CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 8

[Tempatan] Tipu emel, syarikat rugi RM1.81 juta

[Copy link]
Post time 26-5-2020 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Tipu emel, syarikat rugi RM1.81 juta
26 Mei 2020


BANTING - Sebuah syarikat kerugian lebih RM1.81 juta selepas diperdaya individu yang menyamar menggunakan emel syarikat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 6 Mei selepas pengadu berusia 31 tahun iaitu pegawai kanan kewangan syarikat terbabit membuat dua transaksi mata wang Euro.

Menurutnya, transaksi pertama dianggarkan berjumlah RM908,615.65 dan transaksi kedua juga jumlah yang sama iaitu RM908,615.65.

"Pada 12 Mei, pihak bank telah menghubungi pengadu dan memberitahu bahawa akaun bank telah disekat dan penghantaran wang ditolak sebelum pengadu menerima satu emel daripada penama yang mendakwa dari sebuah syarikat di Jerman.

"Kemudian pada 19 Mei, majikan pengadu memaklumkan bahawa wakil syarikat yang sebenar masih belum menerima sebarang bayaran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, setelah pengadu teliti, didapati penama terbabit telah menyamar sebagai wakil syarikat tersebut dengan menukar emel seakan sama.

Beliau berkata, menyedari hal berkenaan, pengadu telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu di Balai Polis Telok Panglima Garang.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarynyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkali kena hati2 tgk emel address.. ramai je scammers yg pakai fek emel add, fek Ig akaun, fek twitter akaun, fek fb akaun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:39 PM | Show all posts
bukan shj individu company pun kena scam... kerjaya scammer pendapatan juta2, modal bijak menipu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:43 PM | Show all posts
ninja9 replied at 26-5-2020 04:39 PM
bukan shj individu company pun kena scam... kerjaya scammer pendapatan juta2, modal bijak menipu

dan dapat net income pulak tu kan.... bestnya jadi scammer tak payah penat2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada scammer tu. Dahsyat skill dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Company aku keje penah kena hampir macam ni.
Scammer intercept emel supplier, dia edit invoice suruh bayar ke sekian akaun, katanya hq supplier tersebut & hantar invoice guna emel add yg hmpir sama, xde 1 huruf jer.
Nasib baik supplier tu supplier yg biasa ktrog deal. So manager terus contact supplier tu by phone bagitau pasal invoice yg dah di edit tu.
So supplier buat report police, & didapati akaun tersebut tu african punya. Akaun tu dibuka di Malaysia bank cimb.

Makin bervariasi teknik scammer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-5-2020 08:43 AM
dan dapat net income pulak tu kan.... bestnya jadi scammer tak payah penat2...

Penat jgk la asah skill tu. Bkn hari ni bljr terus pandai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.353122 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list