|
TIADA kata-kata dapat diungkapkan selain rasa syukur apabila penyanyi popular, Khai Bahar dapat menyambut Aidilfitri di kampung halaman di Kangar, Perlis.
Sebelum itu Khai hanya pasrah apabila dimaklumkan tidak boleh pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Namun, kelonggaran selama empat hari pada 7 sehingga 10 Mei lalu menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat kerajaan dimanfaatkan sebaiknya Khai yang popular menerusi lagu HatiNyawa.
"Alhamdulillah, permohonan saya untuk pulang kampung diluluskan. Saya pun tak menjangka sama sekali. Pada awalnya, saya sudah reda jika kena beraya di Puchong, Selangor, tapi selepas mendapat tahu kerajaan memberikan kelonggaran selamat empat hari, saya terus buat permohonan.
"Rasa gembira dan syukur sangat. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Saya anggap ini rezeki. Jika tidak, sudah pasti sekarang saya menyambut Aidilfitri seorang diri di perantauan, katanya.
Menurut Khai, setibanya di kampung dia terus menjalani kuarantin diri bagi menjamin keselamatan semua pihak.
Malah, sambutan Aidilfitri kali ini Khai dan keluarga tidak menerima tetamu bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
"Saya tahu risiko yang perlu diambil. Jadi, sampai saja di kampung saya terus menjalani kuarantin. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Malah, seperti semua maklum, Aidilfitri kali ini cukup berbeza apabila tidak ada aktiviti ziarah-menziarahi. Ini semua bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
"Tambahan pula, di rumah saya ada emak yang tak berapa sihat selain anak saudara yang ramai. Jadi, lebih baik beraya bersama keluarga yang ada dalam rumah ini, katanya.
Khai yang muncul menerusi lagu Setanggi Syurga 2020 bersama kumpulan Inteam sebelum Ramadan lalu berkongsi sambutan Syawal kali ini diraikan secara sederhana.
"Aidilfitri kali ini tak sama seperti tahun sebelumnya. Dalam keadaan negara yang masih berperang membendung wabak Covid-19, ia menuntut kerjasama semua pihak.
"Aidilfitri tetap diraikan, tapi dalam suasana cukup sederhana. Baju raya pun pakai saja yang sedia ada. Lagipun, masih ada baju raya yang belum dipakai, katanya.
Tiada sambutan bersama peminat
Seperti kebiasaan sejak menjadi artis, Khai akan terbabit dalam sambutan rumah terbuka bersama kelab peminat, Khai Bahar Empire (KBE).
Namun, acara itu tidak dapat dilaksanakan ekoran arahan kerajaan yang masih tidak membenarkan sebarang aktiviti perayaan, rumah terbuka atau perhimpunan.
"Kalau ikutkan acara rumah terbuka menjadi aktiviti tahunan KBE. Tetapi, tahun ini tak dapat buat. Semua kecewa, tapi demi kebaikan bersama, semua kena akur.
"Kalau ada pengumuman terbaharu yang membolehkan perkara itu, insya-Allah tak ada masalah nak buat. Itu pun atas perbincangan dan persetujuan semua. Selalunya, pengurus dan AJK KBE akan berbincang. Saya ikut saja mana yang terbaik, katanya.
Dalam masa sama, Khai berharap peminat akan terus menyokong kerjaya seninya biarpun tanpa sebarang aktiviti bersama."
Saya tahu ramai yang tak sabar nak berjumpa di acara. Sejak PKP, saya banyak memuat naik nyanyian semula di YouTube. Sedikit sebanyak mengubat rindu peminat.
"Selain itu, saya ada juga terbabit dengan beberapa projek dan program TV. Walaupun hanya dibuat secara atas talian, peminat masih boleh mengikuti perkembangan saya.
**macam mane heols boleh lepas balik kmpg..sbb ikut date yg gomen bagi tu kan untuk yg terkandas..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Namun, kelonggaran selama empat hari pada 7 sehingga 10 Mei lalu menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat kerajaan dimanfaatkan sebaiknya Khai yang popular menerusi lagu HatiNyawa.
"Alhamdulillah, permohonan saya untuk pulang kampung diluluskan. Saya pun tak menjangka sama sekali. Pada awalnya, saya sudah reda jika kena beraya di Puchong, Selangor, tapi selepas mendapat tahu kerajaan memberikan kelonggaran selamat empat hari, saya terus buat permohonan.
TT, pening baca thread ko nih.
BTW, pasal pe leh lepas balik kampung lak.
Permohonan 4 hari tu untuk balik ke rumah masing2 untuk yang stranded kat kampung.
Something smelled fishy |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya balik kampung. Meminta hencapan makian ke? Boleh agak lepas ni keluar statement saya memaafkan netizen yang mengecam saya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lolipopbiru at 23-5-2020 05:19 PM
tak payah pelik dan fishy sgt. sbb sedara me pun boleh je lepas balik kg. sama kes dgn khai ni. sedara me tu keje kl bujang tapi duk sorang so ms krajaan open kelonggaran rentas negeri haritu dia sempat mohon dlm web GERAK MALAYSIA. pagi mohon, mlm tu dh lulus dan terus ambil tiket bas balik kg. odwy dlm bas polis ada check then tunjuk kelulusan permohonan tu. so polis lepas tanpa byk soal.
*lupa nk inform,sedara me tu saja saja cuba nasib apply dlm gerak malaysia kot lepas balik kan. kalau x, redha je beraya kl. tapi sekali apply terus dapat. apa tunggu lagi balik jela kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mksdnya dia balik kpg beraya ler tu. Hek eleh, kata redha raya sorg kat Puchong. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye die gi cerita kat semua orang.
So mende tu mendatangkan persoalan.
Ramai je balik jalan tikus, aku pun tau.
Idok le naif.
Tp biase nye yang buat salah ni x nk cerita.
Esp bile mende ni tgh sensitif
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lolipopbiru at 23-5-2020 05:46 PM
slyfynx replied at 23-5-2020 05:40 PM
Masalahnye die gi cerita kat semua orang.
So mende tu mendatangkan persoalan.
yg balik jalan tikus tu kes lain. yg tu mmg total salah sebab langgar pkpb langgar rentas negeri langgar roadblock perintah kerajaan. yg khai ni kes kelonggaran yg mmg diberi kerajaan haritu. (7-10mei). so tak ada slh pn dia apply gerak malaysia tu. pandai pandai la dia nk kuarantin mcm mana bila blik kg nanti. khai cerita pun sebab reporter yg tanya.. so dia mengaku terus. senang. |
|
|
|
|
|
|
|
retis kalau tak tunjuk bodoh tak sah |
|
|
|
|
|
|
|
Xleh blah btol dgn sore2 sengau die kt tv maghrib2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dh sampai kampung dia kuarantin kat rumah yg ada mak dia yg x berapa sihat tu?? Selfish gila.. ntah2 ko carrier ke mana tau kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 23-5-2020 06:17 PM
Dh sampai kampung dia kuarantin kat rumah yg ada mak dia yg x berapa sihat tu?? Selfish gila.. ntah2 ...
Jgn di lupa anak2 sedara kecil yg rmai itu...
Kekdahnya asal dpt beraya bersama je..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Menoipu mase permohonan le sbb mmg die x tunggu pengesahan pun.
Kalau ikutkan still salah.
And terang2 die bg tau orang die buat mende yang salah, and
Kalau x salah pun, balik dr Selangor yang byk kes,
Ke rumah mak, yang dh tua, and x sihat.
Bgs sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gerak malaysia tu utk yg terkandas kat kg kan
Tp dia ni terbalik |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu gelabah nak balik KL. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je balik kg especially yg sama negeri...
sedangkan masa fasa 1 pkp dulu ketat2 pun si alip sukri aman2 jah ke sana sini...
belum cite kroni2 politician dan kluster kayangan lagi..
hence iols okey jah khai bahar ni nak balik kampong... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama tak langsai hutang
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Eh tiber |
|
|
|
|
|
|
|
Nk balik kampung balik je la dik non, sbb yg nak tnggung risiko nnti family & org kampung kau..
Tp tak payah la nak cerita kat reputz kang org ckp mcm2 pulak sbb kau tu public figure, of coz la warganet memerhati.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 23-5-2020 07:14 PM
Gerak malaysia tu utk yg terkandas kat kg kan
Tp dia ni terbalik
Tulaaa.. Mybe khai x faham kotttt..
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu 3 bijik sembang macam michael jeksen...puih |
|
|
|
|
|
|
| |
|