Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1636
View
20
Reply

5 Kereta Sport Paling Mahal Atas Muka Bumi

[Copy link]

Author: trunks       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-5-2020 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 21-5-2020 02:54 AM

5 Kereta Sport Paling Mahal Atas Muka Bumi




Kereta merupakan salah satu lambang kekayaan dan kemewahan yang biasa dipaparkan oleh manusia.

Kereta yang bernilai jutaan ringgit bukan hanya menjadi satu kenderaan bagi sesetengah orang, tetapi ia menjadi sebuah trofi. Terdapat kereta yang hanya dihasilkan beberapa unit sahaja di dunia, malah ada yang dihasilkan satu unit sahaja untuk individu tertentu.
Jika anda menonton Furious 7, antara kereta-kereta terhebat dan termahal digunakan, yang menambahkan lagi kemegahan dan kehebatan filem tersebut.
iluminasi.com ingin berkongsi 5 model kereta yang dihasilkan oleh jenama terkemuka yang paling mahal di atas muka bumi.


5. Ferrari Pininfarina Sergio - RM12.84 juta


Dengan harga RM12.84 juta, Ferrari Sergio adalah kereta termurah dalam senarai ini, namun kereta ke-5 termahal atas muka bumi.
Walaupun tidak semahal kereta lain, ia merupakan antara kereta yang paling didambakan di dunia kerana hanya dihasilkan sebanyak 6 buah sahaja.
Ferrari Sergio yang dihasilkan oleh syarikat pereka kereta terkemuka Itali, Pininfarina, ia adalah Ferrari model 458 Spider yang diberikan wajah yang baru.

Dengan enjin yang sama iaitu V8 4.5 liter yang menghasilkan 562 kuasa kuda dan lebih pantas serta mudah untuk dikendalikan berbanding 458 Spider kerana ia lebih ringan.




Wajah luaran yang baharu yang lebih aerodinamik juga membuatkan ia lebih sempurna.
Dengan hanya 6 buah sahaja dihasilkan, bukan semua orang yang mampu boleh mendapatkan kereta ini. Hanya mereka yang terpilih, yang dipilih oleh Ferrari sendiri sahaja boleh memilikinya.


4. Bugatti Veyron - RM14.98 juta



Bugatti Veyron, siapa yang tak kenal. Bukan sahaja antara kereta terpantas di muka bumi, tetapi juga merupakan antara kereta termahal di dunia iaitu berada di kedudukan ke-4 di dunia.

Bugatti Veyron mempunyai edisi khas iaitu Mansory Vivere yang anda sedang lihat sekarang. Harga bagi jentera menakjubkan ini adalah RM14.98 juta.



Bahagian luar badan jentera yang memikat ini diperbuat daripada gentian karbon dan dan dilengkapi dengan lampu LED yang terbaru.
Kereta ini mempunyai enjin W16 8 liter yang mampu menghasilkan 1200 kuasa kuda dan 1106 tork.
Bugatti Veyron 16.4 Mansory Vivere yang merupakan keluaran syarikat kereta Perancis ini mampu mencapai kelajuan 100 km sejam dalam hanya 2.5 saat dan kelajuan maksima mencecah 410 kilometer sejam


3. Lykan Hypersport - RM14.55 juta


Ramai yang tak mengenali Lykan Hypersport ini sehinggalah ia muncul dalam filem Furious 7. Lykan Hypersport merupakan keluaran syarikat kereta W Motors yang terletak di Dubai, namun berasal dari Beirut, Lubnan.
Kereta yang tersangat seksi ini mempunyai lampu hadapan yang berlapiskan berlian, pintu gunting dan ruangan dalam yang sangat eksklusif.
Tidak ketinggalan prestasi kereta ini bukan calang-calang yang dilengkapi dengan enjin 3.7 liter twin-turbo "flat-six" yang menghasilkan 720 kuasa kuda dan 708 tork.


(Lykan Hypersport Polis Abu Dhabi)
Dengan enjin yang sebegini hebat, jentera Lykan Hypersport ini mampu mencapai 100km/j dalam hanya 2.8 saat, dan kelajuan maksima mencecah 384 km sejam. Jentera hebat ini berharga RM14.55 juta.
Walaupun ia digunakan terutamanya dalam pemasaran dan tujuan perhubungan awam, namun kereta ini digunakan oleh polis Abu Dhabi yang menggunakannya sebagai kereta peronda.
Memang penduduk di Abu Dhabi perlu fikir dua kali kalau ingin memecut di jalan raya jika ternampak kereta peronda Lykan Hypersport ini.


2. Lamborghini Veneno - RM19.26 juta

Antara jenama kereta yang paling terkenal di dunia, Lamborghini, berada di tangga kedua senarai kereta termahal di dunia.

Mempertaruhkan keluaran Lamborghini Veneno, kereta yang sangat mempersonakan ini dihasilkan bersempena dengan ulangtahun syarikat kereta gergasi Itali itu yang ke-50.
Nama Veneno bermaksud racun dalam bahasa Latin, dan sememangnya sangat sesuai dengan rekabentuknya yang boleh "membunuh" dengan harga RM19.26 juta.



Kereta yang berharga RM19.26 juta ini mempunyai 740 kuasa kuda yang mampu menggerakkan "jentera racun" ini dari keadaan pegun mencapai 100km/j dalam hanya 2.9 saat.
Selain kelihatan seperti sebuah UFO yang berada di atas jalan raya, apa yang menjadikan kereta ini sangat mahal adalah hanya ada 5 buah di atas muka bumi.
2 daripadanya disimpan oleh pihak Lamborghini, 1 digunakan untuk ujian dan 1 lagi untuk pameran. 3 buah lagi menjadi pemilik yang mampu membayar harga kereta yang menggiurkan ini.

1. Koenigsegg CCXR Trevita - RM20.54 juta



Kereta termahal di dunia 2017 jatuh kepada Konigsegg CCXR Trevita, dengan harga yang memang buat anda ternganga iaitu RM20.54 juta.

Kenapa ia terlalu mahal berbanding dengan kereta-kereta lain? Sebab kereta ini disaluti berlian dan tahu-tahu sajalah kalau ada berlian, semua benda jadi mahal!
Kereta keluaran Sweden ini telah diperbaharui luarannya dengan apa yang dipanggil Koenigsegg Proprietary Diamond Weave.
Teknik ini merangkumi salutan gentian fiber yang mengandungi serbuk berlian. Tak dapat nak dibayangkan berapa kos untuk mengecat dan menyiapkan luaran kereta termahal di dunia ini.




Bukan luaran sahaja yang mahal, kereta ini disempurnakan oleh enjin 4.8 liter dwi-supercharged dengan jumlah maksima kuasa kuda adalah 1,004 dan 797 tork yang sudah pastinya membuatkan kereta ini tak ada masalah untuk memotong kereta anda di jalan raya.
Kereta ini juga tersangat eksklusif, dan hanya ada 3 buah sahaja di atas muka bumi ini.


-----------------------------
minat R35,tapi.. hehe
tapi sekarang guna
stage 3,macam tak power mana
tops speed 260km/h aje







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-5-2020 04:55 AM | Show all posts
Jikalau berduit pun xkan beli kereta semahal itu, banyak lagi benda yang berguna boleh beli sebab x minat sangat kereta, apa-apa pun Nice Info TT, tq.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak melted pun tgk kereta ni semua. Ntahhh...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
bugati veyron tu ada 1 kat msia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tapi setakat baca info gitu je la. I x minat mana kete nih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik tapi x selesa.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingin nak merase naik yg no 1 tu..
Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat tengok dalam gambar jadilah

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 10:30 AM | Show all posts
kereta viva tak masuk list ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 02:08 AM | Show all posts
Supersirap replied at 21-5-2020 04:55 AM
Jikalau berduit pun xkan beli kereta semahal itu, banyak lagi benda yang berguna boleh beli sebab x  ...

itu belum banyak duit lagi awak,orang kaya raya,duit ni
katalah 12 juta ,itu celah gigi dia saja..hehe.tak adanya
istilah,beli barang berguna sahaja macam kita ni..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 02:09 AM | Show all posts
otai_g replied at 21-5-2020 05:29 AM
bugati veyron tu ada 1 kat msia..

dan siapakah yang punya hehe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 02:09 AM | Show all posts
Lavender85 replied at 21-5-2020 06:31 AM
cantik tapi x selesa.. huhu

tak selesa pada kita,pada orang kaya raya..gembira keke
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 02:13 AM | Show all posts
Edited by trunks at 22-5-2020 02:16 AM
ellez replied at 21-5-2020 06:38 AM
Tingin nak merase naik yg no 1 tu..
Huhuhu

oh tu,,tengok video pun dah cukup keke


saya pula teringin nak beli Lykan hypersport
dalam fast furious .TAPI..hehe
tapi,TMJ latut beli ni.dia mampu




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 02:15 AM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 21-5-2020 10:30 AM
kereta viva tak masuk list ke?

ada ,jangan bimbang,,dia ada keistimewaan tersendiri

viva turbo


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 03:23 AM | Show all posts
Lamborghini & Lykan pls. Tq.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 05:18 AM | Show all posts
Edited by trunks at 22-5-2020 05:33 AM
gideoncross replied at 22-5-2020 03:23 AM
Lamborghini & Lykan pls. Tq.

adeh kalau dapat ni,saya bersumpah akan jilat tiap hari


Aventador

used-2012-lamborghini-aventador-2drcoupe-8431-19368423-6-1024.jpg 639750ad0e6020d04b4f83217802cf00-1.jpg used-2012-lamborghini-aventador-2drcoupe-8431-19368423-7-1024.jpg

leleh dengar sound..






lamborghini veneno
97e50f5bacf5676f2ecd082aa9fcb606.jpg
lamborghini_veneno1.jpg
glk4x7hn4k631.jpg

Lamborghini-Veneno-Coupe-0-1132x670.jpg

glk4x7hn4k631.jpg


Lamborghini Veneno VS Aventador VS Huracan VS Pagani Huayra World's best supercars FLY BY




Lykan Hypersport




Fakta-fakta menarik mengenai kereta Lykan HyperSport yang membintangi filem Furious 7


Rasanya ramai di antara anda yang telah menonton filem aksi blockbuster terhebat Furious 7 yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Penulis sendiri pada hari pertama tayangannya telah pun menonton filem tersebut setelah agak lama menantikan kemunculannya.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan penulis tidak sabar-sabar menonton filem Furious 7 kali ini ialah kerana penulis merupakan peminat tegar siri tersebut sejak filem pertamanya The Fast & The Furious ditayangkan pada tahun 2001, di samping kemunculan watak baharu Jason Statham sebagai watak antagonis utama.

Tetapi faktor terpenting sudah tentulah untuk melihat aksi terakhir pelakon utamanya Paul Walker yang meninggal dunia sewaktu penggambaran filem tersebut masih lagi berlangsung. Terdapat elemen yang agak menyedihkan bagi penulis apabila melihat watak Paul Walker dan Vin Diesel mengambil haluan masing-masing di penghujung filem Furious 7.

Berbalik kepada tajuk utama apa yang ingin penulis sampaikan kali ini, ianya adalah berkenaan sebuah kereta sport yang turut membintangi filem Furious 7. Nama kereta tersebut ialah Lykan HyperSport, dikeluarkan oleh syarikat W Motors, sebuah syarikat automotif yang berpengkalan di Lubnan dan ditubuhkan pada tahun 2012.

Rancangan pengeluaran Lykan HyperSport hanya terhad 7 unit sahaja di seluruh dunia, dan ianya menjadi supercar pertama yang dibangunkan di Timur Tengah. Model pra-pengeluaran pertama Lykan Hypersport dilancarkan di Dubai International Motor Show dalam bulan November 2013.

Lykan HyperSport dikuasakan enjin berkapasiti 3.7 liter (twin turbo flat-six 3,746cc), yang menghamburkan kuasa impresif 740bhp dengan tork maksimum 960Nm. Kereta tersebut didakwa mempunyai kelajuan puncak sehingga 385 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 2.8 saat.

Berdasarkan maklumat daripada Wikipedia, Lykan Hypersport dijual pada harga 3.4 juta USD, menjadikannya kereta ketiga termahal di dunia, di belakang kereta Lamborghini Veneno pada harga 4.5 juta USD (terhad tujuh unit), dan sebuah kereta pengeluaran tunggal (one-off) Maybach Exelero yang berharga sebanyak 8 juta USD.

Sebagai perbandingan, harga Lykan HyperSport adalah 1 juta USD lebih mahal daripada harga Bugatti Veyron Super Sport, yang mana ianya secara rasmi dinobatkan sebagai kereta jalanan terpantas di dunia (fastest road car in the world).

Harga yang mahal ditawarkan untuk Lykan HyperSport ialah kerana lampu utamanya yang dilengkapi berlian, menjadikannya kereta pertama di dunia dengan ciri unik seperti itu. Pembeli boleh memilih di antara permata rubi atau berlian untuk dipadankan pada lampu utamanya.

Di dalam filem Furious 7, Lykan HyperSport telah dipandu oleh Vin Diesel dan Paul Walker dalam aksi yang cukup mendebarkan, aksi terjunan di antara bangunan tinggi Etihad Towers di Abu Dhabi sewaktu adegan kejar-mengejar berlaku.

Sumber : Wikipedia



errr.. layan pic dlu hehe


4096x2731   Vehicles   Lykan Hypersport



xGhostx

38      13,207      1      0




4096x2733   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

28      10,683      1      0




3840x2160   Vehicles   Lykan Hypersport



AcerSense

22      10,185      1      0




3840x2160   Vehicles   Lykan Hypersport



samim_hasan

19      13,104      4      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

17      4,438      2      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

15      5,598      1      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



samim_hasan

15      11,158      0      0




4096x2726   Vehicles   Lykan Hypersport



xGhostx

13      8,367      2      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

13      3,752      2      0




1920x1280   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

10      5,999      0      0




1600x1062   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

8      5,337      0      0




4096x2731   Vehicles   Lykan Hypersport



xGhostx

7      5,277      1      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

6      4,379      0      0




2560x1600   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

6      3,309      0      0




7254x3516   Vehicles   Lykan Hypersport



belle-deesse

6      3,887      0      0







1200px-Aventador._(6675860749).jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 05:24 AM | Show all posts
BEST of Supercar Start Up Sounds!!! Lamborghini Aventador SVJ, Centenario, Bugatti Chiron, Pagani



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2020 05:31 AM | Show all posts
Top 10 Greatest Lamborghini Models of All Time



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:49 AM | Show all posts
trunks replied at 22-5-2020 05:18 AM
adeh kalau dapat ni,saya bersumpah akan jilat tiap hari

Hamboiiii, pnjngnya reply. Tpi tq, cantikkkk. Iol pling suka Lamborghini Aventador yg wrnanya hitam matte.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-5-2020 05:08 AM | Show all posts
gideoncross replied at 23-5-2020 03:49 AM
Hamboiiii, pnjngnya reply. Tpi tq, cantikkkk. Iol pling suka Lamborghini Aventador yg ...

saja aje bagi awak puas sikit cuci mata hehe

oh minat black.. saya minat warna memancar2 gitu
sesuai dengan sport cars..



tak apa.yang warna ni nampak classic
masih cantik hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list