CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2318|Reply: 24

[Tempatan] Penangan balik Raya. Hari tu surat jawatan kosong palsu, terbaru surat rentas ne

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Guna surat kebenaran tidak sah rentas negeri


POLIS Hulu Terengganu mengeluarkan kompaun terhadap seorang lelaki yang cuba merentas negeri dengan mengemukakan surat kebenaran rentas negeri tidak sah.

Cubaan lelaki berusia 34 tahun dari Manir, Kuala Terengganu rentas negeri untuk ke Gua Musang terhalang di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Basung, di sini, jam 3.35 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Md Daud berkata, ketika pemeriksaan, lelaki terbabit yang memandu Honda City bersama isteri dan anak memberi alasan melawat saudaranya di Gua Musang.

"Lelaki terbabit menunjukkan surat kebenaran rentas negeri yang tertera lambang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi meragukan apabila surat berkenaan tidak ada pengesahan daripada mana-mana balai polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengimpal di Manjung, Perak mendakwa pulang ke negeri ini bersama keluarga pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai menggunakan surat kebenaran berkenaan.

"Kita mengeluarkan kompaun kepada lelaki terbabit sebelum diarah berpatah balik," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemeriksaan di SJR Kampung Basung, pihaknya memeriksa sebanyak lebih 350 kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Kebanyakan kenderaan yang diperiksa mendakwa untuk pulang bekerja di Gua Musang, Lipis dan Perak selain perjalanan dalam negeri dan kesemua mereka memiliki surat kebenaran perjalanan dan rentas negeri yang sah.

"Laluan Kampung Basung adalah laluan utama pengguna jalan raya untuk ke Aring - Gua Musang dan Simpang Pulai, Perak," katanya.

Mohd Adli mengingatkan orang ramai tidak cuba mengemukakan dokumen palsu atau menipu dengan pelbagai alasan kerana pihaknya bertindak tegas dan tiada sebarang kompromi dalam melaksanakan PKPB bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 5:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:42 PM | Show all posts
Mcm2 akal guna, semata mata, nak merayap time raya.
Mendapek la kono kompaun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan menipu. Tak baik ya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik la perangai camni...

masuk neraka ke, kALo tak balik kg atau ziarah time raya ni...

patutnya polis tangkap dan dakwa sbb pemalsuan dokumen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:03 PM | Show all posts
nsib baik ada perintah pkp ni...kalo ph jdi gomen..x boleh ada pkp..nnti bisnes merudum cm tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik lah, kan skrg tak boleh rentas negeri walau ape alasan skali pon? mcmn yg ada surat kebenaran sah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:13 PM | Show all posts
menggunakan surat/sijil palsu kpd pihak berkuasa adalah satu jenayah. sepatutnya polis tersebut menahan dia utk didakwa disamping dikenakan kompaun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 26-5-2020 10:10 AM
pelik lah, kan skrg tak boleh rentas negeri walau ape alasan skali pon? mcmn yg ada surat kebenaran  ...

Untuk yg ada reason yg valid dapat je surat kebenaran tu.. Mcm adik BIL iols dapat surat reason balik kg untuk kawen, tapi tu la one way sajo..Nak balik sini ke mintak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 06:20 PM | Show all posts
kalau fake degree, bekas-bekas kabinet PH memang arif sangat-sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu surat palsu dah boleh charge lain. Klu 100 orang buat surat palsu pun ok ker? Compound jer?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:21 PM | Show all posts
Kompaun biase je ke.
X de nk dakwa atas kesalahan lain ke.
Tipu dokumen ke, ape ke.
Sial sgt golongan mcm ni.
Karang dah sakit baru nk tergedik2 salahkan takdir
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
See?? Ada anak, ada bini tapi tetap nk kendong semua balik kampung beraya..apa tak cukup gembira bahagia ke kalau beraya kt rumah sendiri dgn anak bini. Aku yg single ni boleh je beraya sorang2.. bodoh punya mangkuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Langgar pkp lagi besar salah dr langgar org adanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 26-5-2020 08:16 PM
See?? Ada anak, ada bini tapi tetap nk kendong semua balik kampung beraya..apa tak cukup gembira bah ...

1000x likes
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:44 PM | Show all posts
Spesis tu lagi..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 10:48 PM | Show all posts
Apa masalah derang ni eh. Serious la tak paham. Ko da beraya satu hari suntuk tak puas2 lagi ke?  Eh bodo la.

Sbb kan mangkuk2 ni covid naik balik and pkp boleh dtg balik. Eh seriousla. Aku da penat duduk rumah tak pg mana2 ok. Sbb nak jaga diri jagan family. Pg balik keja shj.  Cuti aku bertimbun bukan boleh tebus balik jadi duit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:56 PM | Show all posts
rasanya xbalik kg beraya kat tempat sendiri lagi meriah,cuma xleh lebih 20 org,
kalau x halang mau lebih bertandang,
serius lagi meriah sbb kawan2 adik beradik semua ada kat kota,
kalau balik kg mana ada jumpe kawan2,
cuma dpt jumpe ahli keluarga je,sape adik beradik ramai tu seronok la
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kesalahan boleh dakwa  dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat dia boleh terlepas agaknyaa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.080294 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list