CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4149|Reply: 34

[Tempatan] Walaupun Jarak Cuma 10 Minit Perjalanan, Rosyam Nor Tak Balik Raya Rumah Mak.Sia

  [Copy link]
Post time 21-5-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-5-2020 02:19 PM

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan adik beradiknya yang lain telah bersepakat untuk tidak pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu mereka di kampung. Lebih menarik perhatian apabila ibu Datuk Rosyam siap gantung banner di hadapan rumahnya yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Datuk Rosyam Nor di laman Instagramnya, mengingatkan kepada sanak saudara supaya tidak datang beraya dan menziarah rumah ibunya itu untuk menyahut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambahnya lagi, dia juga sanggup berkorban untuk tidak pulang beraya di kampung demi memutuskan rantaian Covid-19 walaupun jarak rumah mereka hanyalah 10 minit sahaja.
Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni.
Sebab gantung banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang.

Menceritakan kisah itu, Datuk Rosyam memberitahu bahawa setiap kali bila tiba hari raya, rumah ibunya itu merupakan destinasi tumpuan sanak saudara.

Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama. InshaAllah ada umur tahun depan kita Raya Sakan okay

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan menyokong tindakan Datuk Rosyam sekeluarga dalam usaha memerangi wabak Covid-19. Mereka juga turut berharap agar rakyat Malaysia dapat mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya keadaan negara akan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: Datuk Rosyam Nor


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 02:08 PM | Show all posts
harap ramai yg beri kerjasama di waktu pandemic ini....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ler. Moga jd cth kpd yg lenlain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:49 PM | Show all posts
yg jenis malas/meluat melayan tetamu yg asyikk dtg je tak henti2..
blh laa amek peluang saat covid ni...
hahha
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah pasang banner..orang boleh baca dari jauh. Tak perlu datang dah


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Member kat ofis tu jirannya siap panggil dtg rumah masa raya nnt. Mmg x lah dia nk pegi katanya. Ntah2 nnt dari ceruk mana pulak tetamu2 yg lain dtg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2020 08:44 PM | Show all posts
Baguslah gantung banner macam ni tak penat nak menjawab kalau ada yang tetiba muncul nak datang beraya.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea banner ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus toksyam. Biar ramai yang tiru
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 09:42 PM | Show all posts
bgs idea mcm ni,sng tak penat nak bgt jgn datang,jgn datang..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 09:46 PM | Show all posts
good example indeed!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nak tiru. Dtg umah pun kerjanya mencekik aje.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk ke tetamu rumah uols time raya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:33 AM | Show all posts

sapa2 yg ada anak kecik dan org tua khususnya, bolela tiru idea rosyam nor..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gantung banner terus depan pintu gerbang nak masuk kg/taman perumahan korang ke apa.

Kalau duk umah kondo bagai pun leh gak gantung terus banner.
Yg acah2 dtg mengejut time raya pun patah balik tak jadi nk dtg. Nak lagi bagus suh guard halang tetamu luar nk beraya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu ler terpaksa jadi hati kering, kalau tak saudara mara dan jiran tetangga yg tak reti bahasa tu tetap nak datang beraya. Ramai yg sebenarnye dalam dilema bila jiran tetangga saudara mara cakap nak datang beraya tapi tak tergamak nak cakap tak boleh. Sepatutnye manusia2 degil ni kena faham2 sendiri ler, beraya je kat rumah masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 21-5-2020 02:49 PM
yg jenis malas/meluat melayan tetamu yg asyikk dtg je tak henti2..
blh laa amek peluang saat covid  ...

Aku menyampah yg dtg tu buat kita ni mcm mamak pulak.. Dah tetamu dtg kita hidang ikut suka kita la kan.. Ni x.. Siap nk mkn nasi berlauk di waktu senja org nak maghrib oii.. Amboii ingat kita ni pe.. .. Bl p rumah dia x penah pun bg mkn nasi.. Dia bg mkn biskut je.. Dtg rumah kita mintak mkn mcm2.. Mmg la kn sound blk.. Sakit ati oo
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 21-5-2020 01:49 PM
yg jenis malas/meluat melayan tetamu yg asyikk dtg je tak henti2..
blh laa amek peluang saat covid  ...

Tak lupa juga pd yang paling malas kena ikut mak abah semenjak baby lagi pi beraya rumah sedara mara. Lol. Finally tiada pi hadap semua tu. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 21-5-2020 02:49 PM
yg jenis malas/meluat melayan tetamu yg asyikk dtg je tak henti2..
blh laa amek peluang saat covid  ...

tmbh2 yg dtg tu siap tanya takde satay ketupat ke tahun... tp time rumah die biskut raya je ade haha

btw hati kena ikhlas.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 22-5-2020 05:42 AM
Byk ke tetamu rumah uols time raya?

ramai ooo... klau jenis ringan tulg org tak kisah..  yg jenis mak datin la pyh haha

kat trg takde la konsep rumah terbuka sgt. serbu je hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.225088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list