, many items shown in the pictures are completely fraudulent. A number of the cars were leased or even borrowed- instead of owned. In one case, the big home behind the Diamond was actually the house he had just sold, but the picture implied that the house was his. Boats and motor homes may be rented for the photo shoots as well. Why go to these lengths for a few pictures or a video? The fabulous lifestyle shown in the pictures will lend more credibility to the Amway business- "If all these people are making money, then it must be a good business."
____________________________

If you were to go to any of the meetings, you would probably hear the chant, "I'm going diamond, how 'bout you?". Everyone is chanting this, but in reality, 99.99% of those people will not "go diamond;" in fact, 99.18% of those people won't even "go direct." Will you be one of those people that does manage to "go diamond?" Yes, there is a chance that with enough hard work and determination, you could be the next Diamond Distributor. But, chances are more likely that you'll not become a Diamond.

_____________________________


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2004 12:32 PM | Show all posts
notes...

semenjak dua menjak ni.. aku telah menerima beberapa private message dari forumer yang aku percayai sebagai ahli Amway.. terima kasih atas cacian tersebut..

Cuma aku nak nyatakan di sini, aku bukannya anti Amway, aku juga ahli Amway.. aku tulis semua tu pasal aku nak nasihatkan diri aku, dan prospek-prospek baru Amway... agar buat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk join kompeni ni... Jangan terlalu fokuskan pada Passive Income.... Diamond and so on...


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2004 12:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2004 06:03 PM | Show all posts
my DD cuma housewife je. ;)
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 16-12-2004 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 8-12-2004 22:11:

So kau nie distriutor Amway gak ker...? Yoroshiku onegai shimasu... [translation: sila tunjuk ajar...]:tq::tq::tq:



Yelah Squall-Leonhart, kita sekapal...lol:lol nak minta tunjuk ajar yang macam mana tu??
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 16-12-2004 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by Juju at 7-12-2004 07:35:
myway

Thank you 4 the explanation...good information indeed :clap::clap::clap:



Terima kasih kembali :lol :lol :lol
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 16-12-2004 01:51 AM | Show all posts
all4rez.. kalau dah merajuk dan tak suka tu.. pujuklah cara mana pun, ish.... takkan dilayannya, tak nampak dah yg elok dan manis-manis, tapi takpe, nanti...kalau habis semua orang buat Amway, sape pulak nak jadi engineer ker, lawyer ker, ahli musik ker... ye tak?:bgrin:
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 16-12-2004 02:11 AM | Show all posts
ayn, pada pendapat peribadi sayalah, gelaran tak penting, yg penting bagi saya ialah latar belakang sesuatu syarikat, potensi perniagaan utk bersaing secara global, keutuhan dan kekukuhannya dan bnyk lagi... ganjaran salah satu drpdnya. Tapi yg paling penting ialah diri saya sendiri, apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang yg ingin saya capai dlm bisnes ini. "There is only one success - to be able to spend your life in your own way", setiap manusia kan mempunyai matlamat yg berbeza-beza, & pilihan juga pasti berbeza...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2004 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by myway at 2004-12-16 01:51 AM:
.kalau habis semua orang buat Amway, sape pulak nak jadi engineer ker, lawyer ker, ahli musik ker... ye tak?



:hmm:... ye laaaa.. I agree with you :clap:

:dia:Jadi kepada engineer ker, lawyer ker, ahli musik ker yang dah tak laku tu... Bolehlah join Amway....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079520s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list