CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3795|Reply: 55

[Tempatan] COVID-19: Risiko gelombang baharu. Jika kadar patuh PKPB rendah - sibuk ziarah,

[Copy link]
Post time 26-5-2020 05:47 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Risiko gelombang baharu sentiasa ada


KUALA LUMPUR: Negara akan sentiasa berdepan risiko gelombang baharu COVID-19 sekiranya rakyat masih lagi bersikap sambil lewa dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik), Prof Madya Dr Hayati Kadir Shahar, berkata daripada kewujudan pelbagai kluster sebelum ini termasuk yang terbaharu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), pihaknya melihat penularan COVID-19 seperti tiada kesudahannya.

Apatah lagi katanya, berpandukan kepada keadaan sekarang di mana pematuhan rakyat terhadap SOP semakin menurun khususnya ketika sambutan Hari Raya.

Beliau berkata hanya penguatkuasaan dilihat mampu mendisiplinkan rakyat untuk mengawal penularan wabak yang sudah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia.

"Gelombang baharu ini memang boleh dijangka dan tidak mustahil berlaku... kita nak tengok juga 14 hari selepas Hari Raya ini sama ada wujudnya peningkatan kes... jadi ia seperti tiada kesudahan, sampai bila kita nak terus adakan perintah kawalan ini.

"Saya lihat kesedaran komuniti terhadap COVID-19 ini masih kurang dan kadar pematuhan juga boleh dikatakan menurun, tak mustahil kes boleh melonjak semula... semalam pun sudah kembali kepada tiga angka.

"Jika rakyat sukar untuk mendisiplinkan diri ketika PKPB, penguatkuasaan PKP adalah sangat wajar dilakukan. Namun jika itu berlaku ia tidak mendatangkan manfaat kepada semua orang dan kebebasan rakyat untuk bergerak juga terbatas," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran negara di mana kes jangkitan COVID-19 menurun berhadapan 'gelombang kedua' dengan segera jika terlalu cepat melonggarkan sekatan bagi mengekang wabak itu.

Pada masa sama, berhubung lonjakan kes membabitkan tahanan imigresen, Dr Hayati berkata, ia boleh mendatangkan kerisauan buat rakyat tempatan kerana risiko tetap ada berikutan ramai lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang belum disaring.

Beliau berkata, selain itu kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan tempat, makanan dan rawatan kepada PATI di depoh yang sepatutnya boleh disalurkan buat kegunaan rakyat tempatan.

"Justeru adalah wajar kerajaan menghantar mereka pulang ke negara asal dan kalau boleh ia dilakukan dengan secepat mungkin, " katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhh sudah. .....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya.. Aku kena tambah lagi stok susu tok
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:12 PM | Show all posts
Mmg sial la.
Kite yang patuh ni punye la ikut dan duduk rumah.
Puak2 bebal ni sibuk berseronok, berjalan2.
Kes naik, kene PKP, kite pun terlibat sama.
Patut sape yang beraya sgt tu, pat bulan x yagh bagi kuar rumah.
Penat la aku
Siap kawan aku mesej dlm group, tetamu bawak rezeki, bukan bawak penyakit.
Mmg kawan yang bodoh dan sial
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit pulak ati kita dgn diaorg ni lah.. lps ni klu dah darurat baru nak meroyan bagai.. pd hal sendiri yg degil..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara lain makin buka slow2. Jangan Malahsia makin tutup sudah la ye disebabkan 5% yg bangang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 08:03 PM | Show all posts
memang wajar dilaksanakan semula sbb kaka ada lalu jalan kampung mereka buka kedai xpatuhi social distance langsung!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 26-5-2020 06:12 PM
Mmg sial la.
Kite yang patuh ni punye la ikut dan duduk rumah.
Puak2 bebal ni sibuk berseronok, be ...

Memang wei
Kawan iols siap update status ramai orang datang beraya sampai hari ni...jilaka...
Siap ucap selamat hari raya ke tiga buat semua..jilakaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya, xyah pun pkpb ni aaa... tp bisnes nak kena buka, aktiviti ekonomi kena berjalan juga.. aku kesian org2 tua yg sakit kronik yg x berjalan mana2 tp dpt jangkitan dari anak atau org yg ziarah raya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilaka betul.  Kita yg betul2 berkurung ni jd mangsa.  Jilaka betul puak2 yg langgar pkp ni.. Lps ni keluar la video drama sambut raya korban dgn lembu di sempadan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 26-5-2020 06:12 PM
Mmg sial la.
Kite yang patuh ni punye la ikut dan duduk rumah.
Puak2 bebal ni sibuk berseronok, be ...

Tu mesti jenis Spesis sakai nak beraya..hidup untuk raya je..segala2nya raya..sakai madai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:11 PM | Show all posts
ni sume salah krajaan dap terdahulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat lah dengan org2 selfish ni. Dengan ramai dari kampung nak balik kl ni, dengan pati pun sibuk jer dok kl. Bila lah kl nak kurang kes pun tak tau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 ni bila time keje merungut xmo masuk opis..kekonon risau wabak lah, x social distancing lah..tp time raya time pegi mall ok je seolah2 amnesia gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Penatnya jaga diri tak ingkar arahan. Tapi puak degil ni punya pasal, kalau sambung PKP, naya weihhh... Selfish gila
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang beraya tu korang bising2 kan. Yer Memang Betul dorang salah pun. Tapi yang beratur sepanjang2 pintu masuk ikea tu takde pulak yang bising. Silap2 yang dok bising2 org beraya tak ikut SOP la Itu la tu yang Sama2 beratur nak masuk Ikea tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 08:52 PM | Show all posts
Edited by Far at 26-5-2020 08:55 PM

I satu famili dah 3 bulan tak keluar rumah. Barang dapur/ basah semua beli online jer. Raya kedua famili mertua datang dari Negeri Sembilan melawat kitaorg kat Melaka. Ada jer road block jalan kampung. Peliknyer, polis bagi jugak lepas bila mertua kata nak melawat rumah anak kat Melaka.
Raya pertama mertua I satu famili dah  gi open house sana-sini, tampin, kuala pilah, gathering dengan sedara mara yang lain. Tak tahu lagi lah jumpa siapa yang kebarangkalian dah gather tempat lain.
I dah halang dah diaorg dari melawat singgah rumah iols, tau tau, dah sampai depan rumah. Siap sindir iols, jangan takutlah takde apa-apa.
Geram I semalam tak boleh tidur memikirkan orang yang keras kepala, degil dan tak hormat pendirian I yang nak kekal physical distancing. Mertua I datang dengan ipar I siap bawa baby lagi.
Datang dengan tak pakai mask nyer, siap hulur tangan nak salam lagi. Hurm...
P.s: Dr Hayati Kadir ni lecturer kat IPTA, I duduk sebelah bilik dia jer dulu masa dekat jabatan. I pun ada background Biostatistik. Memang tegas orangnyer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Far replied at 26-5-2020 08:52 PM
I satu famili dah 3 bulan tak keluar rumah. Barang dapur/ basah semua beli online jer. Raya kedua fa ...

You mlk kat mana?. Sis kat Bertam takde pun nampak org beraya. Rumah mertua kat merlimau yg selalu meriah pun takde org. Org kg pun tak beraya. So proud org melaka patuh pkpb.
Tapi my family kt jb mmg meriah beraya tak mcm pkpb pun. Even kwn my mom dtg umah 4 kete sekali dtg umah beraya. Sakit hati dgr. Kita ni mereput lh kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:10 PM | Show all posts
Edited by saladin780 at 26-5-2020 09:12 PM

td pagi aku gi mamak..bukannya nak makan sgt..sj je nk tgk patuh sgt ke restoran mamak ni dgn SOP..guess what..nak masuk kedai xde siapa pon cek suhu..berapa kerat je yg tulis kt buku kedatangan tu (mostly ignore je), hand sanitiser ntah dah function ke tak..bau alkohol pun xde..sabun basuh tangan cair ntah dah berapa ratus kali dilute dgn air..kain lap meja..dari meja ke meja x de nya dibilas (bayangkan kalu ada seorng non asymtomatic bawa virus atas meja tu..dah habis semua meja ke meja pekerja dia sebarkan)..yg bestnya..org tua bertongkat..budak2 kecik pun datang makan dgn muka selambanya..majoriti melayu plak tu..kalu begini la gayanya..jgn heran la kalau next wave lagi ramai terjngkit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita berjaya kawal sebab kerajaan tegas since mac haritu.. ni dah bagi kelonggaran... terus cam burung terbang... lupa apa praktis sebelum ni.. kena tegas dgn sop polis bagai.. sebab bila bagi kelonggaran.. semua rasa covid dah reda.. terus jalan sana sini dgn gumbira.. padahal kita longgar sebab ekonomi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.105531 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list