SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura bersedia untuk membantu seorang pemandu bas wanita warga Malaysia, yang dilihat dalam klip video tular menyayat hati untuk kembali ke tanah air, menyaksikan pengebumian suaminya.
Suruhanjaya memahami rayuan wanita itu, yang tidak dapat menahan perasaan sedihnya selepas menerima berita mengenai kematian suaminya tetapi tiada siapa yang pasti sama ada beliau sudah berjaya pulang ke rumah.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Muhammad Radzi Jamaluddin berkata Suruhanjaya Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu rakyat Malaysia yang terpaksa pulang akibat kecemasan, walaupun sekatan perjalanan ketat dikuatkuasakan di kedua-dua belah Koswe disebabkan pandemik COVID-19.
Sejak 27 April, warganegara Malaysia yang berhasrat untuk pulang dari Singapura melalui jalan darat dikehendaki mendapatkan permit masuk dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh mereka berlepas.
“Jika kes kecemasan, kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan tarikh tersedia kepada pemohon,” kata Encik Muhammad Radzi.
PEMANDU BAS NANGIS TIDAK TERKAWAL TERIMA BERITA KEMATIAN
Klip video yang disebarkan di media sosial itu pada Sabtu malam menunjukkan seorang wanita warganegara Malaysia, yang memandu bas No 189, tidak dapat meneruskan memandu selepas terlalu sedih, sebaik menerima berita itu melalui telefonnya.
Beliau memberhentikan bas itu di perhentian bas Clementi dan menangis tidak terkawal sebelum dibantu oleh insan yang prihatin dengan menghubungi pusat kawalan bas itu.
Syarikat pengendali bas, Tower Transit juga berjanji memberikan bantuan penuh kepada wanita tersebut.
“Ia adalah masa yang sukar untuk wanita itu dan kami akan memberikan sokongan penuh serta ruang kepadanya untuk berkabung,” kata jurucakap Tower Transit kepada Bernama melalui jawapan emel.
Jurucakap tersebut berkata selepas dimaklumkan oleh individu yang prihatin mengenai nasib yang menimpa wanita itu, syarikat berkenaan menghantar seorang pegawai untuk membantu pemandu wanita itu.
“Pegawai kami tiba tidak lama kemudian untuk membantunya, manakala seorang lagi pemandu bas, memandu bas itu,” kata jurucakap tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada insan prihatin yang berhenti untuk membantu wanita berkenaan.
PERLU KUARANTIN HANYA LEPAS PENGEBUMIAN
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan, apabila dihubungi berkata: “Dia boleh kembali. Kenapa tidak?”
“Hanya selepas pengebumian dia perlu menjalani kuarantin. Setiap hari, kami membantu rakyat Malaysia pulang ke tanah air kerana kematian anggota keluarga,” kata Encik Vidyananthan.
Beliau berkata wanita itu perlu mendaftar di pusat kuarantin Johor Bahru terlebih dahulu kerana perlu menjalani saringan oleh kakitangan kesihatan dan melakukan ujian swab.
“Permohonan akan dibuat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sebaik diluluskan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan membawanya menghadiri pengebumian itu.
“Selepas upacara itu selesai, mereka akan menghantarnya ke pusat kuarantin terdekat.
“Contohnya, jika pengebumian itu di Selangor, dia akan dibawa oleh APM Johor menghadiri pengebumian itu dan kemudian dihantar ke pusat kuarantin di Selangor,” katanya.
Bernama masih berusaha untuk mengenal pasti pemandu bas itu dan tempat asalnya di Malaysia.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/suruhanjaya-tinggi-m-sia-di-s-pura-sedia-bantu-pemandu-bas/4452104.html
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-5-2020 04:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Themilo replied at 26-5-2020 03:48 PM
officemate meols ni, wife dia kerja kat singapore juga. Gaji ada la dekat-dekat 10k duit kita.
G ...
Kalau gaji dia ard SGD$3K, dia bole jer buat check up kat private gynae. Nk beranak kat spore pun bole. Aku rasa dia mampu. Tapi dah beranak sapa yg nk jaga dia ngan baby. Aku rasa mgkn 1 mth b4 due date, dia dah start maternity leave.
private gynae singapore, for sure la mahal. dengan gaji sgd3k, meols rasa agak berat juga untuk belanja kat sana. ye la, habit orang malaysia, earn dollar, spend ringgit