View: 33713|Reply: 352
|
[Tempatan]
Kes keracunan puding buih. Mangsa 99 orang. Seorang meninggal dunia #249
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 3-6-2020 04:59 PM
48 orang keracunan makanan akibat puding buih
25 Mei 2020
KUALA TERENGGANU – Seramai 48 pesakit disahkan mengalami keracunan makanan selepas memakan puding buih.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu seramai 20 orang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan salah seorang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
“Pesakit itu dalam keadaan stabil, empat pesakit lagi dimasukkan ke hospital swasta manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar. Majoriti pesakit mengalami sakit perut dan cirit birit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Dr Nor Azimi, pihaknya menerima notifikasi episod keracunan makanan pada 24 Mei melibatkan sejarah memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei.
Sehubungan itu beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian wabak keracunan makanan ini dan pesakit lain yang mungkin terdedah.
“Tatacara keselamatan makanan terutamanya tahap kebersihan yang tinggi perlu dititik beratkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam.
“Makanan mesti dimakan tidak lebih dari empat jam selepas penyediaannya dan sekiranya perlu disimpan, ia hendaklah di dalam suhu sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelakkan keracunan makanan.
“Orang ramai juga perlu sentiasa peka tentang keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan angkara puding buih, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa beraya di hospital dipercayai keracunan makanan selepas menikmati hidangan pencuci mulut itu ketika berbuka puasa Ramadan terakhir kelmarin.
Puteri Nor Farisha Damia Mohd Faizul, 11, mula sakit perut dan muntah kira-kira jam 5 pagi semalam hingga keadaannya lesu manakala lima sepupunya berusia 6 hingga 20 tahun yang turut menjamah puding buih juga mengalami keadaan sama.
Bapanya, Mohd Faizul Hamzah, 35, dari Rusila, Marang berkata, anak saudaranya membawa pulang dua bekas puding buih yang dibeli oleh kawannya untuk berbuka puasa kelmarin dan enam sepupu itu berkongsi menikmatinya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sian bdk2 tu...tekincit terburai la ye |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pencemaran dari telur yang tak dibasuh sebelum menggunakannya |
|
|
|
|
|
|
|
Nama puding buih |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan xde babi |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pudingnya..nak tgk camne.. |
|
|
|
|
|
|
|
So buat report polis tak ke atas penjual puding basi itu |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm br je buat puding buih |
|
|
|
|
|
|
|
Puding buih ni mcm mana rupa?
1st time dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo puding2 musti ada susu,telur...kalo 2 ni tak bersih,dah rosak..mmm..next kebersihan pembuatnya dan persekitarannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Puding buih tu telur putih tu tak berapa masak sbb meringue putih telur di campur dlm agar2 masak masa agar2 dah suam then pukul sampai agak sejuk and dibekukan.... so logik je tercemar kalo penyediaan tak bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu mana puding buih tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Hasil google..aku mmg tak makan puding mcm ni.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
2 Sebab
1. Telur dah berapa fresh plus tak basuh
2. Cross contamination masa simpan puding bila dah siap.
Biasa mcm tu, puding buih ni, telur tu mana ada masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang pakai telur tak basuh tu mmg yuckssss. Ada jg yg cuci ala kadar. Org mcm tu paling senang kena wabak sebab ambik mudah bab kebersihan |
|
|
|
|
|
|
|
baru kenai puding buih rupa lagu mana...
x pernah mkn...time posa sedap agar2 santan jugak..xpun yg merah tu je
ape2 pun get well soon...bila kena kat budak2 mmg kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww,xmasak.geli makan telur tak masak |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 25-5-2020 11:48 PM
Hasil google..aku mmg tak makan puding mcm ni.
Ni mcm puding kek je |
|
|
|
|
|
|
| |
|