CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 2

[Tempatan] Mayat reput dalam semak

[Copy link]
Post time 21-5-2020 08:44 AM | Show all posts |Read mode
MAYAT lelaki berusia 50-an ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan semak, di Kampung Balik Bukit, di Jertih, semalam.

Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira lima hari lalu ditemui orang awam sebelum ia dimaklumkan kepada polis, jam 6.44 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Sek Chee Chuan beralamat di Taman Teratur Jertih.

"Siasatan awal mendapati mayat reput itu ditemui dalam semak berhampiran Masjid Kampung Balik Bukit.

"Mangsa memakai baju-T warna hijau, tidak berseluar dan berselipar warna biru," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, jarak mayat ditemui dengan kawasan rumah berhampiran adalah 50 meter.

"Lokasi kejadian lebih kurang 100 meter dari jalan utama Jerteh - Pasir Akar dan berhadapan Hospital Daerah Besut.

"Berdasarkan semakan rekod orang hilang Daerah Besut, tiada sebarang laporan orang hilang dalam tempoh sebulan," katanya.

Dia berkata, Pihak Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Besut hadir membantu siasatan di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai kurang siuman dan ahli keluarga dimaklumkan untuk pengecaman.

"Mayat dibawa ke unit Forensik di Hospital Daerah Besut untuk untuk proses bedah siasat," katanya.

Sementara itu salah seorang penduduk enggan dikenali berkata, lelaki itu pernah dilihat berjalan di kawasan itu untuk mencari makanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 08:47 AM | Show all posts
takziah.. keluarga dia ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:07 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 21-5-2020 08:47 AM
takziah.. keluarga dia ada tak?

Ada ahli keluarga dia... cuma pasal dia ni tak siuman, mmg dia merayap je la.
Tu yg bila ilang aritu, family tak kisah.. pasal dia biasa ilang.
cuma kali ni dia ilang(nyawa) terus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055494 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list