CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3445|Reply: 44

[Tempatan] Speaker Terima Usul Tak Percaya Dr M Ke Atas Muhyiddin

 Close [Copy link]
Post time 8-5-2020 02:42 PM | Show all posts |Read mode



Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menerima usul Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mohamad Ariff telah membalas notis yang dihantar Mahathir, dengan memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

"...usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Perkara 27 (3) menyatakan bahwa setiap pemberitahuan perlu disampaikan tidak kurang dari 14 hari terlebih dahulu kecuali jika atas nama menteri maka memadailah pemberitahuan dikeluarkan tujuh hari sahaja.

Ia juga menyatakan jika speaker berpuas hati dengan sesuatu notis itu "setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu."



agaimanapun, tidak jelas usul tidak yakin perdana menteri berkenaan akan dibahaskan pada sidang 18 Mei ini atau pada sidang Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu telah mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Bagaimanapun berbeza daripada biasa, sidang tersebut hanya berlangsung selama sehari. Ia juga hanya akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan saja.

Tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas akan diadakan.

Usul kekal speaker ke akhir penggal

Terdahulu, dilaporkan Dr Mahathir telah menghantar surat kepada Mohamad Arif pada 4 Mei mendakwa Muhyiddin tidak ada sokongan majoriti anggota parlimen.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan permohonannya untuk mengemukakan usul supaya mengekalkan Mohamad Ariff sebagai speaker sehingga ke akhir penggal.

Usul ini juga turut ditolak Mohamad Ariff.

Notis yang ditolak speaker ini menyusuli usaha Anggota Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk mengemukakan usul percaya kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, pejabat Dewan Rakyat telah menjawab bahawa usul tersebut melanggar Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua gila
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:47 PM | Show all posts
apa yang dikejar dalam usia 95 tahun. segala-galanya dah ada. kekayaan, harta, kesihatan, nama.  kenapa la masih x puas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper byk benang utk topik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 8-5-2020 02:44 PM
Org tua gila

doa die mampus bleh tak?
ulama gak yg pergi dulu bkn org jahat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya sikit, kat office kerajaan dah pasang gambar Muhyiddin (Perdana Menteri) ke? Takut baru nak pasang bertukar pulak PM. Kaya la kedai buat frame.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2020 02:53 PM | Show all posts
ni yg dia kata nk tlg melayu?
ni yg dia takut sgt X nak tgk melayu pecah belah?


bullsh1t org tua ni.......
mujur 22 thn sblom ni dia memerintah without kuasa soc-med dan internet
(yg ujung2 tu x kira)

kalo bertukar tampuk kerajaan ke PH, abis....rakyat dah x hirau dah COVID19 ka wabak ka apa ka,
Rakyat turun mmg wat huru hara la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:54 PM | Show all posts
Ler...... cerita dia lagi.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh orang tu ni, cukup2 lah tu. Rakyat lun dah meluat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak mod cantumkn thread yg sama maksud ni....semak la baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shafie apdal ada hantar surat kt speaker dewan ni, minta usul lbh kurang sama cam atok ni...

tp speaker dewan reject dgn alasan pie ni pertikaian keputusan YDPA..
siap nyatakan akta apa ntah (sorry tak ingat)...

so how come speaker dewan ni accept the propose frm atok??? it is the same as what it was propose frm pie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:59 PM | Show all posts
Dah tu kenapa pegi resign dulu....??? Cakap aje la nak bg position tu kat anak ko... Fedup aku dgn drama set2 kertu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 8-5-2020 02:56 PM
hahahahaha

So apa prediksi ko Dak? Adakah Abah Mahiaddin akan kena checkmate?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 8-5-2020 02:58 PM
shafie apdal ada hantar surat kt speaker dewan ni, minta usul lbh kurang sama cam atok ni...

tp s ...

Pie proposed UNDI PERCAYA KPD ATOK, bukan UNDI X PERCAYA KAT ABAH MAHIADDIN

Undi percaya tu utk PM bleh la bkn utk ATOK
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun ni dah x waras ke. ...asyik gila pasal kuasa saja...bukan nak membantu kerajaan sekarang dlm menangani covid dan masalah rakyat....

Syukur sangat PH dan Tun jatuh dulu. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Seboleh2nya nak juga secure tmpt utk anak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 03:04 PM | Show all posts
Katakanlah undi tak percaya lebih majoriti. Muhyidin kemudia letak jawatan.

lepas tu? Nak pilih bung nuar ke tun?


Mau PRU15 tgh-tgh covid ni nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 03:04 PM | Show all posts
aint replied at 8-5-2020 02:58 PM
shafie apdal ada hantar surat kt speaker dewan ni, minta usul lbh kurang sama cam atok ni...

tp s ...

Hero kena datang kemudian.. biasanya skrip movie begitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 03:08 PM | Show all posts
politik tanpa sempadan pemikiran waras.

24 jam hidup dan mati hanya bertuhankan politik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.156680 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list