View: 9060|Reply: 187
|
[Tempatan]
92.1 peratus usahawan dari 907,065 syarikat kini hidup susah sejak PKP
[Copy link]
|
|
92.1% usahawan susah
SEBANYAK 92.13 peratus usahawan di negara ini memerlukan bantuan kewangan bagi menceburi perniagaan baharu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain bantuan kewangan, 40.45 peratus usahawan memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan permulaan serta 31.46 peratus lagi memerlukan latihan asas keusahawanan.
Katanya, jumlah itu diambil berdasarkan laporan Kaji Selidik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap usahawan.
"Sehingga kini jumlah usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar di Malaysia adalah 907,065 syarikat dan 186,855 daripadanya atau 20.6 peratus adalah usahawan PKS wanita.
"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan manakala 58.55 peratus bersedia menceburi bidang baharu dan 41.45 peratus sebaliknya.
"Malah, melalui kaji selidik SME Corp Malaysia didapati 81 peratus responden memberi maklum balas mereka ada tunai dalam tangan yang hanya cukup untuk meneruskan operasi jika keadaan berlarutan kurang tiga bulan dan kurang daripada 1.0 peratus PKS mampu bertahan lebih setahun.
"Ini menunjukkan sekiranya PKP diteruskan, majoriti usahawan terutama usahawan mikro tidak dapat meneruskan beroperasi dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Medac peka dengan nasib usahawan dan menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan lain pelbagai bantuan pembiayaan ditawarkan termasuk program pembangunan kapasiti serta akses pasaran.
Mas Ermieyati berkata, selain kekangan pembiayaan dalam kelangsungan perniagaan, antara yang menjadi kelemahan usahawan tempatan ialah latihan.
"Kurang latihan atau kemahiran menyebabkan kebanyakan usahawan tidak mampu bertahan lama kerana perubahan ekosistem perniagaan disebabkan normal baharu memerlukan usahawan mengadaptasi sistem digital yang lebih komprehensif.
"Menyedari hakikat ini Medac melalui agensi berkaitan mengadakan program melalui FB Live dan webinar bagi memudahkan kebolehcapaian usahawan.
"Antara program dijalankan sepanjang PKP ialah INSKEN BizLive, bengkel Manfaat Ekonomi Perkongsian Untuk PKS yang diadakan melalui webinar, program latihan, sesi bimbingan dalam talian mengikut industri dan bantuan menyediakan dokumen bagi permohonan bantuan kewangan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 7:00 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kena la bitau pecahan2 perniagaan depa.. camne nak komen?
"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan manakala 58.55 peratus bersedia menceburi bidang baharu dan 41.45 peratus sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mas Emi ni reti ke buat keje?
tgk mcm tongong je dr dulu lagi mcm x reti buat keje
lps tu ms perhimpunan agung umno pun,. isu yg dia ketengahkan pun psl umur kelayakan puteri wanita umno bagai
nmpk sgt bodoh disitu ya mas emi
ada MBA pun masih nmpk bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
kena sabar la
bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni
client ramai tak mampu bayar penuh balance payment walaupon bangkem dah deliver service
masing2 nak tangguh dulu bayar atau nak bayar ansur-ansur
bangkem kata takpa, asal bayar je
bangkem paham, dorang pun susah
bangkem pon susah
mujur office dan warehouse yang bangkem sewa, owner dia kata takyah bayar sewa untuk 3 bulan..
gaji staf pulak dapat bantuan dari socso
bak kata arwah ayah bangkem dulu, kalau kita permudahkan hidup orang lain, Allah akan permudahkan hidup kita
bangkem yakin itu |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-5-2020 04:27 PM
kena sabar la
bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni
Pertama kali bangkem post macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ye wana
bangkem kena kesan terok wana sebab covid ni
3 bulan ni takde duit masuk
bayangkan overhead bangkem je berapa dah
belum lagi belanja peribadi
mujur ada simpanan sikit
dah la hujung tahun lepas baru je perbesarkan dan renovate office dan sewa warehouse baru
|
|
|
|
|
|
|
|
btul..kena sabar...ini isu global...bkn dok salah kerajaan tbuk atap tbuk blakang...kdng2 macai brbyr ni over sket...tibe2 jd pakar corporate....dess mne dess?
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
buka bangkem sorang je yang kena
satu dunia yang kena
kalau bangkem je kena orang lain tak tu something wrong la somewhere
macam ni la
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 26-5-2020 04:22 PM
Kena la bitau pecahan2 perniagaan depa.. camne nak komen?
"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85 ...
Aku antara yg gulung tikar.. sedih |
|
|
|
|
|
|
|
macamana diorang buat kaji selidik? aku pun usahawan, bisnes masih aktif, tapi takde pun yg tanya aku susah ke tidak. macamana boleh dapat peratus tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-5-2020 05:03 PM
betul tu
buka bangkem sorang je yang kena
Era DAP... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
burit, hang buat bisnes apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 26-5-2020 05:09 PM
Aku antara yg gulung tikar.. sedih
u berniaga apa?ramai ke staf? i doakan semoga dipermudahkan urusan u dan dpt bangkit kembali
weols lakibini awal thn ritu nak bukak kebun dah ushar tanah nak beli semua. pastu husband kene p kerja.so kononnye tgguh bulan 3, dan2 pkp terus inform tuan tanah hold dulu. nasib la tak sempat buat lg, beli tanah+buat sistem sume tu saje dah brp. mau meraung weols. skrg ni mcm risau plak nak usahakan tanah kenangkan market pun x berapa elok. |
|
|
|
|
|
|
|
ko niaga ape rit? burit ke? ada forumer ske sngt gune pkataan burita sbagai berita..x tau slang india ke slang paria..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
hancur negara bila dorang pegang
jangan sokong lagi mereka ye bro
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tngk dri sektor kot..da tu dia asingkn nme2 kampeni popular ngn x popular..aku pakai agak je ni..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-5-2020 05:16 PM
hancur negara bila dorang pegang
jangan sokong lagi mereka ye bro
Huge fuckup show.
Dap tak layak jadi kerajaan. Gagal mutlak. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-5-2020 08:27 AM
kena sabar la
bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni
patut aku gi indonesia awal tahun ni. dah covid. postpone je la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|