CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2312|Reply: 24

[Tempatan] Food rider dapat duit raya RM50. Pelanggan minta doakan dapat zuriat lepas 3 tah

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 01:25 PM | Show all posts |Read mode
'Selamat Hari Raya, doakan saya dapat zuriat'
26 Mei 2020



KLANG - Selamat Hari Raya 2020, doakan saya untuk cepat dapat zuriat, 3 tahun menunggu, demikian nota ringkas bersama duit raya dari pelanggan yang diterima seorang penghantar makanan di sini.

Shahrul Nizam Shahnon Hisham,27, tersentuh hati membaca nota berkenaan selepas membuka sampul raya berisi wang RM50.

Kata Shahrul, dia tidak menyangka pelanggan itu akan memberi duit raya selepas menghantar makanan rojak di sebuah taman di Klang Lama.

"Selepas hantar makanan (rojak), dia hulur kertas dan cakap nanti baca tau.

"Masa tu hujan renyai, saya terus cakap baik dan terima kasih. Lepas lengkapkan tempahan dan menunggu tempahan yang lain saya, teringat untuk melihat apa yang disuruh baca.

"Rasa sedih apabila saya juga baca dan buka, ada nota dalam sampul raya dan juga RM50," jelasnya.

Shahrul yang hampir dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan juga berkongsi pengalaman kakaknya yang baru menimang cahaya mata setahun lalu selepas dua tahun menunggu.

"Kalau saya tahu nota itu mengenai zuriat, mungkin saya akan minta pendapat dan tip dari kakak saya dan beri kepada pelanggan itu," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih kepada pelanggan berkenaan kerana menghargai 'rider' di Malaysia.

"Pemberian duit raya ini sebenarnya secara tak langsung membuatkan 'rider' ni semakin rajin untuk bekerja dan rasa dihargai.

"Semoga yang memberikan duit raya atau tip dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. ALLAH saja yang mampu balas. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Apa saja kerja yang dilakukan, niat kerana ALLAH SWT," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 01:52 PM | Show all posts
Semoga kesemua rider diluar sana dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berusaha untuk bekerja dengan ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan usaha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekah kat rider lg mulia dr sdkh kat pengemis yg dok melanguk je.
teringt ada pengemis mintk sdkh kat stesen minyak, aku amik duit singgit2 dlm dashbod n bg separuh. Separuh lg aku nk beli air. Sekali dia mintk semua yg aku ada. What?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki..utk rider dan utk yg bersedekah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga terkabul hajat hamba Allah yg nak berzuriat tu, dgn secepat mungkin.. aminn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 03:08 PM | Show all posts
kau kawen lain je la kak. maybe laki kau mandul kot?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 26-5-2020 02:48 PM
Sedekah kat rider lg mulia dr sdkh kat pengemis yg dok melanguk je.
teringt ada pengemis mintk sdkh ...

Rohingyuckk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2n berkat sedeqah, Allah
perkenan hajat si pemberi. Kpd food riders, semoga dimurahkn rezeki. Slamat bertugas n SHR.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 26-5-2020 03:08 PM
kau kawen lain je la kak. maybe laki kau mandul kot?

Boleh cek, ada test kit kat ig
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:26 PM | Show all posts
Alhamdullillah...rezeki rider tu..semoga dikurniakan zuriat yg soleh/solehah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 26-5-2020 03:09 PM
Rohingyuckk?

Maybe la. Rupa ala2 rohing, bangla, india, pakistan. Kan sefashion puak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:29 PM | Show all posts
edee_91 replied at 26-5-2020 07:08 AM
kau kawen lain je la kak. maybe laki kau mandul kot?

lgbt ramai mandul
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:32 PM | Show all posts

oh iya? bersyukurlah kan? makna kata lepas ni tak ada lagilah golongan lgbt. spesis ni akan pupuslah patutnya gitu. anak kau confirm bukan spesis lgbt?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:01 PM | Show all posts
Alhamdulillah share rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Slain bsedekah sesama manusia, amalkan juga bsedekah dgn haiwan2 mcm kucing, burung, anjing dll.. Masa bsedekah tu, brbual la dgn haiwan trsebut minta doakan dkurniakan zuriat.. Media sosial pun slh satu medium utk kita dptkan doa dpd kenalan kita.. Friendlist sampai beribu, mana tau dlm byk2 tu ada sorang yg doanya dmakbulkan Allah.. Jgn malu minta kenalan sama2 doakan kita.. Insya Allah ada rezekinya nanti.. D samping, turut la usaha cara perubatan, cara urut kpg dan juga ruqyah.. Itu yg saya buat dlm usaha nk dapatkan zuriat, Alhamdulillah after 8 tahun kawen baru dkurniakan cahaya mata..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aamiinn.. semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:42 PM | Show all posts

Cari youtube - ada Pak Su Mid ajarkan bacaan bacaan amalan utk mendapatkan zuriat.

Satu lagi (ini under usaha) kirim buah zuriat dari Mekah.

Last kalau duit berkepuk buat jer IVF dan  selepas itu bertawakal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Colleague aku ade sorang belum ada rezeki lagi nk peknen. Kawen dh lama dah. Tp tu lahh. Dia sendiri yg xnk usaha dptkan zuriat., bila org ckp suruh ikhtiar dgn mengurut dia ckp okay nanti pegi. Kesudahan nya tak pergi jugak. Last2 kitorang wt bodo je
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:05 PM | Show all posts
Nasib baik bukan yang bg duit tu post hasanah.
This kind of post xpe, sbb cerita kebaikan orang lain.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.797034 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list