Pembeli wanita di Dubai terkejut fon telinga Airpods bersaiz gergasi yang disifatkan sama besar dengan kepalanya selepas beli ‘online’. (Gambar Twitter)Kuasa membeli di atas tangan pengguna maka tidak hairanlah jika mampu membeli apa sahaja tanpa mengambil kira realiti barang itu.Malah menjadi trending ketika ini pembelian atas talian yang semakin popular berbanding keluar membeli sendiri tambahan pula dengan situasi dunia ketika ini yang dibelenggu wabak Covid-19.
Dengan hanya di hujung jari sahaja menggunakan telefon dan internet apa yang anda ingin mampu dimiliki.
Namun, sebagai pengguna kita haruslah berhati-hati untuk membeli secara atas talian memandangkan produk itu tidak boleh dilihat secara nyata.
Baru-baru ini seorang pembeli wanita di Dubai terkejut apabila barang yang diterimanya jauh berbeza seperti yang ditempah.
Dikenali sebagai Zay di Twitter, dia membeli fon telinga Airpods.
Namun, dia menerima Airpods bersaiz gergasi yang disifatkan sama besar dengan kepalanya.
Malah, ada yang turut berjenaka, menyamakan produk itu seperti pengering rambut.
“Airpods untuk gajah agaknya.
“Adakah kamu order saiz yang betul?
“Adakah kamu bergurau? Mereka hasilkan untuk gergasi juga?” soal beberapa netizen di Twitter.