View: 7518|Reply: 72
|
[Tempatan]
Pemandangan musim keladi bunting di Melaka Tengah. Ada kata mcm Eropah, ada kata
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 29-5-2020 09:06 AM
Musim bunga keladi macam dekat 'oversea'
KELIHATAN persis musim bunga di eropah. Itulah keindahan pemandangan tumbuhan keladi bunting atau nama saintifiknya, 'eichornia crassipes' yang menjadi tarikan orang ramai di Taman Semabok Perdana, Melaka Tengah.
Ternyata kewujudan pokok keladi bunting yang sedang berbunga di kolam takungan banjir Semabok itu menimbulkan rasa teruja.
Shahrul Saari, 19 dari Kampung Bukit Baru berkata, dia terkejut melihat keindahan pemandangan semulajadi di kawasan berkenaan yang dihiasi bunga keladi bunting berwarna ungu yang memenuhi kolam berkenaan.
Katanya, kolam berkenaan sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan namun kini menjadi lokasi orang ramai bersantai pada waktu petang.
Menurutnya, keladi bunting itu yang mengeluarkan bunga kecil dengan kelopak berwarna ungu benar-benar menarik perhatian ramai.
"Ini adalah kali pertama saya melihat hamparan besar bunga keladi bunting melebihi saiz padang bola,"katanya.
Sementara itu, Asyraf Wahid, 17 pula berkata, ramai pengunjung yang datang merakamkan gambar kenangan berlatar belakang bunga yang menarik itu.
Dia berkata, situasi berkenaan kelihatan seperti di luar negara yang biasa disaksikan di Youtube dan filem-filem antarabangsa.
Sementara itu, seorang bekas pesara kerajaan, Mamat Rahaman Ali ,61 berkata, tumbuhan berasal dari Amerika Selatan itu pantas membiak di kawasan berair.
Katanya, rebakan keladi bunting bagaimanapun difahamkan menyebabkan oksigen berkurangan dan menjejaskan pembiakan ikan walaupun ia amat menarik dan menakjubkan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 4:31 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Geng buat kompos organik mesti suka time ni. Keladi bunting sumber potasium. Baja buah |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan la pulak ada yg fefeling nak meredah bunga keladi tu.
Sah kuyup nanti, tak pun tenggelam terus |
|
|
|
|
|
|
|
Macam warna lavender sekali tengok
cantik |
|
|
|
|
|
|
|
ayat laksana eropah tu paling tak boleh belah
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya..
Bole posing masa raya...
Hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
keladi bunting ni.... sebenarnya tumbuhan perosak aka pest... |
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 21-5-2020 05:16 PM
Jangan la pulak ada yg fefeling nak meredah bunga keladi tu.
Sah kuyup nanti, tak pun tenggela ...
masa budak2 aku oernah kumpul keladi ni bnyak2 tindan atas satu sama lain... aku bleh duduk atas tu dan tak tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik bunganya tapi itulah jenuh ler pihak majlis perbandaran nak bersihkan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Getah keladi bunting org buat sambung jari terputus |
|
|
|
|
|
|
|
Dak ayu dengan dak senah jangan nyinggah sini pulak takut kena korantine |
|
|
|
|
|
|
|
jgn terkeliru
ni pun keladi
|
|
|
|
|
|
|
|
persis musim bunga kat eropah pun tak guna kalo negeri selalu je takde air |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 21-5-2020 10:53 AM
ayat laksana eropah tu paling tak boleh belah
Kan..temgok balik gambar, eropah celah mana tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
dlm gambar je lawa tu sbb dah diedit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 21-5-2020 10:22 PM
sekngucing replied at 21-5-2020 07:18 PM
masa budak2 aku oernah kumpul keladi ni bnyak2 tindan atas satu sama lain... aku bleh duduk atas t ...
Teringat pula aiol dengan cerita rakyat China pasal pokok keladi bunting resaksa yang muncul tetiba di satu kampung dan dipercayai boleh bawak orang ke syorga.
So tiap tahun, orang2 tua akan berkumpul pehtu sorang2 dok atas keladi tu di mana keladi tu akan tutup kelopak then bila bukak balik, orang tu dah takda.
Dipendekkan cerita, datang la sorang pemuda yang tak pircaya dengan keladi tuh sebab rasa pelik. Hasil siasatan pemuda tu mendapati keladi resaksa tu sebenarnya adalah seekor ular resaksa dan bunga merah yang disangka kelopak keladi tu ropanya adelah lidah ular tu.
Maka si pemuda dan orang kampung pun membunuh ular tu. Bila meka belah perut ular tu, beribu tengkorak manusia dijumpai. Sekian, cerita rakyat yang saya baca dari buku koleksi cerita dongeng rakyat dunia keluaran DBP di tahun 90an. Moral of the story adelah, jangan cipat pircaya bila urang klaim itu klaim ini karna ia mungkin adelah buhung semata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|