View: 1039|Reply: 7
|
[Tempatan]
Polis jejaki empat warga Indonesia larikan diri selepas saringan COVID-19
[Copy link]
|
|
Edited by BomBoLoniS at 21-5-2020 08:54 AM
SEPANG: Polis sedang memburu empat pekerja warga Indonesia termasuk seorang wanita yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang selepas menjalani saringan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata syarikat kontraktor pembinaan jalan yang beralamat di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan itu menjalankan saringan COVID-19 terhadap 26 pekerjanya yang tinggal di rumah kongsi tersebut pada 13 Mei lepas.
Pada 18 Mei, pihak kesihatan memaklumkan seorang pekerja warga Indonesia disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Klinik Kesihatan Sungai Pelek juga telah mengarahkan syarikat membawa kesemua pekerja di rumah kongsi berkenaan menjalani saringan kali kedua di klinik tersebut pada 19 Mei.
"Pada masa yang sama pihak syarikat mendapati empat pekerja berusia antara 22 dan 27 tahun telah melarikan diri," katanya di sini pada Rabu.
Menurutnya saringan kali kedua itu mendapati dua warga Bangladesh positif COVID-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
"Orang ramai diminta memberikan maklumat serta kerjasama kepada pihak polis supaya keempat-empat mereka dapat dikesan," katanya.
-- BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan utk menangkap depa |
|
|
|
|
|
|
|
pendatang haram ni sememangnya bermasalah. mohon sgt2 dlm keadaan pandemic dan PKPB ni, tangkap dan hantar pulang. Bukan tangkap, simpan dan lepas semula! |
|
|
|
|
|
|
|
andai PATI...patut kuarantin dalam rumah majikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyusahkan orang je...
Tak pasal orang2 sg pelek risau dibuatnya(rumah kongsi kat sepang je).
Kok lari pun takde makna jauh perginya. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu hal plk Malaysian nak kena tanggung kos saringan dan perubatan PATI2 ni.
Apa kata hntrkan kepada NGOk yg selama ni dok support PATI.
Kalau kat negara mereka jgn harap kjaan mereka nak buat saringan mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kedutaan2 negara asal PATI atau dengan izin nih takda apa2 usaha ka utk membantu, atau buat muka tebal tengokkkan adja Msia handle rakyat dia org. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.. Biar NGO je la yang tolong.. Diorang kan baik.. Government memang sepatutnya tak bertanggungjawab pun atas PATI..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|