CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9627|Reply: 178

[Tempatan] Ramai kenal kek lapis Sarawak, walhal ada lagi, Lemang Sarawak. Prepare beras pu

[Copy link]
Post time 26-5-2020 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Lemang Sarawak guna resipi rahsia!
26 Mei 2020

KLUANG - Resipi istimewa lemang yang diwarisi daripada arwah datuk dikekalkan peniaga lemang Sarawak, Mohamad Azrul Nizam Adnan, 26.

Mohamad Azrul Nizam berkata, dia dan ayahnya Adnan Ibrahim, 51, mula menjual lemang sejak 15 tahun lalu yang menjadi punca rezeki setiap kali menjelang Aidilfitri.

Katanya, walaupun kini datuknya, Ibrahim Abdullah sudah meninggal dunia lima tahun lalu namun setiap perkara berkaitan penyediaan lemang tidak dilupakan oleh mereka menyebabkan rasa lemang yang dihasilkan tidak pernah berubah.

"Datuk orang Sarawak dan saya mengambil masa kira-kira enam tahun untuk belajar cara-cara yang betul untuk membakar lemang yang dinamakan sebagai Lemang Sarawak ini.

"Kaedahnya memang cukup unik bermula daripada awal penyediaan hinggalah ia dimasak di atas dapur kerana jika silap sedikit lemang yang dihasilkan tidak akan menjadi seperti diharapkan iaitu lembut tanpa sebarang kerak dari atas hingga ke bawah," katanya ketika ditemui di Kedai Lemang Sarawak yang diusahakan bersama keluarganya berhampiran Bulatan MARDI di Jalan Kota Tinggi-Kluang.

Menurutnya, lemang resipi keluarganya itu sangat berbeza kerana ia diolah dengan resipi rahsia yang tidak terdapat pada lemang lain selain tempoh penyediaan beras pulut yang lebih lama iaitu sekurang-kurangnya lima jam sebelum dibakar.

Mohamad Azrul Nizam yang juga anak ke tiga daripada lima beradik berkata, sejak 15 tahun lalu harga jualan RM10 hingga RM15 sebatang mengikut saiz dan tidak pernah berubah walaupun berhadapan dengan kenaikan harga barang terutama santan.

"Setiap kali menjelang Aidilfitri saya bersama ayah akan dibantu oleh dua orang abang ipar serta seorang kawan untuk menyiapkan kira-kira 1,200 batang lemang dalam tempoh dua hari sebelum hari raya.

"Ibu, kakak dan adik turut membantu bagi penyediaan awal lemang di rumah sebelum dihantar ke kedai ini," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambarnya mana dong
Manok pansu pun aku belum rasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm terus teringin makan lemang lah pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 01:58 PM | Show all posts
Kalau disertakan contoh gambar lebih baik lagi sebab pasti ramai yang tak tahu macam mana rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:03 PM | Show all posts
@fantasycreation
@shalom
mun menar orang sarawak coba tekak buah apa tok?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 02:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-5-2020 02:17 PM

Ni ke lemang sarawak?mcm sama je dgn lemang biasa..apa bezanya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemangnya montel. Kome makan lemang dengan apa kat Serawak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 26-5-2020 12:38 PM
Gambarnya mana dong
Manok pansu pun aku belum rasa

Iols penah rasa manok pansuh habang fru buat masa majlis raya dolu
Sedarpsss  yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lg sdp dgn lemang tok ki?
aku rasa ttp x bleh celen lemang dr negeri sembilan.
bab2 santan ni org negeri sembilan menjuarai tau x. Baik masak lomak cili api mau pun dodol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 02:32 PM | Show all posts
@FanTasyCreaTioN

tolong jawap apa specialnya Lemang Sarawak   
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 26-5-2020 03:11 PM

Iols kurang suka lemang montel. Ada orang sebut dodol, teringin nak makan dodol sedap

Lemang, ketupat nasi dan daun palas, rendang antara menu fav iols
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:10 PM | Show all posts
Apa beza dgn lemang biasa? Btw kek lapis cadbury sedap betul...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka kepala lemang..lemak2 gittew..
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di hometown iols,adek llki iols lah tukang bakar lemang di laman rumah parents..
Ritu deme up status adek dok bakar lemang iols  jeles..
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:59 PM | Show all posts
lemang itu asalnya dari indonesia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 26-5-2020 04:05 PM
Suka kepala lemang..lemak2 gittew..
Hihi

Kepala lemang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 26-5-2020 05:17 PM
Kepala lemang?

Aah..lemang yg bahagian atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 26-5-2020 05:18 PM
Aah..lemang yg bahagian atas tu..

Ooo. Bahagian lemang. Ingatkan lemang kelapa. Haha....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:26 PM | Show all posts
delia3003 replied at 26-5-2020 07:08 AM
Iols kurang suka lemang montel. Ada orang sebut dodol, teringin nak makan dodol sedap

Lem ...

kalau lemang montel ..dodol gemok ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.122266 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list