CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3845|Reply: 30

[Tempatan] COVID-19: Kluster tapak pembinaan di Setia Alam

[Copy link]
Post time 9-5-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://kpkesihatan.com/2020/05/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia

KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAM

KKM ingin memaklumkan satu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam.

Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta. Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga (3) kes disahkan positif COVID-19 daripada 5 orang pekerja yang telah disaring. Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan. Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19. Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh. Sembilan (9) kes pula didapati negatif dan tujuh (7) kes masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So, apa yg akan Kerajaan buat?

Ni macam dah ramai sangat cluster pembinaan ni muncul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 9-5-2020 05:46 PM
So, apa yg akan Kerajaan buat?

Ni macam dah ramai sangat cluster pembinaan ni muncul..

Ni la tunggu PM buat announcement. Bila taktau la. Expected sebenarnya makin banyak cluster ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
And the plot thickens...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-5-2020 09:47 AM
Ni la tunggu PM buat announcement. Bila taktau la. Expected sebenarnya makin banyak cluster ni.

Ada baiknya jmsemua yg nak comoany kerja tu wat saringan covid. Termasuklah yg dah buka dari PKP 1.

Cluster pak guard, cluster pembinaan..

Tau jumlah 2 digit tiap2 hari. Tapi aku rasa kena buat balik PKP..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 9-5-2020 05:51 PM
Ada baiknya jmsemua yg nak comoany kerja tu wat saringan covid. Termasuklah yg dah buka dari PKP 1 ...

Ya, mmg patut pun PKP balik. Awal2 lagi KJ dah cakap PKP kena berterusan sampai reda wabak, tapi jemin beria sgt nak buka industri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Prob w foreigner workers ni dorg mmg pengotor sejak azali.. Duduk ramai2 baju xbasuh sebulan pon ok je.. Mana xsenang berjangkit. Dorg nk pki duit sendiri beli penutup muka mmg jauh sekali la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe peratus sembuh tinggi. Tpi ada org tu fitnah ni konspirasi kerajaan..x bayeeek ckp cmtu!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:11 PM | Show all posts
syabas... now kluster bangla kat mesia..hahahaha... tgk je la singapore...so fikirkan la....masih nak buka lagi PKP???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 9-5-2020 08:07 PM
Xpe peratus sembuh tinggi. Tpi ada org tu fitnah ni konspirasi kerajaan..x bayeeek ckp cmtu!

Sapa cakap tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-5-2020 08:15 PM
Sapa cakap tu?

Si blast off tu laaa.. @blastoff kau yg ckp kkm kuarantin rame2 tu kheeeeen..yg negatif jdi positif!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-5-2020 08:15 PM
Sapa cakap tu?

Ada tred dia bukok..kt pge first isu semasa.. Esmiria ada komen dlm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 9-5-2020 08:19 PM
Si blast off tu laaa.. @blastoff kau yg ckp kkm kuarantin rame2 tu kheeeeen..yg negatif jdi positi ...

Hurm... Tak baik fitnah gitu. Seeloknya pegi volunteer sekali untuk tengok keadaan, baru cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penularan Covid-19 boleh 'meletup' jika PKP ditamatkan

BY RAJA NORAINA RAJA RAHIM
9 MAY 2020 AT 17.00

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sudah pun di fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

Tempoh PKP yang berlanjutan hampir dua bulan itu dianggap masih belum cukup untuk mengawal penularan wabak dalam komuniti.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penelitian semasa terhadap kadar penularan wabak di Malaysia ketika ini menyaksikan dua daripada 1,000 individu yang disaring disahkan positif Covid-19 iaitu 0.2 peratus.

Berikutan itu, beliau menjangkakan, penularan Covid-19 akan 'meletup' dan mencetuskan kluster baharu sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan PKP serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Apa berlaku sekarang ini selepas kelonggaran diberikan, kita ada kluster baharu seperti pekerja kilang di Pedas, pekerja tapak pembinaan dan pengawal keselamatan di pasar raya.

"Kluster ini akan timbul ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku penularan berskala besar seperti kluster perhimpunan Masjid Seri Petaling.

"Kes jangkitan baharu akan sentiasa ada. Rakyat Malaysia perlu bersedia kerana sesiapa sahaja boleh jadi pembawa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, sebarang syor terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan berhubung penamatan atau sambungan PKPB adalah berdasarkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini.

Sama ada PKP dilanjutkan atau sebaliknya, Sazaly berkata, kerajaan perlu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan melebihi 300 orang dalam satu masa dan perlu dipatuhi semua pihak.

"Kalau lepas ini dibenarkan solat di masjid, mungkin jemaah tidak boleh ramai.

"Ia mengambil kira kadar penularan wabak antara 0.1 sehingga 0.2 peratus iaitu jika ada 500 orang bermakna akan ada seorang positif. Oleh itu, kita tidak boleh ada lebih daripada jumlah itu untuk elak jangkitan.

"Masyarakat juga perlu sentiasa amalkan kebersihan diri termasuk menggunakan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman. Sebolehnya elak berada di tempat ramai seperti pasar raya dan sebagainya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/576463/penularan-covid-19-boleh-meletup-jika-pkp-ditamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:36 PM | Show all posts
aireen24 replied at 9-5-2020 05:51 PM
Ada baiknya jmsemua yg nak comoany kerja tu wat saringan covid. Termasuklah yg dah buka dari PKP 1 ...

Kluster pembinaan baru ni pun jadi tahu selepas mereka buat saringan di hospital swasta sebelum mula kerja katanya.  Peranan majikan untuk memastikan semua perkerja pembinaan mereka disaring boleh elak penularan berterusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Btul i ckp, kita akn jd mcm singapore. Sektor yg melibatkan warga asing pulak byk dah bukak. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni jadi bila MITI approved, slowly akan ada banyak clavister yang muncul
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 9-5-2020 05:51 PM
Ada baiknya jmsemua yg nak comoany kerja tu wat saringan covid. Termasuklah yg dah buka dari PKP 1 ...

Nk tau xkenapa jd? Sbb sektor2 ni byk yg xbuat saringan masa apply dgn MITI dlu. Apply lepas tu lulus mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-5-2020 08:24 PM
Penularan Covid-19 boleh 'meletup' jika PKP ditamatkan

BY RAJA NORAINA RAJA RAHIM

Xpe..pocik sabri doh kabo..kerajaan bersedia untuk tangani kalau kes bnyok..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062680 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list