CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Hari Raya Ketiga 26 Mei. Kes baharu 187. KEKAL TIGA DIGIT

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aku syak masa pati ni dimasukkan ke kem tahanan tu sorg dua je kot yg +ve. tp dah campur2 tu terus mencanak naik ratus2 +ve.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pati yg -ve cepat2 la hntr blk sblm bertmbh +ve..
Kira malaysia ni baik la rawat yg +ve tu..teringat kapal persiaran yg berlabuh kt jepun..reramai kena jangkit sbb jepun xnk terima
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 26-5-2020 05:47 PM
NGOk2 tu, cakap je pandai.
Bila pendatang haram kena tangkap meroyan
Sana sini human right la, a ...

Haha agree hipokrit..
Hak pati sibuk nak perjuangkan. Hak warganegara ni camne plak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 26-5-2020 05:45 PM
Menyerlah DIS dlm gov kali ni..baguslah nampak buat kerja wlpun tanpa gaji lagi

Gaji menteri yg tak dapat kan.. Gaji ahli parlimen dapat je kan.. So far memang nampak bagus dia buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:07 PM | Show all posts
no_el replied at 26-5-2020 05:29 PM
Alu suka statement ismail sabri tadi bila wrtawan tanya pasal ngo bela warga asing
Dia kata membela ...

Love betul dengan statement Dato' Ismail Sabri.. Ketegasan macam ni yang perlu ada pada setiap Menteri dan seterusnya penguatkuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya.. mcm singapore gak. Ramai pati yg kena covid. Nasib da asingkan awal. Kalau tak, berapa ramai la yg dok pi sebar kat warganegara
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2020 10:22 PM | Show all posts
Semua PATI akan dihantar pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR: Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini yang disahkan negatif COVID-19 ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) akan dihantar pulang ke negara asal.

Operasi memburu PATI akan diteruskan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat saringan kesihatan dan memastikan status kesihatan berkaitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin pagi tadi berkata, Kementerian Luar akan berbincang dengan rakan sejawat negara berkaitan berhubung urusan membawa pulang rakyat mereka.

"Antara perkara lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu juga adalah saringan COVID-19 (ujian swab) dilakukan ke atas semua pendatang tanpa izin di Depoh Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PATI yang positif (COVID-19) akan dihantar ke MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang). Mereka yang negatif setelah menjalani kuarantin dan dirawat di MAEPS perlu dihantar pulang ke negara masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata selain MAEPS, kerajaan turut menambah dua lagi hospital yang akan dikhaskan untuk merawat pendatang tanpa izin positif COVID-19 iaitu Hospital Kusta Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin Lama, Hospital Kuala Lumpur.

Semua pusat rawatan berkenaan dijangka mampu menampung seramai 1,430 pesakit dalam kalangan pendatang tanpa izin yang positif COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan tidak timbul isu diskriminasi terhadap golongan PATI di negara ini kerana tindakan kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan rakyat yang majoritinya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB bagi mengekang penularan COVID-19.

"Mereka perlu sedar pendatang tanpa izin adalah mereka yang memasuki negara secara haram. Saya tidak tahu (jika ada) mana-mana negara dalam dunia ini yang membenarkan mereka yang masuk secara haram tanpa dokumen sah bebas bergerak ke mana-mana sahaja. Tidak ada.

"Mereka yang masuk secara haram adalah salah di sisi undang-undang dan boleh ditangkap. Itu jelas dalam undang-undang. Jadi tidak timbul isu.

"Sekurang-kurangnya kita tahu apabila kita tangkap mereka dan dikesan positif COVID-19. Mereka patut berterima kasih kepada kita. Cuba bayangkan kalau tidak ditangkap mereka akan jadi golongan penyebar virus kepada rakyat Malaysia yang tidak bersalah," katanya.

Ismail Sabri menjelaskan tindakan menangkap pendatang tanpa izin dapat mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini dan seterusnya melindungi keselamatan rakyat keseluruhannya.

Semalam, dilaporkan 227 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen - Bukit Jalil, KLIA Sepang dan Semenyih, didapati positif COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, semua pegawai, kakitangan sokongan dan pihak yang berurusan secara langsung dengan depoh tahanan PATI akan diwajibkan membuat ujian saringan COVID-19.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di depoh bebas jangkitan virus berkenaan termasuk pembekal makanan atau sesiapa yang ada kaitan dengan pusat itu.

"Setakat ini di tiga depoh tahanan PATI (di Sepang, Semenyih dan Bukit Jalil), semua pegawai kita didapati negatif COVID-19. Saringan ini termasuk kepada pembekal makanan atau sesiapa saja yang ada kaitan dengan depoh tahanan PATI akan diwajibkan membuat saringan bagi memastikan mereka bersih daripada jangkitan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:06 PM | Show all posts
syabas...hantar semua pulg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 11:10 PM | Show all posts
no_el replied at 26-5-2020 05:29 PM
Alu suka statement ismail sabri tadi bila wrtawan tanya pasal ngo bela warga asing
Dia kata membela ...

NGOk2 ni mmg dpt duit ke camne tu yg gigih nak bela sgt dorg ni...tu pun menyalak je lebih..suh bela sndr kat rumah masing2 xnak plak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib bkn bwh ph dah... klu x mesti mcm2 la jdnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai warganegara kewajipan kita adalah sentiasa mematuhi segala sop yang diarahkan kerajaan, inilah masanya kita bersama-sama mendisiplinkan diri jika mahu PKPB ni dihapuskan, ini adalah untuk kebaikan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:23 AM | Show all posts
hantar je lah pulang, takkan nak simpan lagi bukan boleh buat guna pun, bisnes pun banyak bermasalah kalau nak ambil pati ni kerja sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeee...inilah yg kita rakyat2 nk dgr... Kalau bkn kita2 yg nk menjaga kedaulatan dan pertahankan negara kita..sapa lg??? Kalao pati ni diorg ni cuma jg poket diorg je...diorg xkan heran apa yg berlaku pd negara org sbb bkn tanahair diorg...ngo2 ni kena ingat benda tu..jgn dungu sgt... Harap2 perjuangan membasmi pati2 ni akan berterusan sampai semua hilang dr bumi malaysia ni... Nk keja sini sila buat secara legal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa lockdown masjid jamek.. Pati2 ni dh kena saring.. Tp now terpaksa blk saring sbb dh contagious blk.. Dh la pati.. Patut tanya keje mana. Suh majikan diorg yg tanggung kos sbb gigih sgt nk kutip pati jadi staff.  Hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 09:46 AM | Show all posts
Penginapan sesak antara punca utama penularan COVID-19 kluster tapak pembinaan
Mei 26, 2020 18:14 +08

PUTRAJAYA : Penginapan sempit dan amalan kebersihan diri yang kurang memuaskan menjadi antara punca utama penularan kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing membabitkan kluster tapak pembinaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penginapan yang sesak mengakibatkan penghuni tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial.
"Selain itu, tahap kebersihan diri dan persekitaran yang kurang memuaskan (juga menjadi faktor). Majikan bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada pekerja tentang amalan kebersihan dan langkah
pencegahan.

"Majikan juga harus memastikan amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkan di tempat kerja, malah adalah penting langkah pencegahan turut diamalkan di tempat penginapan.
"Tindakan ini dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dari penginapan ke
tempat kerja dan sebaliknya," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Dr. Noor Hisham berkata, antara langkah yang perlu diambil majikan ialah menyediakan tempat mencuci tangan atau pensanitasi tangan, memastikan pekerja mematuhi jarak sosial selamat di ruang kerja dan makan, elakkan berkumpul di ruang sempit dan melaksanakan proses nyah kuman dengan kerap terutama di ruang yang sering dikongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 26-5-2020 05:14 PM
bhye gak..sbb pati ni ramai kat kedai aceh..kwsn2 yg ada kedai aceh tu jage2 le

Kawe tukar dah..dr kedai aceh gi kedai melayu jek...shopping complex lgk la tak kenai dah..nsb baik kenainlgk drive thru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 26-5-2020 05:29 PM
Alu suka statement ismail sabri tadi bila wrtawan tanya pasal ngo bela warga asing
Dia kata membela ...

Perfect statement. NGOk duk bising bela pati sgt, minta duit kat NGOk ni sponsor hantar pati balik. Jimat duit kerajaan. Memekak je hak asasi bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 26-5-2020 05:47 PM
NGOk2 tu, cakap je pandai.
Bila pendatang haram kena tangkap meroyan
Sana sini human right la, a ...

Patut minta NGOk ni semua sponsor makan minum PATI kat depoh tahanan. Nak bela PATI kan? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 02:39 PM | Show all posts
i rasa kalau lagi banyak test di buat ke seluruh warganegara mesti antara kita nie banyak je yg akan +ve covid. tapi tu la, takkan nak buat test setiap sorg pulak kan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.478234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list