View: 10228|Reply: 87
|
[Tempatan]
Jangan jadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak - Menteri Agama
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 25-5-2020 04:11 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul 'Thor' watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang 'gergasi' mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.
"Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.
"Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat. – BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila manusia dah sakit jiwa,solat,khutbah jumaat pun akan dijadikan bahan lawak..mcm bodoh je masing2..sorry to say.. |
|
|
|
|
|
|
|
faham 3 perkara membatalka iman, sebabagimana yg dr Al Akiti sebut dalam Imanuna in IKMfm tempoh hari, maka anda akan fikir 2,3 kali bila nak implicate bhn atau element agama dalam jenaka.
kalau jahil tak payah sentuh bab bab nak buat lawak part agama, macam i selalu tengok, dok acah acah hukum, punishment etc, berani ye. well esok depan Allah bebetul nak berani macam tu ke |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aurora graviti graviton lawak ke serious?
prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perkara sunat boleh jadi dosa bila jadikan bahan lawak & upload kat media sosial.. macam tu jugak solat tarawih. semua pakat rakam & share buat bahan gurauan ank beranak. netizen kecam & bergaduh melarat2 jadi dosa.. nauzubillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat twitter, masing2 galak share pelbagai gambar tongkat khutbah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg suka buat benda2 bodoh nak viral ni...otak ke lutut. Baik yg muda atau yg tua bangka. Buat malu Islam jer. Tak fikir panjang bangsa and agama lain akan memandang hina dekat Islam tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila cina kutuk agama ko kemain melenting.. tapi diri sendiri pun tak hormat agama sendiri. Puihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk gambo2 kat twidder
ada la bahlol2 bbnu ni pegang pedang thanos la,star wars la, mmg khutbah tu dibuat main je |
|
|
|
|
|
|
|
Media sosial mmg banyak merosakkan rakyat.
Semua gigih nak tunjuk bodoh.
Kalau bukan Islam menghina agama Islam berapi marah.
Tapi sendiri bengap buat lawak menghina agama sendiri. Ni semua bagi peluang bukan muslim hina agama Islam.
Kalau ditegur karang kata suka-suka,hidup tak boleh serious sangat,nak berlawak la.
Lawak mbah dia
|
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 25-5-2020 03:32 PM
Bila cina kutuk agama ko kemain melenting.. tapi diri sendiri pun tak hormat agama sendiri. Puihhhhh ...
khueeen.lps tu melenting bila agama dipermainkan
padahal sendiri yg tayang kebodohan kat social media semata kemaruk retweets,likes bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Entahnya. Ada yg pegang batang mop pengaut sampah bagai. Dok berkurung lama terus jd bodo ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Masing-masing berlumba share benda bodoh demi sesuap like dkt media sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
social media mendedahkan manusia ni mmg bodoh abadi & gila attention. Nak kata batak pun xleh psl batak pun elok skit prangai dr sekor2 kt social media tu |
|
|
|
|
|
|
|
pe susah saman RM 10 ribu. moga jadi pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Bengongnya..semua nak dijadikan bahan lawak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Agama bkn utk dibuat lawak... sedar2 la |
|
|
|
|
|
|
|
cara didikan agama kena ubah. kita asyik menekankan hafal quran, mengaji berlagu, doa versi arab. hanya segelintir yg memahami tafsiran quran, terjemahan doa, terjemahan ayat2/doa dlm solat. bahasa mudahnya adalah tiada penghayatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Demi mengejar secebis like...
Itulah dia perangai org malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
bila org lain TIDAK melakukannya...'MEREKA' (pon) melakukannya 'KEPADA DIRI SENDIRI'..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|