CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Juju

AMWAY -- Everything abt AMWAY

[Copy link]
dinbeeb This user has been deleted
Post time 17-1-2005 12:01 AM | Show all posts
Amway susah kot utk orang Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


myway This user has been deleted
Post time 17-1-2005 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by dinbeeb at 17-1-2005 00:01:
Amway susah kot utk orang Melayu.



bukan Amway je, semuanya susah utk org Melayu... tak ada yang senang, sebab org melayu tak ada daya saing, no will power, nak cepat kaya tapi malas usaha, sentiasa takut gagal, takut nak mencuba, takut segala-galanya..
Amway untuk org yang ingin berubah dari segala segi... untuk orang yg berani melaburkan masa, untuk orang yang berani berimpian besar, utk orang yang rajin berusaha, untuk orang yg berani bersaing, untuk orang yg berani merebut peluang, untuk orang yang berani berkerja keras, untuk orang yang sabar, untuk orang yang ingin belajar, untuk orang yang berani bertahan, untuk orang yang berani berdepan dan menghadapi cabaran dan banyak lagi.....  Kalau anda tidak ada itu semua, jangan sekali-kali mencuba perniagaan Amway... Anda tidak layak...

[ Last edited by myway on 17-1-2005 at 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by myway at 17-1-2005 12:48 PM:



bukan Amway je, semuanya susah utk org Melayu... tak ada yang senang, sebab org melayu tak ada daya saing, no will power, nak cepat kaya tapi malas usaha, sentiasa takut gagal, takut nak menc ...



my way, ari tu group kaler apa?
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 18-1-2005 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by duyong95 at 17-1-2005 14:37:



my way, ari tu group kaler apa?



Warna Purple
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by myway at 18-1-2005 12:50 PM:



Warna Purple



ooo....kita warna kuning
Reply

Use magic Report

dinbeeb This user has been deleted
Post time 18-1-2005 04:59 PM | Show all posts
MENTOR mesti ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2005 06:43 PM | Show all posts

Kutuk Bangsa sendiri memang sedap...

To me.. i memang kritik bangsa sendiri, tapi tidak menafikan banyak kekuatan bangsa kita sendiri. Kenapa ramai yang tak berjaya diAmway tidak boleh jadi kayu pengukur untuk kaum Melayu.

Dipasaran kita sedia maklum, penerimaan kaum cina terhadap produk 'Made in USA' amatlah tinggi. Manakala, dalam hati setiap Muslim terdapat benci yang mendalam terhadap US kerana apa yang berlaku didunia adalah perkara yang semua orang tahu. Apatah lagi jikalau segalanya datang secara langsung dari sana!! Mungkin saudara rasa semua ini tidak releven, tapi bagi majoriti Muslim imej negetif Amerika menyembelih orang2 Islam dengan tiket Demokrasi adalah satu kenyataan yang jelas. This is the world you got to live in right now.

Di banyak syarikat lain, ramai Jutawan Melayu terhasil, kerana mereka berjaya mengaplikasikan strategi pemasaran yang menambat hati orang melayu. Amway seperti organisasi besar lain mempunyai kelemahan yang sama, semakin besar semakin banyak birokrasi, semakin kaku, perubahan dasar memerlukan persetujuan banyak pihak atasan, layer by layer. By the time they agree with it, bak kata pepatah 'Nasi Dah Jadi Bubur'.

At this level Amway is consumer focus, strategi ini adalah satu-satunya cara mereka boleh bersaing, dari segi Pelan Pemasaran... syarikat lain dah berevolusi jauh lebih menarik. Strategi consumer focus akan terus mengukuhkan top leader di US... Sampai sekarang, muka itulah juga Crown Amberseddor... mungkin dalam 10tahun kebelakang ini adalah penambahan 1 atau 2 muka baru walaupun sales Amway begitu besar di seluruh dunia!!

Jadi bagi yang baru sahaja ingin bermula.. betulah kata sesetengah forumer di sini 'Bagai Mendaki Tiang Licin'. Saya pula ingin menambah... orang sekarang dah naik kapalterbang tapi ada yang masih.. bersemangat, tabah, berusaha sedaya upaya, tanpa putus asa... naik BASIKAL!

Anyway, masing2 ada pendapat masing2.. be happy ok! (sambil naik basikal)

[ Last edited by anis710 on 18-1-2005 at 06:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 11:42 AM | Show all posts
Sebenarnya semua terletak kepada diri dan kemahuan diri sendiri.. Selagi bangsa melayu tak mahu mengubah mentaliti dan attitude dalam perniagaan MLM apa sekalipun... sampai bila pun tak akan ke mana..

Amway dah menyediakan:
- Syarikat yang kukuh (top 100 listed company yang menentukan indeks
  komposit KLSE, top 5 in last year KPMG list etc...),
- Produk yang excellent
- Marketing plan yang kukuh

... masalahnya pengedar2 melayu Amway ni masih tak nak mengambil kesempatan.. Mengikut kajian 60% pengguna produk Amway adalah melayu so ke mana perginya pengedar2 Amway......

...tapi tak dapat dinafikan juga mengikut kajian kita menghadapi masalah dari segi memajukan diri dalam Amway ni disebabkan 2 faktor utama:
1. Nak menyedarkan bangsa melayu untuk menceburi bidang perniagaan adalah
   satu anjakan paradigma yang besar. Tak kira perniagaan apa sekalipun. Bangsa
   kita lebih comfort makan gaji...
2. Kita sentiasa dimomokkan dengan anti-Amerika.... anti-yahudi...padahal
   kebanyakan teknologi yang ada pada hari ini dipelopori oleh bangsa ni.
   Kapalterbang, computer, ...bla bla..... teknologi siapa....?

Just my personal opinion.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


myway This user has been deleted
Post time 25-1-2005 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 25-1-2005 11:42:
Sebenarnya semua terletak kepada diri dan kemahuan diri sendiri.. Selagi bangsa melayu tak mahu mengubah mentaliti dan attitude dalam perniagaan MLM apa sekalipun... sampai bila pun tak akan ke man ...




setuju 300%, kita hanya pandai memboikot tapi sumbangan????? habuk pun takde?  kita hanya menang sorak tapi action takde
Reply

Use magic Report

myway This user has been deleted
Post time 25-1-2005 07:42 PM | Show all posts
Kawan2 yg aktif dlm Amway; 24 January 2005 lepas saya baru menamatkan program ACES anjuran Amway Malaysia Sdn Bhd di Sheraton Subang.  Pengalaman yg paling berharga buat peserta ialah berkongsi pengalaman dengan Executive Diamond Alan Tay dan Crown Ambassador Peter Lee. Walaupun dah mencapai Crown Ambassador tapi dia masih menetapkan matlamat untuk qualify Double Crown Ambassador pada January 2006. Sesiapa yang belum menyertai program ni jumpalah upline anda @ Diamond anda untuk join program yg Amway buat khas untuk distributor Melayu.

Penceramah jemputan semuanya terdiri dari Diamond2 Cina yg dah berjaya dan kita berkongsi segala2nya daripada mereka. Sebab nak tahu rahsia kejayaan mereka dalam membuat bisnes Amway ni bukan senang. Bayaran hanya RM40 seorang (untuk makan). Rebutlah peluang ini dan sama2lah kita mengubah carta orang Melayu dlm perniagaan antarabangsa ini. Sekarang saya merasakan perniagaan ini sebagai satu tanggungjawab yg besar untuk menaikkan martabat orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by myway at 25-1-2005 07:42 PM:
Kawan2 yg aktif dlm Amway; 24 January 2005 lepas saya baru menamatkan program ACES anjuran Amway Malaysia Sdn Bhd di Sheraton Subang.  Pengalaman yg paling berharga buat peserta ialah berkongsi pen ...




la ko pegi jugak ke ACES tu?  aku siap salam ngan Crown Ambassador Peter Lee Pang Seng.....ambik berkat....;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 01:53 PM | Show all posts
Dare to dream....
Dare to fail....

eh... aku pun joint jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 06:50 PM | Show all posts

Sekadar Pandangan je...

Aku pernah kata, cinta itu buta, dan dalam MLM hal yg sama berlaku, macam orang tengah bercinta, semuanya baik belaka, walaupun orang kata tak baik tapi kita tetap jadikannya baik.

Ada ungkapan "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri china", kenapa baginda berkata negeri china, sebab beginda tahu banyak imu pengetahuan dan ciptaan terbaru berputik dari sana. Dan hari ini, satu persatu dibuktikan bahawa banyak perkara sebenarnya bukan orang putih yang cipta tetapi telah dicipta oleh masyarakat lain ribuan tahun terdahulu! Bila dah ada ciptaan, kita guna untuk kehidupan, kita belajar sebagai pedoman, tak semestinya kita harus sanjung bangsa yg mencipta sehingga tinggi mengunung.

Amway adalah singkatan kepada American Way..jangan salahkan masyarakat melayu kerana tidak menyokong... jangan salahkan juga mereka yg hendak boikot. Masing2 ada pilihan dan produk Amway boleh diganti dengan produk lain yang setanding atau lebih hebat yang kini banyak dipasaran... in satu fakta yang kita semua tahu. Jika hati dah tak suka dengan imej buruk Amerika sekarang, masing2 berhak memilih bagaimana hendak bertindak bagi pihak diri sendiri.

Bak kat orang.. sekecil2 iman kalau tak dapat dilakukan dengan tangan, dgn lidah, tak dapat lidah... dengan hati. Tapi kalau hati pun tak dapat... payahlah nak cerita. Kalau apa yang mereka buat di Palastine, Iraq, Acheh (ExxonMobile case) dan seluruh umat islam di dunia langsung tidak menyentuh hati kita, Sehingga kita memperlekehkan orang lain yang tersentuh hatinya, maka sukar digambarkan katogeri mana harus diletakkan golongan sebegini.

Apa bila orang memboikot.. maksudnya mereka bertindak. bukanya duduk diam tidak buat apa seperti yg saudara perkatakan. Banyak syarikat  AS yang terkena kesannya, contohnya Coka Cola di middle east terjejas teruk... di Malaysia tidak ketara walaupun ada yang boikot. Syarikat yang ada kaitan langsung dengan yahudi akan menjadi sasaran mereka yang geram ini.

So nasihat saya kepada Ahli Melayu Amway yang segolongannya (tak semua) suka sangat mengutuk bangsa sendiri kerana tidak berjaya di Amway, sila buka minda, ubah 'paradigma', lihat dari skop yg lebuh luas, sebenarnya sangat ramai peniaga MLM Melayu yang telah mencapai status Jutawan di Malaysia ni, cuma di Amway hal ini mungkin masih ditunggu2. Kenapa ya.

Bukan salah sesiapa, tetapi begitulah keadaannya dunia sekarang. Amway is a good company. Cuma polisi luar Amerika menyukarkan semua rakyatnya berniaga di negara2 islam yang masih ada sedikit kekuatan dalam keimanan rakyatnya.

I sendiri ada produk dari US dalam rangkaian, memang sukar meyakin kan sesetengah sahabat yang anti-Amerika. Penolakan sahabat saya tu tak pula saya jadikan alasan untuk mengutuknya.. tetapi saya hormat pendiriannya.

Sekain. Wasallam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 04:56 PM | Show all posts
... kebanyakan jutawan-jutawan MLM melayu dari syarikat lain pernah menjadi ahli Amway ataupun bekas ahli Amway... Soalnya kenapa mereka boleh berjaya di syarikat lain...? Rezeki....?  Usaha...?

AMWAY ADALAH UNTUK ORANG-ORANG YANG TERPILIH.... THE CHOOSEN ONE.... ONLY FOR THE STRONG.......!! ....that's it.

[ Last edited by blackpurple on 28-1-2005 at 09:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 27-1-2005 04:56 PM:
... kebanyakan jutawan-jutawan MLM melayu dari syarikat lain pernah menjadi ahli Amway ataupun bekas ahli Amway... Soalnya kenapa mereka boleh berjaya di syarikat lain...? Rezeki....?  Usaha...?

...


Fact is... Kebanyakan mereka bukan sahaja pernah menyertai Amway tetapi juga berpuluh2 syarikat MLM lain. That is a norm in Malaysia, being among the most active MLM market in the world. It does not proof anything about any company they join before.

Hey this kind of dialoq is fun, I really enjoy it. Allow us to learn from each other.

Cheers.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 09:29 AM | Show all posts
Dunia Amway melayu kehilangan seorang Diamond Amway yang berkaliber, berpotensi dan idola semua pengedar Amway melayu khasnya...... Pagi semalam (Khamis 29 Jan), Dr Rohana (Dr. Ali Azman) telah kembali ke rahmatullah.... Kehilangan beliau memang amat dirasai khasnya di kalangan pengedar Amway dibawah binbingan beliau, yang pernah mendapat bimbingan mahupun yang pernah mengikuti seminar-seminar beliau.....

Takziah diucapkan kepada Dr Ali Azman sekeluarga. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, soleh dan solehah... Alfatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
Post time 28-1-2005 12:11 PM | Show all posts
sis anis, MLM apa yg u join sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2005 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 28-1-2005 09:29 AM:
Dunia Amway melayu kehilangan seorang Diamond Amway yang berkaliber, berpotensi dan idola semua pengedar Amway melayu khasnya...... Pagi semalam (Khamis 29 Jan), Dr Rohana (Dr. Ali Azman) telah kem ...



i pun terkejut dengar.  itu pun i call my DD and she was at arwah's hse.  apa sakitnya ya?
Reply

Use magic Report

dinbeeb This user has been deleted
Post time 29-1-2005 11:39 PM | Show all posts
Takziah ke atas ahli-ahli amway di atas pemergian Diamond Dr Rohana.

Buat mlm jangan lupa JATIDIRI Melayu.
Reply

Use magic Report

happilly This user has been deleted
Post time 30-1-2005 09:57 PM | Show all posts
mmm,bapa saya telah membuat amway lebih daripada 10tahun,tetapi ada juga dapat untungnya tetapi tak banyak!Lagi kena tipu dengan DD nya yang mengambil semua bonus nya!Dahulu,bonus semua pergi kat DD dulu baru dapat kat down line....
Bukan nak kata Amway,orang amway memang semangat kalau di bandingkan dengan MLM lain!Amway keahliannya kena re new every year...
Selepas tu bapa saya buat DXN!!!! DXN lagi menguntungkan!!!Plan marketingnya lebih mudah dan lebih senang jika di bandingkan dengan amway!Dan product lebih murah!!
Kalau tak percaya, check saja website DXN

www.dxn2u.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068725 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list