CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9053|Reply: 187

[Tempatan] 92.1 peratus usahawan dari 907,065 syarikat kini hidup susah sejak PKP

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 04:15 PM | Show all posts |Read mode
92.1% usahawan susah

SEBANYAK 92.13 peratus usahawan di negara ini memerlukan bantuan kewangan bagi menceburi perniagaan baharu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain bantuan kewangan, 40.45 peratus usahawan memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan permulaan serta 31.46 peratus lagi memerlukan latihan asas keusahawanan.

Katanya, jumlah itu diambil berdasarkan laporan Kaji Selidik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap usahawan.

"Sehingga kini jumlah usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar di Malaysia adalah 907,065 syarikat dan 186,855 daripadanya atau 20.6 peratus adalah usahawan PKS wanita.

"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan manakala 58.55 peratus bersedia menceburi bidang baharu dan 41.45 peratus sebaliknya.

"Malah, melalui kaji selidik SME Corp Malaysia didapati 81 peratus responden memberi maklum balas mereka ada tunai dalam tangan yang hanya cukup untuk meneruskan operasi jika keadaan berlarutan kurang tiga bulan dan kurang daripada 1.0 peratus PKS mampu bertahan lebih setahun.

"Ini menunjukkan sekiranya PKP diteruskan, majoriti usahawan terutama usahawan mikro tidak dapat meneruskan beroperasi dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Medac peka dengan nasib usahawan dan menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan lain pelbagai bantuan pembiayaan ditawarkan termasuk program pembangunan kapasiti serta akses pasaran.

Mas Ermieyati berkata, selain kekangan pembiayaan dalam kelangsungan perniagaan, antara yang menjadi kelemahan usahawan tempatan ialah latihan.

"Kurang latihan atau kemahiran menyebabkan kebanyakan usahawan tidak mampu bertahan lama kerana perubahan ekosistem perniagaan disebabkan normal baharu memerlukan usahawan mengadaptasi sistem digital yang lebih komprehensif.

"Menyedari hakikat ini Medac melalui agensi berkaitan mengadakan program melalui FB Live dan webinar bagi memudahkan kebolehcapaian usahawan.

"Antara program dijalankan sepanjang PKP ialah INSKEN BizLive, bengkel Manfaat Ekonomi Perkongsian Untuk PKS yang diadakan melalui webinar, program latihan, sesi bimbingan dalam talian mengikut industri dan bantuan menyediakan dokumen bagi permohonan bantuan kewangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 7:00 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena la bitau pecahan2 perniagaan depa.. camne nak komen?

"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan manakala 58.55 peratus bersedia menceburi bidang baharu dan 41.45 peratus sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mas Emi ni reti ke buat keje?
tgk mcm tongong je dr dulu lagi mcm x reti buat keje
lps tu ms perhimpunan agung umno pun,. isu yg dia ketengahkan pun psl umur kelayakan puteri wanita umno bagai
nmpk sgt bodoh disitu ya mas emi
ada MBA pun masih nmpk bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan bodoh yg aku penah baca psl mas emi ni ialah dia ckp takde masa nk pikir isu yg sesuai diketengahkan ms perhimpunan agung
sbb takde masa and busy
and sheols harapkan bohsia2 puteri umno yg research issue utk sheols bahaskan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:27 PM | Show all posts
kena sabar la

bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni

client ramai tak mampu bayar penuh balance payment walaupon bangkem dah deliver service

masing2 nak tangguh dulu bayar atau nak bayar ansur-ansur

bangkem kata takpa, asal bayar je

bangkem paham, dorang pun susah

bangkem pon susah

mujur office dan warehouse yang bangkem sewa, owner dia kata takyah bayar sewa untuk 3 bulan..

gaji staf pulak dapat bantuan dari socso

bak kata arwah ayah bangkem dulu, kalau kita permudahkan hidup orang lain, Allah akan permudahkan hidup kita

bangkem yakin itu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2020 04:27 PM
kena sabar la

bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni

Pertama kali bangkem post macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 04:35 PM | Show all posts
wana89 replied at 26-5-2020 04:31 PM
Pertama kali bangkem post macam ni

ye wana

bangkem kena kesan terok wana sebab covid ni

3 bulan ni takde duit masuk

bayangkan overhead bangkem je berapa dah

belum lagi belanja peribadi

mujur ada simpanan sikit

dah la hujung tahun lepas baru je perbesarkan dan renovate office dan sewa warehouse baru


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:01 PM | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2020 08:27 AM
kena sabar la

bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni

btul..kena sabar...ini isu global...bkn dok salah kerajaan tbuk atap tbuk blakang...kdng2 macai brbyr ni over sket...tibe2 jd pakar corporate....dess mne dess?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:03 PM | Show all posts
Cable replied at 26-5-2020 05:01 PM
btul..kena sabar...ini isu global...bkn dok salah kerajaan tbuk atap tbuk blakang...kdng2 macai br ...

betul tu

buka bangkem sorang je yang kena

satu dunia yang kena

kalau bangkem je kena orang lain tak tu something wrong la somewhere

macam ni la


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 26-5-2020 04:22 PM
Kena la bitau pecahan2 perniagaan depa.. camne nak komen?

"Kami dapati daripada jumlah itu, 8.85  ...

Aku antara yg gulung tikar.. sedih
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:13 PM | Show all posts
macamana diorang buat kaji selidik? aku pun usahawan, bisnes masih aktif, tapi takde pun yg tanya aku susah ke tidak. macamana boleh dapat peratus tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2020 05:03 PM
betul tu

buka bangkem sorang je yang kena

Era DAP... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:15 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 26-5-2020 08:23 AM
Mas Emi ni reti ke buat keje?
tgk mcm tongong je dr dulu lagi mcm x reti buat keje
lps tu ms perhi ...

dia ppbm le..ko agak2 le
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:15 PM | Show all posts
Buritan replied at 26-5-2020 05:09 PM
Aku antara yg gulung tikar.. sedih

burit, hang buat bisnes apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 26-5-2020 05:09 PM
Aku antara yg gulung tikar.. sedih

u berniaga apa?ramai ke staf? i doakan semoga dipermudahkan urusan u dan dpt bangkit kembali

weols lakibini awal thn ritu nak bukak kebun dah ushar tanah nak beli semua. pastu husband kene p kerja.so kononnye tgguh bulan 3, dan2 pkp terus inform tuan tanah hold dulu. nasib la tak sempat buat lg, beli tanah+buat sistem sume tu saje dah brp. mau meraung weols. skrg ni mcm risau plak nak usahakan tanah kenangkan market pun x berapa elok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:16 PM | Show all posts
Buritan replied at 26-5-2020 09:09 AM
Aku antara yg gulung tikar.. sedih

ko niaga ape rit? burit ke? ada forumer ske sngt gune pkataan burita sbagai berita..x tau slang india ke slang paria..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:16 PM | Show all posts

hancur negara bila dorang pegang

jangan sokong lagi mereka ye bro
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:20 PM | Show all posts
virgo19 replied at 26-5-2020 09:13 AM
macamana diorang buat kaji selidik? aku pun usahawan, bisnes masih aktif, tapi takde pun yg tanya ak ...

dia tngk dri sektor kot..da tu dia asingkn nme2 kampeni popular ngn x popular..aku pakai agak je ni..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2020 05:16 PM
hancur negara bila dorang pegang

jangan sokong lagi mereka ye bro

Huge fuckup show.

Dap tak layak jadi kerajaan. Gagal mutlak. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2020 08:27 AM
kena sabar la

bangkem pon cashflow terok sejak PKP ni

patut aku gi indonesia awal tahun ni. dah covid. postpone je la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.157639 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list