CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12719|Reply: 181

[Tempatan] Abg Posmen Kecewa Bonus takde walaupun parcel bertimbun

  [Copy link]
Post time 18-5-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-5-2020 08:09 AM

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 1 April 2020 yang lalu, selain frontliners abang posmen adalah ‘wira’ kepada rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, sepanjang rakyat Malaysia stay at home, pasti ringan sahaja tangan untuk membeli secara dalam talian. Sepanjang PKP ini, volume parcel yang diterima syarikat pengeposan termasuklah Pos Malaysia naik berlipat kali ganda.

Setiap hari rakyat Malaysia menantikan abang posmen dengan penuh debaran dan tersenyum lebar apabila mereka tiba di hadapan rumah.

Namun, berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Masakan Utara Barat, beliau sangat bersimpati dengan nasib seorang abang posmen yang sangat kecewa kerana tiada bonus khas untuk mereka Aidilfitri ini walaupun jumlah parcel yang mereka perlu hantar tahun ini bertambah berbanding tahun lalu


"Ya Allah sedihnya,ni bukan cerita rekaan tapi cerita betul,tadi lepas abg Posmen ni selesai hantar surat dan barang yg aku beli online tu,ada org call dia,lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun,masa tu tengah hujan lebat,aku tengok muka dia memang nampak sedih sgat,aku segan nak tanya sebab aku ingat dia baru putus cinta ka apa kan,so aku suruh adik aku tanya dia kenapa muka nampak sedih,mulanya dia kata x ada apa-apa lah,bila ditanya dua tiga kali akhirnya dia jawab,dia kata kawan dia call tadi bagitau tahun ni dorang x ada bonus,katanya x pernah lagi jadi macam ni,tahun lepas dapat jugak RM1000 tapi tahun ni x dapat langsung,dia kata dah lah kerja makin banyak tapi bonus pulak x ada,dia cakap dalam keadaan sebak dan meleleh jugak air mata jantan dia,dia kata dia sgat berharap dapat bonus tu,dia nak kena tanggung family dia sebab ayah dia dah meninggal 3 tahun lepas,nak bayar hutang motor,rumah sewa dan macam lagi,gaji dia RM1k lebih ja,aku nak tanya pihak Pos Malaysia Berhad dan Poslaju Malaysia ,betulkah tahun ini tiada bonus? Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat? Bila barang semakin banyak bermakna untung semakin banyak,lagipun minyak dah semakin murah kan? Kenapa x boleh bagi bonus pada staff kamu? Sepatutnya kena bagi lebih dari tahun lepas bukannya langsung x bagi,jangan jadikan corvid-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus pada staff kamu,kalau x kerana corvid-19 dan PKP takkan lah korang nak dapat pelanggan ramai sampai berkali-kali ganda kan? Saya harap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen di Malaysia ini,kesiankanlah mereka wira barisan hadapan yg tidak didendang"

Perkongsian yang ditulis malam semalam ini telah menerima lebih 12,000 komen dan lebih 14,000 perkongsian (setakat artikel ini ditulis) yang rata-rata bersimpati dengan nasib abang posmen yang sentiasa kerja keras setiap hari menjalankan amanah yang diberi.

Majoriti netizen berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana Pos Malaysia pasti ‘buat duit’ dengan kebanyakan penduduk Malaysia membeli belah dari rumah dan peniaga menggunakan servis Pos Malaysia sepanjang PKP ini.

Namun pada masa yang sama, ada juga individu yang menerangkan situasi getir yang sedang dihadapi pihak Pos Malaysia. Menurut Mohd Azhan , syarikat Pos Malaysia mengalami kerugian hampir setiap tahun dan apa yang dikecapi sepanjang PKP ini mungkin hanya dapat dirasai tahun hadapan kerana keuntungan seminggu dua tidak cukup untuk beri ‘bonus’ kepada pekerja.

Buat masa ini, Pos Malaysia tidak membuat sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini. Apa pun, diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik bagi menghilangkan kegusaran yang melanda para pekerja pos yang tanpa henti bekerja sepanjang PKP ini.

Lambakan parcel sewaktu PKP menyebabkan Pos Laju tawar kerja dengan komisyen cecah RM6,000 untuk sesiapa yang berminat menjadi ‘rakan pos’ mereka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 01:22 AM | Show all posts
Pada saya tiada salahnya pihak Pos Malaysia untuk berikan insentif kepada front liner mereka, tanpa mereka sudah tentu Pos Malaysia akan lumpuh. Semoga dipermudahkan segala urusan posmen-posmen di seluruh Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha company mulayu isele naya pekerja melayu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2020 01:23 AM
Haha company mulayu isele naya pekerja melayu sendiri

Kau buat akak tergelak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada kerja kan
Masih dapat gaji kannn

Merungut merungut
Punya laaa ramai org hilang kerja masa pkp ni
Berenti je kalau asyik nak merungut sbb beribu lagi manusia tgh cari kerja skrg

Menyampah i kalau kt fb tu asyik baca pasal mereka2 yg bekerja dapat gaji masa pkp ni merungut tak abes2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 18-5-2020 01:37 AM

Poslaju tak bayar bonus.. Mmg aku suruh seller aku beli barang guna courier lain.. Maybe aku order x byr.. Tapi sebulan kos pos dekat 60 juga sbb gila shopping aku.

Aku buat kira2 semula based pembelian aku bulan lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kalau syarikat macam pos malaysia, ktmb yang orang melayu pegang mesti dia tak untung walhal semua orang tau servis dia sangat ramai orang guna? Mismanagement? Tanya je sebab kesian dengan staff2 dia yang rajin. Yang tak rajin padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pasa at 18-5-2020 01:43 AM
fofuler replied at 18-5-2020 01:29 AM
Kenapa kalau syarikat macam pos malaysia, ktmb yang orang melayu pegang mesti dia tak untung walhal  ...


Ktmb sekali beli train Baper bilion. Tu pun Kerajaan PH pergi cancel tren komputer nak beli.

Bila makin besar company makin tinggi liabiliti.

Nak Tanya time PKP MCO ni ramai ke org naik komputer gi keje?

Igt pos laju je ke ad servis kurier dekat malaysia, FedEx, gdex, jtm, City link dll tu belum kurier overseas EMS nye charge services.

Lain la pos laju tu mcm TNB bznes monopoli.

Kalau pos laju nak utg selalu buat la pos laju je blh meniaga, kurier yg Lain2 tu sila meninggal baru la pos laju mantul bayar bonus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
macam tipu je tak untung..
cuba check yang management tu gaji bonus berapa..
tak masuk lagi increment tiap tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-5-2020 01:28 AM
Poslaju tak bayar bonus.. Mmg aku suruh seller aku beli barang guna courier lain.. Maybe aku order x ...

Courier cina selet letteww
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2020 01:50 AM
Courier cina selet letteww

Mula dah meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-5-2020 01:51 AM
Mula dah meroyan..

Semakin terpelanting Bmf ang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sitisitu25 at 18-5-2020 01:57 AM

Financial year co abam posmen bila? Co aku pon thn ni dpt..thn dpn xtau lg..bonus yg dpt thn ni hasil performance thn lepas..covid tak covid thn ni..co da declared sales green thn lepas..kne la bg ye dok??..thn dpn maybe xdpt la..alasan covid gituu..

Utk thn ni..thn dpn la br tau dpt ke idok..abam posmen thn keje smpi keras..tggu la thn dpn apa cerita..tu pon ikut la financial year co abam posmen mcm mana..
Lg 1, da nama pon keje dgn org..objective penubuhan sykt pon xpnh sebut every year target derang nk maximise kan gaji staff or bg bonus..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2020 01:52 AM
Semakin terpelanting Bmf ang

Sapa kata terpelanting.. Yg menyalak kata terpelanting tu la kepanasan sebenarnya dgn BMF.

Jadi sapa sekarang menyalak kata sokong aku pada BMF terpelanting?

Aku ka.. Atau ang yg tengah menyalak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-5-2020 01:55 AM
Sapa kata terpelanting.. Yg menyalak kata terpelanting tu la kepanasan sebenarnya dgn BMF.

Jad ...

Ikon Bmf mamak Jakel dah tak lagi diakui mulayu oleh lobaicai semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2020 01:58 AM
Ikon Bmf mamak Jakel dah tak lagi diakui mulayu oleh lobaicai semua

Aku tak pernah beli dari jakel.. So?? Aku cari baju dari penjual Melayu.. Ang ingat dlm dunia ni.. Jakel saja ja yg jual kain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ejans at 18-5-2020 02:19 AM

5 tahun lepas dah oernah ada post pasal pos laju /pos malaysia ni. Pos  rugi berjuta. Masa tu online sell mg dah meningkat maju.. Then bila syed mokhtar take over aku harapkan adalah kemajuan..  Gaji pekerja naik. Untung banyak. Tapi baru baru ni report ckp thn 2019 masih rugi berjuta tp better dr thn sebelum tu x silap. Gaji posmen masih sama. Bonus x ada. Kebajikan pekerja x amik.
Pelik betul aku. Dgn angka pos brg berhari hari. Seller online bertambah. Apps online shop bertambah. Masih lagi pos laju rugi tiap thn... Sebenarnya kualiti and service pos laju ni pada aku bagus. Makin tip top. Mmg ada yg lambat smpai nak nak waktu tgh peak hour ni. Standart setiap tahun. Meby sbb x cukup kaki tangan. Ye laaa.. Kalau gaji bonus yg di ber pos laju masyuk mesti ramai nk jd posmen. Ramai posmen lagi cpt brg sampai. Untung lagi bertambah sbb org nampak service yg bagus.
Management pos laju/pos malaysia patut amik perhatian. And audit. Kalau management skarang x de apa2 perubahan yg bagus. Sila lah tukar dan cari org baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:40 AM | Show all posts
Kalau poslaju rugi takde maknanya JnT nak masuk market Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 18-5-2020 01:41 AM
Ktmb sekali beli train Baper bilion. Tu pun Kerajaan PH pergi cancel tren komputer nak beli.

...

org tak naik komputer pegi keje...org pakai komputer dlm opis...lawak plak baca komen no ni...bhahaha...kalau naik komputer pegi keje tak sampai2...buat sakit bontot je.....bhahaha...sakit perut aku gelak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye memang masa zaman ph pos msia dah declare kerugian berjuta2 sebelum cukai
Macamtulah juga ktm takpernah nak untung2 sampai diorg pernah kempen untung Rm1, pasal takpernah buat untung even rm1/tiket
Kenapa jadi macamtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083052 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list